29 Mac 2012

To Amir

Sorry pasal status tu , hee aku yang update . 
Masa tu aku bosan lah , korang semua study lupakan aku .
Aku tak boleh study ramai-ramai la sebab aku memang tak tahu langsung .
And aku rasa rimas ramai-ramai .
Sorry , ala aku gurau je .
Btw , thanks for ajar 159 .

=|

Layak kan ?

Assalamualaikum !

Kita layak kan suka sesiapa yang kita nak ?
Perasaan suka dan sayang tu kita tak boleh kawal .
Kita layak suka dan sayang sesiapa sahaja .
Yang tak layaknya , kalau nak permainkan perasaan orang .
Janganlah benci orang yang suka or sayang kita .
Itu hak dia , and dia tak minta pun nak suka or sayang orang .

=|

14 Mac 2012

Countdown

Esok dah start final exam for sem 2 .
Diri dan otak sudah semakin tension .
Doa tak pernah dilupakan , hajat last sem yang tak kesampaian .
Tak sabar nak mula sem 3 , maybe ada something new and fresh ?
Yeahh , maybe ..

Kepada kawan-kawan and para sahabat *cewahh : Semoga korang semua dapat jawab semua final exam papers dengan lancar and berjaya di sem ni and sem akan datang . Ceria selalu okay ? =)

-Shut down
*No more fun

13 Mac 2012

Kenapa hujan ?


Hujan , kenapa hujan turun hari ni ?
Alyn tak dapat tengok bintang dah .
='(
Alyn nak tengok bintang lagi .
Ouhh yeah bintang ada kalau Alyn happy je ?
Kalau Alyn sedih tak boleh tengok bintang

6 Mac 2012

Tetiba teringin nak tengok balik filem Ayat-Ayat Cinta .
Masa mula-mula tengok tu , menangis jgak laa .
Then nak tengok Ketika Cinta Bertasbih .
=)

Ayat-Ayat Cinta

Entah apa yang mengusik hati kecil Amir hingga air mata sucinya mengalir membasahi pipinya yang putih itu. Bait- bait dialog yang dituturkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta itu benar-benar meruntun hatinya. Menusuk jauh didalam kalbu, meresapi seakan harum kasturi yang melekat di jubah suci para wali. Seingat Amir, begitu payah untuk dia mengalirkan air mata, apa lagi menangis untuk perkara yang begitu remeh. Kali ini dia tidak berupaya mengekang air mata itu dari terus mengalir. Dia tidak berupaya untuk menahan fitrah sucinya dari diselimuti perasaan sebak dan hiba dan perasaan itu akan berkunjung setiap kali dia mendengar bait-bait lagu Ayat-Ayat Cinta yang dinyanyikan oleh Rossa, penyanyi cantik dari Indonesia itu.

Kisah cinta lima penjuru antara Fahri, Aisha, Maria, Nurul dan Nuora begitu indah digarap ceritanya di mata Amir. Kelihatan sempurna dengan keindahan akhlak Islam yang dipamirkan Fahri, mahasiswa Azhar yang jujur dan bersahaja. Lurusnya mengamit jiwa gadis-gadis yang memandang, seperti Zulaikha memandang nabi Yusuf a.s. Jujur yang mengundang cinta, cinta yang mengundang fitnah, fitnah yang mengundang bencana. Tapi ada yang lebih menarik di hati Amir hingga jiwanya begitu tersentuh…bukan kisah cinta antara Fahri dan Aisha atau keluhan cinta Maria pada Fahri. Bukan. Itu cinta biasa. Itu cinta antara manusia yang berbeza. Mungkin jalan ceritanya digarap sedemikian rupa agar sedikit luar biasa, dimata manusia..

Apa yang lebih tertangkap dijiwanya adalah bait-bait kata teman sepenjara Fahri yang kelihatannya seperti pengemis jalanan..(dimata manusia).. ketika Fahri tidak terdaya menanggung tekanan persaan yang maha hebat, temannya berkata.. "Bangun Fahri, Allah sedang berbicara dengan mu supaya kamu tidak sombong!" dan di saat Fahri menerima surat dibuang Azhar, perasaan putus asa terus mneyelebungi dirinya. Teman sepenjaranya mengingatkannya tentang nabi Yusuf a.s yang dipenjara kerana fitnah Zulaikha, katanya” “Kamu mau tahu apa yg dikatakan Yusuf? kata Yusuf, Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganmu… Allah sedang berbicara padamu tentang sabar dan ikhlas… Sabar dan Ikhlas.. itulah Islam Fahri.. “
Bait-bait kata itu meruntun ke jiwa Amir, memaksa air matanya mengalir deras. Air mata penyesalan yang seakan tegar untuk mengalir dari seorang lelaki egois sepertinya. Amir merasakan Fahri itu adalah bayangan dirinya. Meskipun dia tidak pernah dicintai oleh 5 wanita tetapi dia sering merasakan bahawa dirinya di gilai oleh ramai wanita. Meskipun tidak pernah difitnah dan dipenjara, dia merasakan dialah yang selalu di uji hebat. Meskipun sering tinggalkan solat jemaah dan liat untuk tahajud di dua pertiga malam dia sering merasakan dirinya warak. Sering merasakan yang paling ikhlas sedang hati berbicara bila berbuat kebaikan.. sering merasakan yang paling sabar tapi mengeluh ketika bersendirian...

Amir merasakan Allah sedang Berbicara dengannya sekarang.. tiba-tiba kakinya longlai, lemah tidak bermaya...jatuh mengelunsur dari sofa nan empuk.. dia mencari kekuatan untuk duduk bersujud.. memohon keampuan. Hidayah Allah ada dimana-mana. Bukan sekadar di masjid yang indah, bukar sekadar di dalam gua... tapi didepan TV plasma diatas kerusi yang empuk. Maafkan aku Tuhan.. Aku manusia kerdil, semua yang ada pada ku hanyalah pinjaman dari Mu...Syukur ya Tuhan, kerana sudi berbicara denganku dengan hidayahMu yang kau tunjukan ini...inilah hakikat ayat-ayat cintaMu yang kau tunjukan pada ku... Air mata Amir terus mengalir bagaikan sungai Nil yang mengalir tenang di bumi Mesir, bumi para Anbia...

3 Mac 2012

Abah ?

Abah , sejak kebelakangan ni adik selalu sedih .
Tapi ada yang buat adik happy .
Abah , diorang selalu cerita pasal ayah diorang .
Bila abah nak jumpa adik lagi ni ?
Adik nak jumpa abah lagi , dalam mimpi je pun tak apa .
Nanti abah datang tau ? Adik tunggu .
Adik sayang abah .