19 Januari 2014

Thailand : Day 3

Assalamualaikum semua !
Okay post ni nak sambung previous post juga .
Nak cerita hari ke-3 kami di Thailand , weee ~

So pagi tu macam biasa breakfast dulu , then berkumpul di lobi hotel .
Hari ni kami akan dibawa ke kebun buah-buahan berhampiran Samila Beach .
Otw tu , nampak pemandangan cantik ni .
 Okay kalau korang nak tau , dekat Thailand ni bersepah patung Buddha macam ni .
Diorang macam 'kuat agama' lah juga .
Bendera Thailand pun merata-rata ada especially yang digantung depan kedai .
So , Alyn respect la rakyat Thailand ni semangat patriotisme yang tinggi !
Syabas Thailand !
Oh ye , back to the patung , ni patung Buddha yang paling besar Alyn pernah nampak masa dekat Thailand tu .
Alyn tangkap gambar ni dari dalam bas .

Yeay dah sampai kebun buah-buahan !
Alamak , kebun tak kebun sangatlah hee .
Banyak je buah-buahan yang owner kebun ni tanam tapi Alyn malas nak tangkap gambar , muahahaha .
 Okay kalau korang perasan dekat iklan Visit Thailand mesti ada lambang bunga ni .
Mula-mula nampak pokok bunga ni , Alyn macam terpikat sebab semua bunga tu macam perfectly shaped .. ala macam mana entah nak cakap haha abaikan .
Kalau dekat Malaysia , bunga kebangsaan kita ialah bunga raya .
Ni plak Buddha Flower , bunga kebangsaan Thailand .
 Ni plak cempedak madu , perghh memang famous dekat Thailand ni kalau bab madu ni kan termasuklah mangga madu lah bagai , blablabla ~
Owner tu belah sebiji tapi Alyn tak makan pun sebab malas berebut dengan makcik-makcik tu semua -.-
Hehe owner tu ada bela anjing , jaga kebun tu .
Manja gila anjing ni , selamba dia je nak manja-manja dengan kitorang .
Kitorang plak lari lintang-pukang haha , last-last dia baring je dekat situ .
Kesian , anjing tu comel tapi nak buat macam mana kan kita terikat dengan hukum Islam hee .

Lepas tu kami dibawa ke tempat proses bahan berasaskan sutera .
Alaa bukannya tunjuk pun macam mana buat kain sutera semua tu .
Tempat ni dijadikan pusat pengumpulan kain-kain yang diperbuat daripada sutera .
Kain-kain yang diorang kumpul tu la diorang proses buat baju , beg semua .
Jom tengok !
 Nampak macam , err .. no comment .
Tapi kalau korang pegang , perghh memang lembut gila lah kain dia .
Memang selesa la Alyn cakap .
Ingatkan nak beli untuk bam tapi karang tak pakai plak haha .
 Bilik menjahit ~
 Malas nak lama-lama dekat dalam sebab ramai haha .
 Tadaaa ~ Cuba teka ni pokok apa ?
Hehe ni lah pokok lada hitam .
Ada dekat depan kedai tadi tu .

 Lepas tu kitorang pergi kolam ikan siakap plak , weee excited !
 Nak pergi dekat kolam tu kena lalu dekat .. emm gudang kot .
 Perghh ! Perghh ! Banyak gila kacang gajus !
Kelakar masa ni ada orang rombongan tu tanya "Buat apa simpan macaroni banyak-banyak dekat sini ?"
Hikhikhik lebih kurang macam tu lah soalan dia , boleh plak dia nak rabun time tu cakap gajus tu macaroni .

 Tadaaa mangrove tree ~
Cantik pemandangan dari situ ~
 Okay sebenarnya ikan siakap semua taknak timbul , katanya sebab air tak cukup masin .
Pftt , buang tenaga Alyn je meniti papan tu -.-

Lepas tu kami dibawa ke Monkey Hills .
Sebenarnya nama tempat tu apa entah tapi ramai orang panggil Monkey Hills sebab kawasan tu ada banyak monyet .
Dekat sini ada jual aiskrim kelapa , perghh sedap weh !
Teringat sampai sekarang , nak lagi :/
 Dia letak kacang tanah , ubi manis dan bahan lain lagi untuk topping .
Beli aiskrim ni dapat free air kelapa , small cup je hee .
Kami tak lama pun stop situ sebab tak tahan dengan gangguan monyet hee .

So kami pun bergerak ke Samila Beach .
 Sekitar pantai ni , ada banyak kuda yang boleh ditunggang .
Bolehlah naik kuda , jalan-jalan tepi pantai hee .
Tapi Alyn tak teringin nak naik pun , taktau kenapa .
 Banyak kedai-kedai juga , ala macam dekat Pelabuhan Lumut .
 Dekat pantai ni tak boleh mandi , taktau kenapa .
Maybe sebab ombak dia besar sangat kot . Kot la .
 Hehe naluri gadis ku tertarik pada benda-benda gini laa hee .
Tadaaa ~ Alyn beli 3 gelang untuk Alyn dan 2 orang bestfriend Alyn .
Sorang dah dapat , sorang lagi belum dapat sebab tak jumpa lagi haha .
Alyn ni bad taste sikit bab-bab gini , bila dah beli tu rasa macam buruk .
Tapi bila pakai tu , nampak comel plak . Hikss ~

 Kalau korang nak tau , Samila Beach ni ada legend dia .
Ni tour guide kami yang cerita ...
Pada zaman dahulu , ... pffttt tak pandai nak bercerita haha .
Dulu la , ada sorang nelayan ni ternampak seekor / seorang ikan duyung yang tengah sikat rambut atas batu .
Terus nelayan muda tu jatuh cinta dekat mermaid tu , cewahh ~
Tapi nelayan tu macam mengejutkan mermaid tu , terus dia berenang jauh .
Sejak hari tu , setiap hari nelayan tu tunggu kalau-kalau mermaid tu datang lagi tapi hampa .
Tu je la first and last dia nampak mermaid tu .

Lepas tu kitorang naik bas , menuju ke masjid terbesar di Songkhla weee .
Masa dalam bas tu , tour guide kami Nita nyanyi lagu Loi Krathong hee sweet je dia .
Cantik pun cantik , orang Pattani .
Lepas tu Nita cakap nama Bangkok sebenarnya panjang gila tapi panggil Bangkok je .
Nita ada sebut nama panjang dia , perghh Alyn rasa dekat 30 saat juga dia sebut nama tu .

Krungthepmahanakhon Amonrattanakosin Mahintharayutthaya Mahadilokphop Noppharatratchathaniburirom Udomratchaniwetmahasathan Amonphimanawatansathit Sakkathattiyawitsanukamprasit

-Hasil carian Google , haha .
Nama ni masuk list Guinness World Record sebagai longest place name .
Cuba korang sebut , emm masuk hospital nanti lidah berpintal-pintal . Eh ?
Nita cakap dia hafal nama ni pun sebab masa sekolah ada lagu yang semua murid kena hafal .
Tapi kebanyakan penduduk Thailand taktau pun apa maksud nama tu .

Okay dah sampai masjid , perghh memang besar dan cantik !
 Besar kan ? No wonder la jadi masjid terbesar di Songkhla .
 Setiap penjuru masjid ada .
 Subhanallah ~ Cantik kan ? :)

 Lepas solat Zuhur , kami semua menuju ke hotel .
Petang tu aktiviti bebas , sukahati nak pergi mana buat apa semua .
Otw balik hotel tu , bas berhenti dekat 1 tempat shopping ni ala-ala Padang Besar gitu .
So Alyn dengan mak turun la situ , balik sendiri dengan teksi .
Oh ye , teksi dekat sini dipanggil 'tuk-tuk' .
So dekat situ Alyn beli kasut ni , heeeee ~
Last pair , 100 baht je weh !
Walaupun kecil sikit , ahhh pedulikan ! Haha
Dah berapa kali pakai kasut ni , dah fit pun heee ~

 Sekejap je kitorang jalan-jalan situ , maybe sebab penat kot .
So kitorang balik hotel naik tuk-tuk , sorang 20 baht .
 Hee malam tu ingatkan nak pergi pasar malam , tapi mak tak berani .
Yela kena pergi sendiri , hmm hampa hatiku ~

So kitorang just siap simple je nak makan je .
Sampai bawah dekat lobi tu , nampak kawan mak tengah tunggu tuk-tuk .
Diorang nak pergi pasar malam , aaaa kitorang pun apa lagi .. join sekaki la hee .
Kalau tak silap , diorang panggil pasar malam tu Asean Night Market .
Tempat paling best untuk shopping , seriously ! 
Sebab baju , kasut , beg semua cantik dan murah !
Alyn terus cakap dekat mak , lepas ni nak ajak kakngah semua pergi sini lagi shopping ~
So nak tau Alyn beli apa ? Heeee
 Baju couple la kononnya , hee untuk bam dan Alyn sendiri .
 Ni mak beli untuk anak mak , lepas tu terlupa beli untuk menantu dan cucu-cucu ~
 Magnet untuk ibu bambam hee ~
 Comel kan ?
Tapi baju kemeja bawah tu agak besar , Alyn pakai sekali je lepas tu bagi kakngah .
Kakngah pakai baru cantik , hee .

Perghh malam tu memang tidur dengan senyumanlah hee .
Tapi kalau ada duit lebih , memang beli baju pun lebih laa hehe .
Pukul 11pm jugalah balik hotel , haha .
Esok paginya pun aktiviti bebas .
Nak tau Alyn dengan mak pergi mana ?
Nantikan next post ! Hehe .
Tu je post post ni .
Sekian , assalamualaikum !