26 September 2011

My Bad

Lend me your shoulder , please !

I wanna hug you , please !

Please , please , please .

='(






16 September 2011

Final exam is around the corner , but ...

Ahha , ni ada story gempak ni ! Banyak tips utk final exam yang na aku kongsikan ngan korang semua . Ahaha , antaranya ... Kita kena enjoy puas puas dulu , release tension semua then baru study .

Contoh :
Pada 15 September 2011 , seramai 13 siswa dan siswi dari Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar telah meluangkan masa dengan bercuti di Pulau Pangkor . 12 pelajar terdiri daripada kos Sains Komputer manakala seorang lagi berada dalam bidang Perdagangan . Mereka sangat gembira , melalui suka duka bersama . Mereka merancang segalanya dengan sempurna sehari sebelum itu . Mereka menyewa 2 buah kereta Perodua Alza berwarna putih . Seperti yang dijanjikan , mereka berkumpul di pintu belakang pada jam 8.00 pagi . Tetapi , apa yang menghampakan peserta ialah planner bangun tidur lambat . Kesannya , planner dan seorang rakannya sampai di tempat berkumpul pada jam 8.20 pagi . Malang tidak berbau , penyewa kereta bangun tidur lagi lewat dan mereka memulakan perjalanan agak lambat dari yang dijangkakan iaitu pada jam 9.30 pagi .

Pada jam 11.00 pagi , mereka sampai di Pelabuhan Lumut . Mereka kemudiannya membeli tiket pergi balik , tambangnya cuma RM10.00 . Sementara menunggu feri ke Pulau Pangkor tiba , mereka membeli topi dan baju I LOVE PANGKOR . Tepat pada pukul 11.15 pagi , mereka semua menaiki feri ke Pulau Pangkor dan bermulalah perjalanan mereka . Di atas feri , mereka semua menjerit kegirangan kerana tersangatlah teruja . Mereka semua teruja mencari obor-obor di laut . Pemandangan dari atas feri pula tersangatlah cantik , subhanallah . Sesampainya di Pelabuhan Pulau Pangkor , mereka menyewa sebuah van bersama seorang pemandu untuk membawa mereka mengelilingi pulau . Van tersebut berwarna pink , anda perlu tahu itu . Destinasi pertama mereka menuju ke Kota Belanda , kota peninggalan sejarah . Kemudian , mereka dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari .
Setelah makan tengahari , mereka dibawa ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu ke pantai . Sesampainya di pantai , mereka menaiki bot untuk ke pulau seberang . Di sana , mereka bermandi-manda bersama-sama . Mereka terjumpa seekor ketam besar , timun laut , dan sebagainya . Hari tidak selalunya cerah , planner yang terbangun lewat pada awalnya tadi telah ditanam hidup-hidup oleh rakan-rakannya sebagai denda . Kasihan bukan ? Sudahlah ditanam hidup-hidup , mukanya diconteng pula . Mukanya yang suci bersih anggun menawan bertukar menjadi seekor dugong yang terdampar di tepi pantai tanpa dihiraukan oleh orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut . Ini kisah benar , tiada yang benar melainkan yang benar .

Selepas puas bermandi-manda , mereka bersiap untuk kembali pulang ke rumah kedua mereka . Mereka menaiki feri pada jam 6.15 petang waktu Malaysia . Di atas feri , terlihat satu lagi pemandangan indah ciptaan Allah swt iaitu matahari terbenam , apa kata orang putih 'sunset' . MasyaAllah , pemandangan tersebuat memukau mereka semua dan menyebabkan mereka bertambah teruja . Tambahan pula , dengan adanya penemuan obor-obor yang besar oleh beberapa peserta yang mempunyai tahap penglihatan yang tajam .

Sesampainya di Pelabuhan Lumut , mereka menuju ke sebuah restoran . Mereka menempah nasi putih bersama tomyam , telur dadar , ikan siakap 3 rasa , dan sebagainya bersama jus oren sebagai juadah makan malam . Kemudian , mereka drive-thru di restoran makanan segera terkemuka , McDonald's .
Mereka sampai di UiTM pada jam 10.00 malam akibat tersesat di Lumut dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan , kasihan bukan ? Akibatnya , nama mereka diambil di pondok pengawal .

Keseluruhannya , mereka amat berpuas hati dan seronok pada hari itu . Mereka sangat berterima kasih sesama sendiri . Mereka bercadang untuk bercuti bersama-sama lagi pada masa akan datang .


Thank you guys , you all are fucking awesome dude !
You all made my day , thanks a lot !

Credit to : Amir (driver) , Adib (driver) , Syazwan (abangah) , Mueiz , Naqiu , Iqbal , Azeera (kaklong) , Husna (kakngah) , ET (kakcik) , Umi (Ummi) , Bella , dan Que .
P/s : Guess who's the planner ? HAHA :DD

5 September 2011

Meaningless 2011 Eid

Okayy , terpulang raya korang meriah ke ta.
Aku just na cakap raya aku tahun ni ta best langsung !

Raya pertama tanpa abah, sebak sangat.
Slalunya, aku akan salam tangan abah dulu diikuti dengan mak di pagi raya.
Lain plak tahun ni bila abah dah ta ada.
Aku rasa lain macam hari tu bila salam tangan mak dulu.
Ta dapat na rasa kulit tangan abah yang kasar da.
Ta dapat na cium tangan abah yang pernah dukung aku dulu da.

Sangat cemburu tengok meriahnya raya orang lain terutamanya sahabat aku sendiri.
Teringat tahun lepas, aku salam dan cium tangan abah.
Then aku ingat balik kenangan lama antara aku dan abah.
Semakin banyak aku ingat, semakin banyak jgak laa air mata ni jatuh menyembah bumi.


Masa kecil dulu, abah bawak aku pergi loken tiap Ahad.
Abah beli je apa yang aku na.
Terima kasih abah.

Masa tadika, abah laa yang ikut jadual aku.
Kadang kadang abah yang buat kerja sekolah.
Terima kasih abah.

Sekolah rendah, abah hantar aku pergi sekolah yang bagus.
Hari pertama, abah hantar then terus tinggalkan aku.
Aku tahu, abah percaya aku berani.
Terima kasih abah.

Setiap hari, abah yang ambil hantar aku pergi sekolah.
Bila aku balik, dah tersedia air Milo kotak yang aku suka.
Abah suruh habiskan cepat sebelum sampai rumah, ta na kakcik marah ta beli untuk dea.
Pernah satu hari, abah lambat satu jam hantar aku pergi sekolah.
Aku menangis, pandai abah pujuk sampai aku terlupa pakai helmet.
Abah cakap 'takpa', abah ta marah pun.
Kalau abah ambil aku lambat, aku menangis sebab tinggal aku sorang je kat sekolah tu.
Tapi aku bangga naik kereta Polis, abah pujuk dengan beli air Milo kotak.
Terima kasih abah.

Bila aku minta duit belanja lebih, abah bagi jgak even abah tengah sesak.
Terima kasih abah.

Masa ambil result UPSR, abah tunggu luar dewan sampai keputusan keluar.
Masa cikgu umumkan nama yang dapat 5A, abah senyum kat aku.
Tapi nama aku ta ada dalam senarai tu.
Aku sedih dapat 2A je, abah cakap 'Jadila tu'.
Balik tu abah belanja makan, aku diam je sebab sedih sangat.
Terima kasih abah.

Masuk sekolah menengah, aku sibuk suruh abah beli keperluan semua.
Ta fikir pun pasal masalah abah.
Hari pertama aku pakai kain biru tua, abah hantar tapi ta tunggu jgak.
Sekali lagi, aku tahu abah yakin aku ta takut.
Aku anak abah kan?
Terima kasih abah.

Masa ambil result PMR abah ta ikut, aku pergi dengan kawan.
Alhamdulillah dapat 5A, abah hadiahkan aku handphone Motorola V360.
Terima kasih abah.


Masa handphone tu kena rampas, aku bagitahu abah seorang je.
Aku suruh abah janji jangan marah, jangan bagitahu mak.
Memang, memang abah ta marah dan simpan rahsia.
Esoknya abah pergi sekolah jumpa pengetua masa aku dalam kelas, abah marah pengetua rampas handphone aku.
Abah cakap 'Cikgu dah ta ada handphone ke na rampas handphone pelajar?'
Lepas da dapat phone tu abah balik.
Balik tu aku tanya abah cikgu bagi ke phone tu, abah buat muka cakap 'tak'.
Senyum aku terus hilang, abah plak tersenyum.
Abah cakap kalau na phone tu, pergi mandi dulu.
Lepas mandi abah cakap phone dalam kereta.
Aku lari pergi ambil, abah senyum lagi.
Terima kasih abah.

Masa Tingkatan 4, aku beria na ambil lesen motor.
Satu hari dalam bulan puasa, aku berani sangat start motor.
Kakyang plak percaya sangat aku, duduk blakang aku.
Masuk gear 1, aku terus press.
Habis motor langgar pagar umah Cik Nyah, abah marah sangat sangat.
Aku gelak, kakyang terdiam.
Aku tengok pagar tu da senget, geng abang bujang sebelah umah intai ikut tingkap.
Baru aku malu, haha brek pun tercabut kalau tak silap.
Esoknya, abah cerita balik kisah tu sambil gelak.
Aku rasa tercabar, aku suruh abah ajar aku bawak motor.
Asal ada peluang, aku tanya abah macam macam pasal motor.
Macam mana start kaki ? Berhenti ? Nak masuk gear ? Jalan balik ?
Abah jawab je semua soalan aku walau aku tanya soalan sama banyak kali.
Satu hari abah suruh aku bawak abah.
Aku duduk depan, aku cakap 'Abah tahan dengan kaki tau, kaki adik ta sampai!'.
Abah jawab 'Yelah'.
Aku pun mula bawak, mula tu macam ta stabil.
Lama lama baru okay.
Petangnya, abah semangat baiki motor lagi satu yang da lama ta start.
Minyak hitam semua abah tukar.
Petang tu aku beranikan diri bawak motor sorang dekat ngan umah.
Abah cakap jangan sampai simpang besar.
Tapi aku degil, aku bawak jauh dari simpang tu.
Balik tu aku cerita kat abah, abah ta marah.
Abah cakap 'Lepas ni boleh pergi sekolah bawak motor, ta payah naik Bas Cik Kiah da'.
Seronoknya aku masa tu, tapi naik motor kakngah yang warna pink tu.
Aku ta suka, tapi naik jugak la.
Aku pun ambil la lesen L, masa tu hujung tahun Form 4.
Awal tahun Form 5 aku bawak motor dengan Farie.
Sampai 2 kali renew lesen tu, baru dapat P.
Sebab ta na ponteng kelas hari biasa test JPJ.
Akhirnya, dapat jgak aku pegang lesen P warna oren tu.
Terima kasih abah.

Masa puasa Form 4, abah belikan aku handphone Nokia Xpressmusic yang aku suka.
Konon hadiah PMR, aku happy sangat masa tu.
Terima kasih abah.

Masa raya Form 5, aku beria na pergi open house Megat.
Rumah Megat jauh, tapi aku ta bagitahu abah takut abah ta bagi.
Aku cakap na pergi beraya je.
Masa na pergi tu, aku excident.
Takut sangat, aku tidur uma Farie.
Luka satu badan, tapi takut pergi klinik.
Aku bagi alasan na tdo uma Farie.
Tapi abah tahu jgak, mak tahu sebab tgok aku jalan lain macam.
Plus, motor pun da jadi macam apa.
At last aku cerita jgak, abah ta marah.
Abah marah India tu.
Terima kasih abah.

Masa na dekat SPM, aku makin banyak lepak.
Banyak kali da abah marah selalu balik lambat, banyak alasan aku bagi.
Tapi masa lepak memang aku ada buat kerja yang cikgu bagi terutamanya Maths.
Sebab aku minat Maths, haha.
Satu hari aku lepak JJ, balik tu hujan.
Ntah macam mana aku pandai sangat na bawak motor lepas tangan.
Ta nampak bumper kat depan, then terbanglahh aku.
Kali ni jatuh motor memang teruk.
Dagu aku terbelah, siku mengalirkan darah, lutut luka dan seluar koyak sikit dkat peha.
Mulanya aku ta rasa apa, tengok cermin baru sedar.
Mujur ada orang tolong.
Motor jangan ckplaa, rosak teruk.
Lepas letak ubat kat uma orang tu, aku ajak member lepak Silibin Corner.
Menggigil aku dalam hujan, Zul bawak aku.
Masa tu da senja, aku tahu da lambat tapi takut na balik.
Abah call marah marah, da lambat sangat.
'Elok sangat la tu lepak dengan laki sampai malam!'.
Aku tahan rasa takut atas motor, beranikan diri bawak motor.
Kaki sakit pun ta terasa, takut aku lagi kuat.
Balik tu aku tengok muka abah merah tahan marah, mak da marah.
Aku terus masuk bilik kunci pintu, menangis dalam bilik.
Malam tu, mak ketuk pintu tanya na ubat ke ta.
Aku ego, aku cakap ta payah.
Esoknya, semua na dengar cerita aku.
Aku lepak lagi, abah ta marah pun.
Terima kasih abah.

Sampai hari SPM pun aku lepak jgak, abah still ta mrah.
Kadang kadang aku sengaja tunggu abah call, tapi ta ada.
Hari SPM da datang.
Sebelum pergi sekolah, mesti aku salam cium tangan mak.
Kalau abah ada, aku salam cium tangan abah jgak.
Abah selalu ta ada kat uma, kerja dengan tauke Cina.
Tapi masa SPM tu, abah mengadu sakit dada.
Aku tengok abah selalu duduk tegak, macam sesak nafas.
Masa tu abah nekad sangat berhenti merokok, kenapa abah ?

Sampai abah sakit masuk hospital pun, aku still na lepak dengan member.
Sampai da kena marah dengan kakyang baru aku sedar.
Hari tu aku lawat abah dkat hospital, wad 6B kalau ta salah.
Sebak aku salam tangan abah, aku pun ta tahu knapa.
Abah tnya esok paper apa, aku cakap Maths.
Then abah ta ckap apa apa da ngan aku, sedih.
Masa na balik tu, abah ta lupa bagi duit belanja untuk esoknya.
Abah suruh aku ambil RM5 dalam poket seluar dalam laci sbb abah pakai seluar hospital.
Terima kasih abah.

Aku dengar abah cerita kat mak, doktor kata esoknya abah da boleh keluar.
Aku pun macam biasa jela, lega abah sihat.
Masa balik tu aku rasa lain macam masa cium tangan abah tapi aku diam je.

Siapa sangka tu kali terakhir aku sembang dengan abah?
Esoknya lepas paper Maths aku terus balik, hampa tengok rumah kosong.
Then telefon uma bunyi, kakngah call.
Kakngah cakap tengah ikut ambulans hantar abah pergi IJN.
Haa, kata semalam bole keluar hari ni ?
Kata kata tu terlepas dalam hati je, ta terkeluar kat mulut.
Then kakngah kata jaga rumah, jangan keluar.
Mak dalam ambulans ikut abah, kakyang pergi kerja.
Aku pun duduk la dalam rumah seorang, layan facebook.

Ta lama lepas tu, ada satu panggilan yang buat aku runsing.
'Alyn, abah da ta ada'.
'Apa ni? Na main main pun agak agak laa!', aku marah dengan gurauan tu.
Lama sikit, aku rasa lain macam.
'Tunggu jap, org pergi hospital sekarang!', aku na pastikan.
'Ta payah, kemas rumah kjap lagi org surau na datang'.
Masa tu aku lagi runsing.
Tapi aku ta menangis, aku bukan suka !
Tapi aku kusut, ta tahu bnda tu betul ke ta plus aku fikir SPM lagi.
Last last aku nangis jgak, sambil kemas rumah.
Kakngah sampai ngan kakcik, hibanya aku.
Betul ke semua ni?
Maghrib tu, van jenazah sampai, aku tengok mak meraung.
Aku still ta percaya lagi sebelum tengok jasad abah.

YA ALLAH !
Abah ke ni ? Barula mengalir air mata aku.
Ingat pesan kakngah, aku tahan air mata ni.
'Jangan mengalirkan air mata, nanti abah sakit'
Abah, adik mnta maaf kalau abah sakit dengan jatuhnya air mata adik ni.
Masa tu aku lupa langsung esok paper Agama, da la fail bab bab na menghafal ni.
29 November 2010, 8 hari lepas hari jadi aku 21 November.
Hari yang aku suka sebab paper Maths btukar jadi hari yang aku ta suka sebab nyawa abah aku ditarik.
Malam tu aku hadiahkan abah surah Yasiin, betul sebelah abah.
Aku terkilan, ta sempat minta maaf.
Aku hanya mampu berdoa abah maafkan aku, doakan kehidupan abah di sana.
Aku tengok jasad abah yang kaku tu, aku mula percaya abah da ta ada.
Mulanya aku fikir abah pun na main mainkan aku, surprise birthday aku konon.
Esoknya apa aku jawab entah paper Agama, aku keluar awal.
Balik tu aku pecut, aku na sempurnakan abah.
Sedihnya aku, abah da dikafankan.
Aku na tengok muka abah buat kali terakhir, tapi aku pendam.
Then maklong bkak kafan bahagian kepala abah.
Aku orang pertama yang cium dahi abah.
Wanginya abah masa tu, dahi abah sejuk sangat masa tu.
Sekali lagi aku tahan air mata dari mengalir.
Alhamdulillah, abah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya.
Ramai jgak yang doakan abah masa tu, alhamdulillah.

Sampai sekarang aku ta bole dan ta akan lupakan semua kenangan aku dengan abah.
Ta ada seorang pun yang bole ambil tempat abah, ta ada yang sama dengan abah.
Abah yang terhebat dalam hati aku.
Itu je antara kisah aku dengan insan bergelar abah yang dapat aku share.
Jujurnya, ta puas 17 tahun 8 hari aku hidup dengan abah.
Cemburu dengan abang dan kakak aku yang lahir lebih awal.
Tapi aku terima, cuma rindu semakin menebal.
Hampir setahun abah pergi, aku selalu doa dapat jumpa abah cepat.


Mohamed Yusoff bin Hasim
28/05/1951 - 29/11/2010

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Sarjan Mohamed Yusoff bin Hashim. Tenanglah abah di sana, satu masa nanti kita jumpa lagi. Abahlah Sarjan terhebat yang paling adik sayang sebab abah yang terhebat.
I love you dad, you are my super hero.
Muahhh :*


P/s : Tulisan ni bukan na minta simpati, cuma terkenang kenangan dengan arwah. Terpulang apa fikiran korang, ini cara aku luahkan rindu. Al-Fatihah...

4 September 2011

Habis raya

Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar


Damn , aku kat sini sekarang .

Keseorangan dalam bilik yang sunyi , huuuuu .

Kbye .