11 Jun 2012

| Segmen Mya : I'm Inspired |

Assalamualaikum semua !
Hewhew okay taknak merewang .
Alyn join satu segmen ni , tu title atas tu .


Kalau korang nak join , korang rujuk sendiri lahh ye dekat blogsite Mya .

My Bias : Sarjan Mohamed Yusoff bin Hashim
Kenal tak ? Kenal tak ?
Mai nak introduce sikit , hehe .

Sarjan Mohamed Yusoff , mestilah seorang anggota polis kan ?
Beliau sangat hebat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau .
Beliau ni penyabar orangnya .
Okay okay , Sarjan Mohamed Yusoff ni abah saya .
Hehe memangla saya kenal , dari kecil pula kan .
Dari kecil , beliau banyak bersabar dengan kerenah saya .
Saya ni pula jenis yang suka menyusahkan orang , tapi beliau tak pernah merungut sekalipun .
Beliau sanggup susahkan diri beliau semata-mata nak lihat anak-anaknya senang .
Tak percaya ?
Dulu masa kecil saya selalu lepak rumah kawan , agak jauh la rumahnya .
Beliau sanggup ambil hantar saya pergi balik rumah member tu .
Walaupun beliau ada kerja lain , hehe .
Beliau penyabar juga .
Kalau mak ada marah beliau , beliau diam je .
Hehe beliau tak pernah lupa kawan .
Beliau sentiasa meluangkan masa dengan kawan main badminton tanpa lupakan anak-anak dan isteri .
Hee banyak lagi lah sikap beliau yang patut dicontohi oleh semua terutamanya diri saya sendiri walaupun beliau dah tak ada .
Beliau meninggalkan kami semua pada 29 November 2010 .
Tapi kenangan bersama beliau takkan pernah kami padam .

Sekian saja post kali ni , assalamualaikum .

With Them

Assalamualaikum semua !
Huhu apa khabar ? Hewhew post ni lambat sikit .
Lambat sikit je , ek elehh haha .

Huahua plan keluar dengan Mayra and Rauf .
Plannya keluar Rabu , so malam tu aku tanya la nak keluar pukul berapa .
Rauf kata pukul 10 pagi janji Melayu .
Faham-faham lahh kan haha .

Rabu [060612]
Tepat pukul 10 pagi aku dah siap , haa apa macam ? Haha
Mayra call , dia kata dia baru gerak dari KL .
Seriously , sempat ke -,-
Aku pun tunggu jelaa Rauf ..
Dari pukul 10pagi sampai ..
Haa agak-agak pukul berapa ?
Pukul 2 petang kot baru sampai rumah aku !
Haha tu pun Mayra dah sampai rumah dah pun .
Haishh penat siap dari pukul 10 pagi .
Rauf drive kereta abang Aziq , Proton Satria warna putih .
Okay memang terkejut ada seorang budak perempuan .
Adik angkat Aziq katanya , Form 5 .
Lagi satu kereta Perodua Kelisa , awek Ien drive .
Of course la Ien ada dalam kereta tu .

Then terus ambil Mayra dekat rumah dia .
Kitorang pergi Jaya Jusco Ipoh Kinta City .
*Again , nama panjang gila -,-
Sampai je aku terus cari makan .
Haha aku dengan Mayra makan nasi ayam je -,-
Lepas tu beli tiket wayang cerita Snow White & The Huntsman .
Masuk pukul 7.25 malam .
So sementara tu kitorang jalan-jalan dekat Padang Polo , Eco Park Botani and lastly hantar adik Aziq tu balik rumah .
Maklumlaa , budak sekolah haha kejam gila .
Then terus pecut pergi JJ balik .

Duduk dalam cinema tu punya lah depan -,-
Yang si Rauf tanya macam-macam cerita pasal apa semua .
Last-last dia tidur plak aihh .
Haha sekali phone dia bunyi , memang aku buat tak kenal la kan haha .
Memang semua orang tengok .
Haihh habis wayang tu pukul 9pm lebih .
Then kitorang pergi Dataran Ipoh , dinner char kuetiau .

Balik tu diorang hantar Mayra sekali balik rumah aku .
Mayra tidur rumah aku hewhew , haha .

Esoknya [Khamis , 070612]
Dalam pukul 5pm macam tu Rauf and Aziq datang rumah .
Boleh plak diorang kata accident , bengong -,-
Penipu ! -,-
Mula-mula nak pergi MyDin beli barang , tapi fikir-fikir banyak barang tak ada so kami gerak ke Tesco je .
Ingat nak beli banyak barang tapi takut tak cukup duit haha .
So beli sikit je , haha .
Lepas tu pergi Dataran juga makan malam .
Kali ni aku order bihun sup , err tapi tak habis juga haha .
Then diorang terus hantar Mayra balik rumah .
Maklumlaa esoknya Mayra dah balik Merbok .
Haha then terus hantar aku balik .

To Rauf & Aziq : Thank you wehh sebab drive kereta ambil kami semua . And belanja makan , duit minyak semua tu lah .

Mayra : Thank you babe teman aku hewhew , nanti keluaq lagi okay ?

About Aziq , Ien & Rauf :
From left : Rauf , Aziq , Ien
 Okay mula kenal Aziq dengan Ien dari Pusat Tuisyen Utama masa Form 5 .
Masa tu satu kelas dengan diorang , diorang selalu duduk baris belakang kitorang .
And trust me , masa tuisyen tu tak pernah bercakap pun dengan diorang .
-,-
Cuma kami ada add fb diorang lahh , hewhew .
Stalking dekat fb jela kan haha .
Rauf plak aku kenal dekat fb je pun .
Rupa-rupanya diorang memang geng -,-
Satu sekolah lagi tu , SYS .
So , tu lah mereka geng hotstuff .
Haha :3

Sorry post berterabur ni haha .
Thank you for reading , assalamualaikum .


8 Jun 2012

Dating Bersama Psycho

Assalamualaikum !
Hehe apa khabar ?
Okay agak lambat nak story pasal dating ni haa adoii .

Jumaat [010612] lepas kami double-date .
Wehuu ~ Aku , Farie , Mayra dan Miera .
Miera men-drive kerete BARU .. aku ulang , kereta BARU haha .
Pagi tu , around 10am dia ambil aku dah .
Then pergi rumah Farie ambil dia then ambil Mayra plak .
Terus shoot pergi Jaya Jusco Ipoh Kinta City .
Amik hang , panjang gila .
Phew -,-
Sampai je kami terus menuju ke food court .
Haha , lapaq baq hang !
Eheh makan apa je pun ? -,-
Aku dengan Mayra makan Dorayaki .
Miera makan cocktail ke apa entah .
Sedangkan Farie usha je , Farie diet hewhew .

Lepas makan , terus pergi karaoke .
Haha tunggu punya lama , last-last dia kata open pukul 1300 ke pukul berapa lupa dah haha .
Huh , kami pun decided untuk lunch .
Bahasa apa entah dah aku pakai ?
Maklumlaa dah lama tak berinteraksi dengan manusia .
Cakap pun tak betul dah -,-

Eheh kami lunch di Johny's Restaurant tapi tak makan steamboat pun .
Boleh plak tengah makan tu aku perasan ada ulat sampah ?
Euwww , terus tak lalu nak makan .
Vanilla Milkshake pun tak habis , hampeh punya ulat sampah -,-
Mayra & Me : Tunggu makanan Miera & Farie
Lepas makan tu terus pergi karaoke balik haha .
We are the first customer ! Huhu
Okay aku ambil medium room for two hours .
And memang , aku dengan Mayra je gila karaoke woii .
Tambah plak Miera tak ada suara kan .
Tudiaa bakat terendam ~

Farie tak ada sebab busy tangkap gambar .
Dah habis karaoke tu kami jalan-jalan .
Stalking Miera dengan ehm ehm ~
Hehe lepas tu beli Big Apple kejap then Mayra beli UV filter untuk DSLR dia .
Otw balik tu , tercetus lah idea nak photoshoot plak oii .
Maka kami terus menuju ke Gunung Lang , haha tak ada tempat lain .
Huhu Farie dengan Mayra jadi photographer and err aku dengan Miera jadi 'model' diorang plak oii .
Tak ada kerja , haha macam-macam posingnya pun adoi .
So ni lah hasil photoshoot nya hewhew
Nampak tak kegedikan aku di situ ? Huahua
Tudiaa *Taktau caption apa haha
Tadaa , meet Farie huhu . She is my best friend when i was in Form 3 until Form 5 . We worked together at KFC Cockman . Huhu thank you babe ! =) *speechless
Me & Mayra : Selalu je lepak sama-sama since masuk UiTM ni , haha sebab cuti sama kan . Shopping , dating , menggila tak ada dengan orang lain selain dia . Muahaha nanti keluar lagi okay ? =D
With Miera : Went to school together by Bas Cik Kiah since Form 3 , huhu . Now dia dah pindah Kedah wokk , maklumlah daddy dia naik pangkat . Wee ~ Rajin-rajinlaa turun Ipoh yee .

Okay aku tak tahu kenapa , but aku paling suka dua gambar dekat atas ni .
Maybe sebab candid kan , hewhew .

Me , Farie , Mayra , Miera : Babe , rindulahh aku dekat korang nanti . Haihh take care ye korang . Macam biasa , thank you and sorry for everything . =')

So berakhirlah post aku kali ni , muahaha .
*Motif ?
Korang nanti jaga diri okay ?
Kalau ada apa-apa contact la aku weii .
InsyaAllah aku ada .
Mak aihh sedih plak aku T_T .

Thank you for reading , assalamualaikum .

4 Jun 2012

Segmen : Trademark Blog Saya

Assalamualaikum , hai semua .
Apa khabar ? Hope sihat je , amin .
Kalau tak sihat , makan ubat okay ?

So baru-baru ni aku ada join satu segmen .
Atas tu haa nama segmen nya .


 So join lah kalau korang nak join , tapi ada syarat .

And ni dia syarat-syaratnya :

- Follow Blog FR [ nanti FR follow blog korang balik] (click on FR or the banner above)
- Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
- Tajuk haruslah seperti berikut "Segmen: Trademark Blog Saya"
- Sertakan trademark anda di dalam entry contoh "Biasa itu diriku ,Luar biasa itu pilihanku
- Hantar link entri anda ke ruangan komen. Link entri BUKAN link BLOG, hantar di ruangan komen entri ini sahaja. 

- Lepas dah siap semua sila senyum selama 5-10 saat (^___^) Tak senyum tak boleh join!!  Sila jujur.
- Segmen ini tamat pabila jumlah penyertaan sebanyak 50-70 orang.

So this is my blog trademark "Dream as if you'll live forever" and "Life is the art of drawing, without an eraser"

Okay ayat tu memang common but still , ada maksud yang mendalam .


So tu je kot , thanks for reading .
Assalamualaikum .

2 Jun 2012

Kesempurnaan Fizikal

Assalamualaikum !
Apa khabar bloggers ?
Harap semua sihat-sihat saja ye , amin .

So , post ni agak serius lahh ye .
Bukan apa , just nak menegur sikap sesetengah manusia ni .
Sesetengah manusia yang err tak reti fikir agaknya .

Special post for sesiapa yang selalu ejek fizikal seseorang .
Teringat masa sekolah dulu , masa sekolah rendah .
Cikgu ada pesan , lebih kurang macam ni lahh bunyinya ;
"Kalau kamu marah sekalipun dekat seseorang tu , janganlah libatkan fizikal dia"
So agaknya korang dah tau lahh fizikal tu macam mana kan ?
Fizikal tu , apa yang kamu boleh nampak dekat seseorang .
Gemuk , kurus , warna kulit , cantik , kacak , hodoh dll .
*Tak merujuk kepada sesiapa .

Tak baik tau kalau ejek diorang punya fizikal .
Memanglah masa kamu cakap pasal fizikal dia tu , dia gelak or senyum or diam je .
Dalam hati dia , siapa yang tahu ?
Mesti dia menahan malu dan terasa .

Jangan jadikan fizikal tu penghalang dalam persahabatan .
Kalau korang berlagak sangat dengan muka korang , fizikal korang yang tak ada cacat cela tu , ingatlah sekelip mata je Allah swt boleh tarik balik apa yang dipinjamkanNya tu .
Sepatutnya korang bersyukur je dah lah , tak perlu nak bangga sangat .

Okay , senang cerita sebelum kata apa-apa tu fikir dulu lahh .
Atau pun bayangkan kalau kamu berada di tempat dia , fikir apa akan dia rasa .
Diorang tak minta pun nak jadi macam tu .
Kalau boleh minta , rasanya memang semua orang dalam dunia ni sempurna lah fizikal nya .

Ingat , semua yang kamu ada di dunia ni cuma pinjaman Allah swt semata-mata .
Elakkan daripada buat orang berkecil hati .
Elakkan cakap benda yang sensitif bagi seseorang .

P/s : Okay kalau aku ada tercakap pasal korang yang korang terasa tu , aku minta maaf . Tehee , aku selalu kata Alya , Husna , ET dengan Bella gemuk . Yang tu , sumpah main-main je . Korang tau sendiri korang tak gemuk kan ? Minta maaflah kalau korang terasa jgak . Ahha lagipun tak adalah aku berani kata orang macam tu depan-depan . 

Ehhe , terima kasih baca assalamualaikum .