22 Ogos 2012

Kenapa wanita suka menangis ?

Assalamualaikum ! Hehe just nak share satu artikel ni .
Alyn terbaca dekat blog Aku Anak Pahang .
Tengok tajuk je terus baca artikel tu hehe .
So nak share la ni .
Antara sebab kenapa perempuan lebih senang menangis berbanding lelaki :


Luahan emosi yang ikhlas – Ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.


Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.

Sumber : Aku Anak Pahang

From me : Ada je lagi sebab lain tapi 3 yang atas ni yang paling betul especially kemarahan tu , Macam aku , aku tak reti nak mengekspresi kemarahan , last last menangis sebab tak reti nak marah -.- Memori tu biasalahh kalau terkenang something especially arwah abah :') and luahan ikhlas tu pun betul juga . And yeahh wanita memang perlukan lelaki bila menangis , gedik kan ? Haha lumrah , so pujuk pujuk la isteri , mak , kakak yang tengah menangis tu .

Sekian , thank you membaca .


19 Ogos 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum semua .
Harap belum terlambat lagi nak post raya ni .

First of all , aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali diri ni atas segala silap salah yang membuatkan korang terasa hati sampai sekarang ke , apa-apa jelah .
Aku tahu , ada je yang tak okay dengan aku , so aku minta maaf sangat-sangat sebab aku ni tak perfect orangnya .
Err siapa yang tak okay dengan aku tu , ada apa tak puas hati ke apa ke , mohon bagitau aku straight forward . 
And yeah , aku maafkan korang juga . 
Harap korang berjaya dalam hidup and berkawan dengan orang yang baik-baik .
Halalkan makan dan minum or apa-apa je yang korang habiskan untuk aku selama korang berkawan / bersahabat dengan aku .
Kalau tak pun , bagitau lah aku apa yang aku hutang so that aku boleh bayar balik .
Thank you sudi berkawan dengan aku walaupun tak lama :)
Eh jangan rasa terpaksa plak nak berkawan dengan aku .
Kalau taknak kawan tak apa , bagitau je .
Eh macam budak-budak je ayat -.- haha

Last but not least , aku just nak wish Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri , harap diampunkan segala kesalahan aku dari hujung rambut ke hujung kaki .

Special to : 
1) Semua pelajar dan cikgu Tadika Islam Taman Meru , kelas Putih 1999 . *Budget ingat haha 
2) Semua pelajar dan cikgu SK Tarcisian Convent , especially .. lupa kelas apa , yang aku ingat Darjah 1 sampai Darjah 3 aku kelas Kekwa , Darjah 5 Mawar and 6 Lili . Masa Darjah 6 nakal sikit , ponteng kelas pergi lepak dekat dewan semua bagai -.-
3) Semua pelajar dan cikgu SMK Tarcisian Convent . Haa ni panjang sikit sebab sekolah menengah ni banyak drama sikit haha . Sorry ye semua , aku ni agak gedik sikit kot dekat sekolah -.- Banyak ke ? Sikit la , sikit . Hehe 1 Rose , 2 Rose , 3 Rose , 4 Rose dan 5 Rose ! Hehe thank you semua tau tau especially .. banyaklah -.-
4) Semua pelajar , lecturer dan staf UiTM Seri Iskandar . Okay terutamanya kepada pelajar Diploma Sains Komputer batch Jun 2011 , penghuni Melati , blablabla . 
5) Semua lah yang mengenali diri ini , err atau ada yang tak kenal pun boleh .

*Nantilah tukar banner -.-'
Sekian , assalamualaikum .
Yang ikhlas ,