29 Disember 2011

MFace

Assalamualaikum !
Tahniah kepada artis-artis Malaysia yang berjaya melancarkan laman web sosial Malaysia yang pertama , MFace.me .
Yeahh , baru je tadi Alyn join .
Tak lama lagi , delete jugalahh acc facebook tu .
Wehee , MFace best even agak terabur but lama-lama nanti okay la tu .
Biasalahh tu awal awal kan ?

*Hari ni merupakan hari terakhir buat insan bernama Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff .
**Maafkan saya kerana sering membuat salah , saya ni manusia biasa dan mempunyai perasaan . Terima kasih atas semuanya . Ya Allah , aku bersyukur kepada Kau juga kerana telah mengizinkan aku bernafas di bumi Mu ini selama 18 tahun , 1 bulan dan 8 hari . Terima kasih ya Allah atas semua kenangan dan impian yang aku terima sepanjang hidupku ini .

Assalamualaikum .

28 Disember 2011

Abah , hari ni adik rindu abah lagi .
Ahha setiap hari adik takkan berhenti rindu abah .
Rindu adik pada abah setiap hari makin bertambah .
Adik saaaayang abah sangat-sangat , hehe .
Dah lama tak peluk abah , tapi tak apalah .
Nanti abah masuk dalam mimpi adik lagi tau ?
Adik taknak selalu mimpi lelaki yang mahram buat adik .
Takut syaitan hasut adik buat apa apa plak nanti .
Hehe okay abah , i love you .

Tak ada tajuk ..

Setiap hari benda yang sama je aku fikir , so haha tak ada apalahh .

Kepada semua , aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . Selama hidup ni , tipulah kalau aku tak pernah buat salah dekat korang . Terima kasih pernah bagi kenangan manis dekat aku walaupun sementara . Tolonglah maafkan aku selagi ada masa dan sempat untuk memaafkan aku .

27 Disember 2011

Dengarlah adik panggil ni abah ..

Abah , abah tak rindu adik ke ?
Kenapa abah tak bawa adik jumpa abah lagi ni ?
Tak apalah abah , adik tunggu abah lagi .
Abah , adik taknak tinggal sini dah boleh kan ?
Adik nak duduk dengan abah .
Abah tau tak , sejak kebelakangan ni adik cepat demam kalau ingat abah .
Adik riiiiindu abah sangat-sangat .
Kan abah dah janji nak ajar adik drive ?
Sekarang ni tak ada siapa pun yang peduli pasal adik .
Adik nak abah ada dekat dengan adik sekarang , boleh tak abah ?
Adik akan selalu doa supaya cepat jumpa abah , abah doa juga tau ?
Adik dah taknak ada dekat sini dah , tak ada siapa perlukan adik .
Adik yang perlukan abah sekarang dan sampai bila-bila .
Nanti kalau kita dah tinggal sama-sama , adik nak selalu tengok kawan adik tau abah ?
Biarlah kalau diorang semua tak ingat adik sekalipun , adik tak kisah sebab adik ada abah .
Abah tak anggap adik ni sebagai beban kan abah , macam yang lain ?
Adik sedih sebab ada orang hina adik tak ada abah .
Hina sangat ke orang yang tak ada abah ni , abah ?
Adik rasa yang lain tu tak boleh terima adik sebab tu juga .
Sebab abah dah tak ada ? Abah , cepatlahh ambil adik dekat sini .
Adik dah penat lah nak hidup sorang-sorang .
Adik tunggu abah !
T_T

Selamat tinggal

Wehee dah berjaya delete acc facebook !
InsyaAllah lepas  ni tak onl facebook dah kalau tak ada hal penting .
Err kalau boleh nak delete je yang lagi satu jugak tu , i mean semua je .
Tengoklahh dulu kalau agak dah tak diperlukan , sekarang pun boleh delete .

Ahha blog ni pun akan ditapis , ceyy tetiba .
Blog lagi satu je yang akan dengar segala masalah aku yang tak pernah selesai dari dulu .

Thank you blog , sanggup dengar je semua . *Walau pun kau tak rela kan ?
Tak lama je lagi , semua ni akan berakhir .
Jangan risau okay , Alyn ?

Ouh yeahh , nak terima ke tak tawaran University of Tasmania ?
-> masalah lagi satu yang dari dulu tak pernah selesai .

Nak dengar cakap family or nak kejar impian ?
Aku fikir , aku nak je terima sebab aku rasa UiTM dah tak serasi dengan aku .
Huh , pernah ke serasi pun ? -,- Tak ada apa dah yang boleh buat aku stay dekat UiTM tu haa .
Serupa aku hidup sorang-sorang je dekat sana kan ? Baik pergi tempat yang orang tak kenal aku je .
At least pergi Australia tu , boleh bawa diri , bawa hati yang sedang berduka lara ni kan ?
Yeayy nak pergi !!

*Malam ni rompak bank , lari rumah pergi Australia !
Hmm , apa boleh buat ? Tak mampu kan ?
Goodbye second chance . Goodbye dream .
Satu hari nanti aku akan melawat universiti tu , tapi special sikit la sebab nak pergi melawat sana dengan abah . Abah tunggu adik tau abah ! Wee ~

+_+ Yeahh memang aku happy pun , korang apa tau ? Korang tak kenal Alyn pun , err abah je kenal siapa Alyn . Weheee smileSMILEsmile =)
*Fake


Nak tahu






Apa perasaan awak kalau awak hilang orang yang awak sayang ?
Apa perasaan awak jika kehilangan orang tersayang ?



Doaku

Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna


Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin

26 Disember 2011

Part II

Assalamualaikum kepada siapa yang baca .
*Ada ke ?

Part II ?
Seriously makin lama makin benci part II .
I miss ACS1101E last sem damn much .

Yang selalu lepak :
Mueiz , Amir , Azeera , Syazwan , Naqiu , Bella , Que , Ery

Yang lain lain tu :
Alya , Husna , ET , Hayat , Ya , Puteri , Aimi , Iqbal , Shafik , Fizi , Daus , Wira , Hariz , Syue , Naim , Umi , Ika .

Lepak IS minum Air Selangor , pergi Pulau Pangkor , jalan Ipoh , overnight .
Bila lagi aku nak dapat kenangan cmtu wehh ?

*Emo ? Ha ah , memang aku emo pun .
Aku nak Part I balik !

ACS1101E

Qada' dan Qadar

Assalamualaikum , wee ~
Hee , kalau tu yang terjadi or akan terjadi ...
Aku terima . Siapalahh aku nak halang sesuatu perkara untuk terjadi kan ?
Kuatkanlah hati aku yang lemah ni .
Argghhh ! Selamat tinggal .
T_T

**Suka buat touching
=,=

25 Disember 2011

Do you hate me ?

Choose yes or no :

Oh yes / no , i hate you !

Arrggghhhh !

Abah

Abah , bila nak jumpa ni ?
Adik rindu abah sangat-sangat dah ni .
Tak sabar nak jumpa abah , nak peluk abah .
Weee ~

B E N C I

Assalamualaikum .
Ya Allah aku tak tahulahh apa salah aku sampai semua orang tak suka aku .
Aku tak tahulah kenapa orang tak boleh terima aku macam aku terima mereka .
Kalau betul aku ada buat salah , tegurlah kesalahan aku jangan diamkan saja .
Ya Allah , bukakanlah hati aku untuk menyedari setiap kesalahan aku .
Ya Allah , maafkan aku atas segala kesilapan dan kekhilafan yang datang dari ini ,
sesungguhnya aku seorang hambaMu yang lemah dan kerdil . 
Terima kasih ya Allah atas semua kesenangan dan kesempatan yang Kau berikan kepada aku .
Ya Allah , bukakanlah hati mereka untuk menerima aku seadanya .
Amin ya rabbal a'lamin .



10 Disember 2011

Which one is yours ? (=

1) CINTA DARIPADA SYAITAN
Apabila sesuatu pasangan sedang hangat bercinta , kemudian keluar ber‘dating’ , saling berpegangan tangan dan akhirnya melakukan maksiat . Disebabkan itu , si perempuan tersebut mengandung . Oleh itu si lelaki TERPAKSA mengahwini si perempuan

2) CINTA DARIPADA JIN

Apabila seseorang lelaki itu mencintai si perempuan dan ingin ber’couple’ dengannya tetapi si perempuan itu menolak dengan sekeras-kerasnya kerana tidak menyukai lelaki itu . Oleh hal yang demikian , si lelaki membomohkan dan menyihirkan si perempuan itu sehingga perempuan TERPAKSA itu mengahwininya


3) CINTA DARIPADA ALLAH S.W.T.
Apabila si lelaki dan si perempuan itu berpandangan mata , tiba-tiba perasaan aneh timbul didalam hati dan menusuk kalbu antara mereka serta bermulalah bicara dari hati ke hati yang mengembangkan bunga-bunga kemesraan antara mereka . Selepas beberapa lama memendam rasa dan rindu , si lelaki terus meminang si perempuan sebagai permaisurinya dan si perempuan itu pun telah
bersetuju untuk berkahwin dengan rela hati , dan kerana Allah telah mempertemukan jodoh mereka . Maka berkekalanlah hingga nyawa bercerai jasadnya . Insya-Allah .

INILAH SYURGA CINTA ABADI




Allah swt hilangkan sekejap matahari
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis mencari matahari
Rupa-rupanya tanpa kita sedari
Allah swt hadiahkan kita pelangi yang indah


Tabahkan hati

Jika kita menghadapi musibah maka kita perlu memperhatikan beberapa hal. 

Pertama, perlu kita ingat bahawa pahala sabar adalah ketika saat pertama musibah itu mengenai kita. Rasulullah SAW pernah melihat seorang wanita menangis lalu ditegur,  
“Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah..” 
Wanita itu kemudian meminta Rasulullah menjauh sambil berkata bahawa Baginda tidak pun menerima musibah ini dan Baginda tidak pun mengenali siapa yang meninggal itu. Lalu dikatakanlah kepadanya, “Baginda adalah Rasulullah..” 
Maka segera wanita itu menuju ke rumah Rasulullah SAW dan berkata, 
“Aku belum mengenaliMu” Rasulullah SAW kemudian bersabda, 
“Sesungguhnya sabar adalah ketika pertembungan yang pertama..”


Kedua, membaca “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” [Al-Baqarah : 156] dan 
“Allahumma ujurni (atau ajirni) fi mushibati wakhluf khairan minha.” [HR Muslim 2124]

Doa ini merupakan doa yang dahsyat bagi mereka yang menimpa musibah. 
Ya Allah berikanlah ganjaran pada musibah yang aku alami ini dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya!


Kita semua mengetahui derajat dan maqam mereka yang telah berada di barisan muslimin ketika perang Badar. Mereka adalah golongan yang mendapat kemuliaan yang agung. Allah SWT telah mengampun semua mereka yang terlibat di dalam Badar. Abu Salamah adalah salah seorang tentera Badar.

Dikisahkan ketika beliau meninggal dunia, Ummu Salamah membaca doa ini, 
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Allahumma ujurni fi mushibati wakhlufni khairan minha”

Apakah yang lebih baik dari seorang suami yang telah menyertai perang Badar?

Ternyata Ummu Salamah RA kemudian dinikahi Rasulullah yang merupakan insan yang lebih baik dari seluruh tentera Badar. Subhanallah..
 Bersabar di atas musibah dan yakin akan terijabnya doa.


Ketiga, Sabar yang indah. Sabar yang indah adalah sabar yang berkualiti tinggi. Sabar yang tidak diiringi dengan resahan, keluhan, rungutan, sesalan, dan yang serupa dengannya.

Apakah kita memilih untuk mengadukan kesulitan kita kepada manusia dibanding kepada Allah? Ataukah kita masih susah menerima ketentuan (Qada’) Allah?


Ketiga-tiga hal ini membuahkan satu sikap yang unggul di dalam jiwa muslim. Sabar ini memberikan sepenuhnya kekuatan kepada muslim untuk terus menghadapi segala cabaran kehidupan. Gagah menapaki anak tangga walau musibah melanda. Gagah mengharungi dugaan dan cabaran demi meraih janji Allah. Setiap usaha pasti akan tercatitkan di akaun individu setiap hamba. Allah sesekali tidak pernah akan menghilangkan amal mereka yang berlaku ihsan. Apa pun bentuk musibah yang melanda sentiasa memberi ruang bagi muslim untuk menambah berat timbangan kebaikan mereka. Seperti mana firman Allah, 
“Innama yuwaffas shobiruna ajrahum bi ghairi hisab..” [Az-Zumar : 10] 
Sesungguhnya ditunaikan bagi mereka yang sabar ganjaran mereka tanpa kira-kira..



 S A B A R



*Siapa rasa macam dah kenal aku sangat tu : Tolong jangan nak budget tau sangat boleh tak ? Kau tegur masalah orang , tapi kau tak tau pun apa masalahnya sebenarnya . Kau tau nak fire je , bukan nak tanya dulu apa masalahnya . Buat orang lagi runsing kau tau tak ? Kau tak ada masalah , kau tau apa ? Ouh yeahh , kau memang baik pun ! Semua yang baik ada pada kau . Thanks lahh wehh , memang kau membantu sangat pun .

-,-

Susah senang

Heyy guys ! 
*Happy , tetiba .

Thank you kepada semua kawan-kawan aku yang berada di sisi aku pada masa susah dan senang .
Yeahh betul lahh apa orang kata , kawan ketawa bersepah di dunia ni . Kawan susah ?
Semua dah tak macam dulu kan ?

**Thank you sebab bagi kenangan manis dlam hidup aku .
***All the best dalam hidup (=

9 Disember 2011

Ujian ! =)

Ya Allah , kalau ni ujian yang Kau bagi aku , aku terima .
Cuma aku minta tabahkan hati aku untuk hadapi semua dugaan Kau .

*Best kan macam ni ? Thank you kawan , aku sangat TERHARU ! Maafkan aku kalau aku selalu kacau kau then kau terasa , and terima kasih wehh sebab tolong aku baik-baik balik dengan dia , tapi aku rasa tak perlu kot ! 
Terima kasih sangat-sangat !

Mimpi .. ?

Ustaz Yusri [CTU151] kami pernah cakap pasal mimpi .
Mimpi je ? Tak la , mimpi berjumpa Rasulullah saw .
Ustaz kata syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah saw .
Then aku teringat .. berdebar-debar jantung aku .
Then ustaz kata lagi , dalam mimpi tu kita tak tahu pun siapa orang tu .
Kita akan tahu sendiri orang itu Rasulullah saw .
*Sama macam apa yang aku alami .

**Aku ada cerita dekat orang apa yang aku mimpi tu tapi ramai yang tak percaya . Sekarang ni pun korang mesti tak percaya punya kan kalau aku cakap aku pernah dapat mimpi tu . Kalau betul la dalam mimpi aku tu Rasulullah saw , ALHAMDULILLAH . Aku akan ingat pesanan tu sampai bila-bila , insyaAllah .

***Menangis terharu ='D

W O I !

Yang kau sibuk sibuk nak contact dengan member aku apahal bro ?

Kepada member aku : Apa dosa aku sampai kau plan untuk aku macam ni ? Okay fine aku selalu kacau kau , sorry tapi tu semua main-main je pun . Lepas ni aku tak kacau kau dah .