31 Mei 2013

Hello Putrajaya !

Assalamualaikum you alls !
Hehe hari ni pun excited macam previous post juga :D
Ahah nak story pasal semalam dan hari ni hehe :)

Semalam aku bangun awal sebab ada driving class .
Driving class ? Alhamdulillah dah makin lancar walaupun agak kibut .
Thank you kepada yang mendoakan dan yang mengajar hehe .
In syaa Allah kalau tak ada aral , Rabu [5 Jun] ni aku test JPJ .
Doakan aku lulus ye kawan-kawan ? Aminn ~
Eh kawan je ? Yang bukan kawan pun tolonglah doakan , hehehehe :p
Okay sambung story .
Semalam belajar sekejap je sebab pakcik ada hal .
Pakcik ? Ouh driving trainer tu pakcik kandung saya hehe .
Kakak-kakak saya , abang , saudara-mara , kaum kerabat dan jiran tetangga semua ambil lesen kereta dengan pakcik saya .
Pewiit , famous lah pakcik ! Hehe ~
Ramai cakap pakcik garang , ada yang sampai menangis-nangis masa belajar tu .
Aku ? Err aku rasa aku ni hati batu kot .
Ada je kena marah tapi tak sampai menangis pun -.-
Okay tak berlagak , hehe .

Lepas dah habis belajar memandu tu , aku pun baliklah rumah .
Aku plan nak ajak mak pergi rumah kakngah dekat Sepang sebab nak jaga anak buah aku , Dania dan Adam .
So aku pun ajak lah mak memandangkan next driving class ialah pada hari Isnin , so duduk rumah tak buat apa kan .
Okay skip cerita , adalah halangan nak pergi rumah kakngah tapi alhamdulillah aku diberi kebenaran oleh mak akhirnya hehe .
Tapi mak tak ikut sebab mak pergi tengok ceramah Ustaz Kazim .
So aku terus kemas beg , makan dan bersiap .
Around 12.30 pm aku tunggu bas nak pergi Terminal Amanjaya , weee ~
Excited sebab nak travel sorang-sorang , haha macam jauh sangat je ~
Sampai je terminal tu , perhhh bangga je first time menjejakkan kaki ke situ .
Pffttt rumah je dekat tapi tak pernah sampai haha .
Masuk je situ , aku buat-buat muka dah biasa travel cari kaunter tiket bas .
Hahaha nasib baik jumpa , so terus pergi ke kaunter Plusliner hee :3
Tadaaa ~


Kenapa Plusliner ? Sebab .. taktau lah .
Maybe selama ni mok selalu naik Plusliner , aku pun macam 'biasa' juga lah .
Eh ? Boleh ke macam tu ? Hihi :3
So tiket pukul 2pm , hmm sejam aku melangut dekat departure hall tu -.-


Aku tengok ruang menunggu ni penuh je , nasib baik aku dah ada tempat duduk -.-
Tetiba aku terasa lapar , haish masalah betul .
Nak pergi beli makan , malas nak bawa beg macam bawa batu bata tu .
Lagipun takut tempat aku orang lain ambil .
Lepas tu aku mendapat arahan daripada mok suruh beli juga , aku pun dengan confident nya bangunlah menggalas beg ANGKASA tu pergi gerai .
Perhh ingatkan jauh sangat kedai nya , dekat je pun ~
Aku taktau nak beli apa so beli NIPS , Rocky dan air mineral je ~


Ahah ada bro tu duduk sebelah aku usha je aku tangkap gambar ni haha .
Lebih kurang pukul 1.50pm tibalah bas yang aku tunggu .
Eheh bestnya seat sorang ! Hehehe tengah tak ada orang ni yang best !


Haha iklan kejap ~


Tudia beg aku yang berat ngat tu .
Okay sambung balik ~




 Tak boleh nak buat muka comel sebab terlalu excited , hahaha .


Tak ada motif , okay bye .

Aku tiba di Putrajaya Sentral pukul 5.30pm .
Masa tu kakcik aku baru gerak dari tempat kerja dia dekat Subang Jaya , dan jalan sesak wa cakap lu ~
Pukul 6.30pm baru dia sampai nak ambil aku -.-
Sampai je rumah abang , mok saya datang yeay yeay !
Sanggup dia tunggu situ lepas habis kerja, dah lah tayar motor pancit .
Tapi dia dah tukar tayar lah cerita dia , gigih sangat nak bawa motor tayar pancit .
Thank you awak sudi jumpa iteww !
Okay kesian mok kena tolong angkat barang kakcik yang nak pindah rumah ni -.-
Masuk je rumah abang letak barang , aku keluar balik dengan mok .
Ingatkan nak cari kedai makan tapi mok cakap jauh .
So aku pinjam helmet abang aku , naik motor dengan mok pergi cari kedai makan .
Heh nak buat macam mana dah lapar sangat tahuuu ~

Abang : Nak makan dekat mana ni ?
Me : Taktau , restoran mana dekat ?
Abang : Presint 9 dekat .
Me : Haa okay .

Ahah so aku pun naiklah motor dengan mok di Putrajaya ni .
Weee seronok sangat , rasa sweet macam naik motor dekat Pulau Pangkor hari tu .
Jangkaan aku tepat sama sekali , sejuk wei ~
Dan aku rasa gayat bila duduk belakang , ye la selalu bawa orang kan hehe .
Mok ni bawa boleh tahan laju juga , selit-selit lagi errr -.-

So , pendekkan cerita lagi hehe .
Kami pun dinner di Pizza Hut Alamanda yeayyy !
Tapi makan tak habis so bungkus je haha tu lah berlagak sangat nak banyak .


Dah makan tu kami jalan-jalan kejap dalam tu then keluar balik .
Weee best sangat jalan-jalan naik motor .
Mok bawa aku pergi tunjuk site tempat praktikal dia , hehe .
Then mok tu berhenti dekat Jambatan Seri Warisan , cantik ada lampu warna-warni .
Tapi sekejap je sebab tetiba banyak budak lelaki hee -.-
Lepas tu mok hantar balik rumah abang .


Hehe esoknya iaitu hari ni aku bangun lambat sikit , err sebab tak cukup tidur .
Hee mimpi buruk lagi , okaybye .
Tengah hari tu kitorang keluar lagi , tapi sekejap je sebab nak beli tiket balik Ipoh .
Ahah tak jumpa Putrajaya Sentral , sesat kejap .
Tu la , dia tak percaya aku cakap dekat Presint 9 lalala ~
Dah sampai tu terus ke kaunter Plusliner hehe .


Happy nya datang sini dapat jumpa dia hehe :)
Walaupun sekejap tapi happy sangat-sangat .
Thank you mok ^-^

Hehe ada peluang nanti kita jumpa lagi ye ?


Thank you , assalamualaikum .

28 Mei 2013

Insane Day

Assalamualaikum semua !
Hehe post ni .. err taktaulah nak jadi apa sebab aku tengah excited .
Nak cerita pasal 27 Mei 2013 iaitu semalam hehe .
Weee hang out dengan my hot setaps !

Actually dah lama plan nak keluar sebenarnya .
Masa mula-mula cuti tu aku rasa dah tak sabar nak keluar .
Tapi masing-masing ada hal kan ?
So aku fikir lagi 2 minggu je nak masuk kampus tersayang balik , ahhh keluar juga tak kiraaaaaa !
So malam kelmarin plan kemain lah , eh ?
Padahal aku cakap "Weh jom keluar esok !" je .
Diorang terus "Okay wajib !" , dan Miera terus  "Esok aku amik korang pukul 9.30 pagi" .
Heck , kenapa dulu tak macam ni ? Haha :D
Then tak lama kemudian pakcik aku mesej cakap esok ada driving class hmm -.-
Aku pun "Alaa pakcik , esok Alyn nak keluar . Tak boleh ke ?"
Haha pakcik aku cakap okay , nanti nak belajar bagitau .
Maklumlah test JPJ nak dekat dah *gigit jari sat .

So malam tu .. malam tu ..
Sorry lah wahai stalker yang yang happy dengan post sebelum sebelum ni .
Berita ni akan menghampakan kalian sebab aku dah okay dengan .. tettttttt .
Hehe thank you awak sebab tak give up dengan saya :)
Malam tu aku buat jejak kasih dengan dia sampai menangis-nangis -.-
*Moment of silence ? Heeccckkk !
Rasa lega bila dah okay , seriously .
Post hari tu saja nak tengok siapa yang happy bila ada yang patah hati .
Aku berani bet ramai yang happy especially .. okaybye .
Tapi sorry sebab dengan okaynya kami ni , ada yang patah hati .. okaybye .

So pagi tu aku terlambat bangun atas faktor-faktor gangguan tidur iaitu nightmares , dahlah malam tu tak decide lagi nak pakai baju apa haish masalah problem betul .
So aku pun terus capai je apa yang ada dan bersiap , tu pun lambat sikit .
Kesian Miera kena tunggu , hehe sorry babe !
So dah siap-siap kami pun ambil Farie dan Mayra .
Sampai je terus pergi TGV tengok tiket , heck kami ambil tiket pukul 11.30 am .
Murah weh , RM7 per person . Maybe sebab kami datang awal (Early Birds) atau pun sebab weekday , ahh tak kisahlah itu semua haha .


Then kami ke McD untuk break the fast , haha breakfast .

Muraaaaah :)

 Okay , kami teruja sebab McD breakfast pun murah .
Mungkin sebab weekday lagi ? Atau pun sebab cashier tu tak dengar aku nak set punya , marah kot tak dapat Hash Brown hmm mok nanti jom breakfast McD ? :(
So kami plan lepas ni nak keluar weekday dan awal pagi haha :p


Dah habis makan tu kami terus tengok wayaaaaang , Fast & Furious 6 .
Heckk aku dah cakap dah mesti lupa punya tangkap gambar tiket , haha .
Kan dah tak boleh nak tayang dekat blog ni ? -.-
Dahlah Miera simpan semua tiket , lupa ambil jugaaa :(
Huhu okay siapa yang dah tengok F&F 5 , tengoklah F&F 6 plak .
Awesome wehh , tambah aku tengah ada mood nak ambil lesen memandu ni kan .
Haha tu memberi inspirasi ke apa eh ? Haha .
Paling suka part yang ada lelaki tu cakap "Me likey !"
Haha , eh sebenarnya ada banyak part lah aku suka .
Biasalah ada kelakar-kelakar kan hehe .
My favourite actor / actress dalam filem tu ialah ...... semua !
Haha ending dia ....... tettttt nanti tengok sendiri okay .
Rasa macam F&F 7 dah nak keluar je ~


Lepas dah tengok wayang tu Mayra cakap "Weh jom karaoke !"
Aku pun jom jela , tapi Miera dengan Farie dah jauh benor jalan depan .
Aku tanya lah Farie dengan Miera ehm "So nak pergi mana plak ?"
Mayra yang jawab "Aku tak kisah ."
Puihhh tadi cakap nak karaoke ! Haha saja je :p
Aku "Tadi cakap nak karaoke !"
Mereka pun jom jom je , haha entah apa-apa :D
So kami pun karaoke lah , tak ada siapa nak ambil gambar haha .
Aku rasa banyak lagu dah tak ada , sedih betul .
Tapi ada je lagu yang agak baru dan best .
Aku Yang Tersakiti , Standing In The Dark , Glad You Came , One More Night , Dark Side , Give Your Heart A Break ... blablabla .
Tu antara lagu yang kami nyanyi , hehe .
Yang tak bestnya karaoke ni ada bebudak mana entah dok mengintai , bengong .
Lepas sorang-sorang , kenapa tak pernah tengok perempuan karaoke ? Heh .

Nak dijadikan cerita , dekat tv karaoke tu tak tulis lagi bila end time .
Tapi aku rasa macam dah lama je , tapi buat tak tahu jela haha .
 Tetiba bro yang jaga kaunter tu ketuk pintu and bagi isyarat suruh keluar .
Tapi Mayra je yang nampak , aku buat taktau je sebab ingatkan bebudak tadi tu main-main lagi -.-
Then Mayra plak macam konpius je , so dia teruskan lagi pilih lagu Rossa - Pudar .
Aku dah rasa lain macam sebab rasa lama gila , aku cakap lah entah-entah tv tu rosak tak tunjuk end time .
Entah-entah ada orang dah booking bilik ni , bro tu terus sambung masa .
Eh banyak pula entah-entah -.-
Masa mula-mula masuk karaoke tu ada orang call Mayra , so dia cek call register tengok pukul berapa orang tu call .
Dan ternyata dah lebih sejam kami menyumbangkan suara , haha .
Dah separuh lagu Rossa tu kami terus keluar , haha .
Aku keluar tak tengok kiri kanan dah , tunduk je .
Malu kot ! Haha dah lah banyak lelaki , err nak langgar-langgar orang plak apahal ?
*Marah ni . Dan malu . Okaybye .


Lepas dah keluar tu , tak fikir panjang terus turun pergi lepak dekat foodcourt .
Aku "Weh . Malu ."
Mereka gelak-gelak , haha .
Tetiba nampak geng bebudak sekolah pakai baju sama (baju sekolah) lalu lalang dekat tempat kami lepak tu .
Mayra "Kenapa diorang pakai baju sama eh ?"
Aku "Ala biasalah budak sekolah , hehe"
*Moment of silence .
Aku "Err kita dulu ada pakai baju sama ke pergi JJ ni ?"
*Moment of silence (diorang fikir)
Lama sikit baru ada jawapan .. "Tak"
Fuuuuuh nasib baik , haha terus berderai ketawa ^-^

Dah lama duduk tu aku tanya lah nak pergi mana .
Miera "Bowling jom !"
Tapi dia macam gelak-gelak , dia fikir kitorang taknak kot .
Tapiiii kami ni ... "Jom !"
Haha terus naik balik , err malu lalu dekat tempak karaoke tu .
Tetiba ramai pulak kaum kerabat bebudak laki dekat depan pintu tu .
Fuuuuh tak pandang kiri kanan , terus masuk .
Depan pintu tu aku jalan macam slow sikit sebab ada kelemahan aku .
Pintu macam tu buat aku terfikir "Ni nak tolak ke tarik ?"
Aduh selalu macam tu , tapi aku tolak je .
Perhh nasib baik boleh ! Haha .
Masa nak bayar tu aku tipu sunat , cakap dah ada stokin .
Eh biarlah , nak save duit tak apa :p
Game kali ni aku kalah sebab bagi chance dekat diorang , pfffttt .
Err lane tak rata , bola tak licin dan aku pakai kain .
*Alasan aku , biarlah .

Turn siapa entah , dan lagi nak posing heh :p




 

Dah habis main tu aku pergi toilet kejap nak betulkan shawl ni -.-
Ada orang smoking dalam toilet , bau asap diaaa perhhhhh .. !
Sabar jela , sumbatkan hidung ni alahai ..
Then kami ke rooftop untuk sesi fotografi , cehhh -.-


 With Mayra , aku nampak macam orang tua kan ? :(

Kiriii sekali ialah Farie , taktau apa motif dia pegang tab Miera .
Haha , lalalala ~

Hehe diorang ni memang expert buat muka comel kaaan ^-^



 Ada orang kacau , jerit dari jauh "Hah Instagram ! Instagram !"
Eh sibuk je , biarlah -.-

Miera , budak comel mana entah , Mayra , Farie
Saja nak masuk gambar kepala dia sekerat haha okaybye .
Tau comel , terima kasih :)
Okaybye .


Haha lepas dah puas memanfaatkan semua kamera , kami ke foodcourt balik .
Woiii ingat kami tak ada perut apa ?
Miera dengan Mayra makan sushi beli dekat AEON .
Aku beli sushi juga tapi nak makan balik nanti hehe .

Aku beli ais kacang tapi taknak kacang merah dengan jagung .
Mak dengan mok je faham , hehe kan mok kan ?
Tapi kacang tanah dia tak letak plak , hmm .
Habis RM6 melayang dekat ais kacang tu -.-

Nasib baik ada eskem cekelat , dapnyeee makan dengan ais tak ada kacang ~
Haha lepas tu Miera beli yong tau fu , taktau lah dia belanja ke apa sebab kitorang tak bayar pun dekat dia .
Kesian kau Miera hehe , anggap jela dia belanja okay :3
Aku plak taktau nak makan ais kacang ke yong tau fu .
Ah dua-dua aku belasah je , tapi aku ada instinct .
Aku "Balik nanti mesti sakit perut sebab campur yong tau fu dengan ais kacang"
*Moment of silence .
Hamboi kome dah jumpa makanan tak hirau apa dah -.-


Dah habis makan tu terus keluar nak hantar Mayra balik .
Huwaaa tetiba sayu , bila nak jumpa lagi ni ?
Memula ingatkan nak tangkap gambar lagi sebab sikit je gambar ada :(
So masa dekat parking tu test lah tangkap gambar .
Err taknak lah masuk gambar tu , dah macam keliwon haha .
So kami decide tangkap gambar dekat rumah Mayra nanti je :3
Tadaaaa ~
Inilah masa yang ditunggu-tunggu ! Haha ^-^


Dah taktau nak posing macam mana lagi , ikut dan jela ~
Next , wajib tengok .
For mok , nah Gwiyomi awak !

1 + 1 = Gwiyomi
2 + 2 = Gwiyomi
3 + 3 = Gwiyomi ! Gwiyomi ! Gwiyomi !
4 + 4 = Gwiyomi
5 + 5 = Gwiyomi
6 + 6 = Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Gwiyomi !
Haha tudiaaa Gwiyomi untuk awak , walaupun keras je jari macam besi , tak lembut macam Nora Danish .
Semua dok tahan gelak , dah rupa apa dah Gwiyomi dalam kereta .
Nasib baik depan rumah Mayra haha :p


Weh korang thanks tau keluar dengan aku , wee happy ~
Promise tau nanti keluar lagi , raya maybe ?
Jelajah Klebang tau serbu rumah Dyyah and Marlia , eh Puncak Jelapang jangan lupa serbu rumah Ain juga !
Eh Meru 2B pun , rumah Yana .
Heh -.- Haha promise tau tau tau *paksa ni !


Motif ?

Sekian , assalamualaikum .