6 Ogos 2019

Malam Berinai & Majlis Pernikahan Ikhmal dan Alyn (Ikhmalyn)

Assalamualaikum semua!
Since I baru je nak aktif balik blogger ni, I rasa macam banyak benda nak cerita. Like, seriously banyak untuk di-throwback!
Itu pun tak semua yang I akan story, I akan share story yang special untuk diri I or story yang beri kesan dalam diri I, haa gitu!

So I'm gonna start with my solemnization event.
Alhamdulillah I dah sah jadi isteri kepada Ikhmal Hariz tahun lepas (160218), hari Jumaat selepas Asar.
...
...
...
Malam Berinai
I hire kak Delayla as my henna artist.
Boleh check her ig out - Delayla Beauty.
Ni pun bukan main book je tau, penat juga survey henna artist yang bagi harga berbaloi and finally jumpa akak ni.
Akak ni sangat ramah tau!
Aktiviti malam berinai I buat dekat luar rumah je depan pelamin haha bertemakan baju kelawar, gigihlah pergi cari baju kelawar hehe saja suka-suka.

Cantik kan? Hihi

Pagi buta juga rasanya baru siap berinai semua, tak sedar diri esok nak nikah nanti mata lebam adoiii.
My girlfriends
Thank you so much korang sudi datang malam-malam buta, balik rumah pagi-pagi buta.
Ikut tema pulak tu, baju kelawar hiks!

Anak-anak buah turut excited haha

Malam tu seingat I lah, memang tak boleh tidur.
Yelah esoknya MY BIG DAY.
Nervous campur excited, Allah je yang tau perasaan tu macam mana, memang susah nak describe tau!

Tibalah hari yang dinanti.
I start makeup dari lepas Zuhur memandangkan majlis akad nikah akan berlangsung lepas Asar.
Okay pasal makeup, I'm not really happy sebab makeup tu buat mata I jadi pelik so muka sekali jadi pelik. Bila bagitau MUA tu dia touchup tapi still, tak ada beza haih.

Korang tau tak apa syarat wajib nikah?
Nak senang ingat SISWA je:
1 - Suami (pengantin lelaki)
2. Isteri (pengantin perempuan)
3. Saksi
4. Wali
5. Akad

Bila dah cukup je syarat tu, maka bermulalah majlis.
Mujurlah tok kadi ni bukan jenis yang tanya macam-macam sebelum nikah, hehe.
Dan alhamdulillah I selamat bergelar isteri kepada Ikhmal Hariz pada hari tersebut.
No words can describe how I feel.
Beyond happy.

Selesai akad nikah, macam biasalah kena baca doa, etc.
Lepas tu batalkan air sembahyang, dan last sekali sesi bergambar.

Throwback gambar 1st dating (2012) hehe
My family
My new family, yasss
Sisters (Pls abaikan background tu huhuhu)
Hai roommate baru
Alhamdulillah selamat semuanya atas bantuan keluarga dan kawan-kawan.
Setahun lebih dah pun majlis berlalu, sekarang baru ada kesempatan nak abadikan kenangan ni dekat sini, cewahh haha.
Nanti ada kelapangan I sambung majlis bersanding eh, in sya Allah.

27 Jun 2019

Resepi Nasi Ayam Madu

Assalamualaikum and hai everybody!
Alkisah semalam taktau nak masak apa, so jenuhlah fikir ayam tu nak dimasak apa.
Balik-balik menu yang sama :- masak kurma, kari, sup, masak lemak
Bosan tak bosan?
Haha I pulak jenis tak reti nak masak special kebaboom memang tu jela.
Tiba-tiba teringat hari tu pernah try buat nasi ayam. Nasi dengan ayamnya boleh dikatakan jadilah, tapi sos hitam dengan sos cili tak berapa nak menjadi.
Biasalah kalau dah tiru resepi dari Google ni kan, tawakal la yedak?

So I macam tak puas hati dulu buat tak jadi sangat, this time I cari resepi yang simple je, malas nak beria macam hari tu.
Alhamdulillah ikut tekak kami laki bini kira boleh go dah tu.

Jom I share resepi nasi ayam madu yang mudah!
Ni resepi untuk 4 orang makan tau.

NASI AYAM
Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras
1/2 inci halia
1 biji bawang merah
1 kiub pati ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 1/2 cawan air

Cara-cara
1. Tumbuk halia, bawang merah dan kiub pati ayam.
2. Basuh beras macam biasa nak masak nasi.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk nasi bersama-sama dengan kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Tambahkan air, kacau sikit, kemudian masak nasi seperti biasa (pakai rice cooker je senang)

Rupa macam nasi lemak tapi rasanya nasi ayam!
Dah siap pun nasi ayam! Senang kan? Cer kalau korang Google, keluarlah macam-macam resepi ada yang renyah ada yang mudah.
Yang penting rasa tu!
Okay jom sambung!


AYAM GORENG MADU


Bahan-bahan
4 ketul ayam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
3-4 sudu madu

Cara-cara
1. Cucuk bahagian isi ayam dengan garfu (supaya bahan perapan mudah menyerap ke dalam ayam).
2. Satukan sos tiram, kicap manis dan madu. Kemudian kacau sebati.
3. Perapkan ayam dengan bahan tadi. Lagi lama perap lagi sedap, tapi I buat last minute so dalam 30 minit macam tu pun boleh.
4. Goreng ayam tadi macam biasa dengan minyak penuh (deep fry). Ayam tu memang akan jadi hitam sebab ada madu so jangan panik tau, biar je sampai ayam tu betul masak.
5. Simpan bahan perapan tu untuk sos hitam.

 

Haa dah siap! Rasanya memang memuaskan hati, I memang suka kalau ada rasa madu-madu tu. Bukan madu lain eh!
Next, jom kita buat sup kosong untuk nasi ayam madu kita.


SUP KOSONG
Bahan-bahan
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
1 cawan air
Daun sup (optional)
Bunga lawang (optional)
Sorry kiub ayam tak ada dalam gambar pulak haha

Cara-cara
1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan air di dalam periuk sehingga panas, kemudian masukkan kiub ayam. Kacau sedikit sehingga kiub ayam sudah sebati dengan air.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah, biarkan seketika sehingga sup mendidih atau sehingga bawang layu.
4. Tambah sedikit garam, ikut citarasa korang nak masin macam mana, then siap!

Resepi sup ni I memang suka sebab simple je tapi sedap gila!
I ambil dari Dena Bahrin punya Instagram post tapi I ubah sikit.
Okay dah jom buat sos hitam pulak!

SOS HITAM
Bahan-bahan
Lebihan perapan ayam.
Lebihan perapan ayam tadi
Cara-cara
1. Panaskan lebihan perapan ayam tadi di dalam periuk atau atas kuali pun boleh.
2. Tambah sedikit garam, sesuaikan ikut rasa.
3. Tutup api dan siap!

SOS CILI
Bahan-bahan
2-4 tangkai cili padi (ikut korang nak pedas mana)
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ayam
1 cawan air

Cara-cara
Bahan yang sudah blend

1. Satukan kesemua bahan kemudian blendkan.
2. Panaskan dalam periuk, tambahkan sedikit garam, sesuaikan ikut rasa.
3. Tutup api, siap!

Yeay, siap dah nasi ayam madu kita ni!
Bolehlah hidang dekat keluarga atau kawan-kawan. I masak untuk suami, seronok tengok suami makan bertambah hehe.

Hidangan buat I dengan suami tercinta cewah!
Lain-lain macam salad, tomato tu korang tambahlah ye, I is ketiadaan stok dekat rumah so that's why lah begitu je.
This gonna be my favourite recipe sebab simple gila tapi sangat-sangat sedap! Bahan pun tak pakai banyak dan tak pakai bahan yang jarang ada dekat rumah I haha.
Jangan malu-malu ye kalau nak cuba masak ikut resepi ni, hihi selamat mencuba!

25 Jun 2019

Persiapan Perkahwinan (My Wedding Preparation)

Assalamualaikum yalls!
So today I'm gonna share with you guys pasal my wedding preparation.

After kami dah sepakat nak kahwin, bermulalah episod pening nak survey pelamin, baju, tempat, tarikh, etc etc dan etc haha.
Sumber: Google Image

I decide untuk hire wedding planner terus sebab risau kalau ambil a la carte nanti ada yang tercicir.
At first I nak buat dekat dewan ILP sebab in my area dewan tu je yang paling okay, sewa pun okay dalam RM1k lebih kurang, siap dah bagi namalah untuk book but ada risiko.
They told me kalau elections jatuh pada tarikh tu, then my booking will automatically cancelled sebab diorang kira votes dekat dewan tu.
And masa tu memang tak tentu tarikh election so I cancel my booking, I buat dekat rumah je.

So back to the wedding planner, setelah survey beberapa butik in Ipoh area, I finally jumpa this butik yang sediakan pakej yang berpatutan dengan harga, baju pun release every month and this butik quite famous juga - Wawa Wedding Planner.
So I bayar deposit terus untuk lock the date (this is so me kalau dah malas fikir akan go terus!) and dalam pakej tu ada katering, khemah, baju sanding, makeup sanding, pelamin, walkway lepas tu I add on RM1.5k untuk photographer (Abg Hisham from Creative Colour) yang akan cover 3 event which are nikah, sanding dan outdoor.
So I cari sendiri DJ (Fb: Kerell Radzi), doorgift dan kad.
SImpan resit deposit dekat Google Drive

Walaupun banyak masalah yang timbul, serius banyak, alhamdulillah selamat jugak kami berkahwin, majlis pun dah selesai setahun lalu haha.
Tapi ada yang lagi penting tau daripada wedding planner apa semua tu.
For me yang paling penting ialah dokumen yang perlu disediakan untuk akad nikah.
Prosesnya tak banyak tapi mungkin akan mengelirukan sesetengah orang.
So I akan share with you guys proses permohonan nikah yang mana I ingat la ye in next post hehe.