11 Januari 2015

His Graduation Day

Assalamualaikum duniaaaa~
Hehe dah lama nak update blog ni tapi masa mencemburui.
Eh? Haha.
Okay cerita ni dah lama, terjadi pada tahun lepas.
Okay lawak hambar.

PRE-GRADUATION PHOTOSHOOT
Hehe biasalah pre-konvo mesti banyak bergambar dengan classmate kan?
So tak apa Alyn bagilah dia masa dengan kawan-kawan dia.
Yela berapa tahun study sama-sama kan?
Masa tu memang berbaloi lah nak spend time dengan classmate dia.
Untung sidang dia selang lama sikit lepas ambil jubah.
Boleh bergambar banyak-banyak, so dia dan classmate ke UTP lah.
Port biasa pre-konvo - UTP, Kellie's Castle, Stesen KTM Ipoh, Gunung Lang, Teluk Batik, Lumut, dan sebagainya.
Ingatkan nak masuk gambar diorang tapi tak apalah macam tetiba je nak curi gambar kelas diorang kan haha.

Sementara tu, Alyn sibuk tengok kawan-kawan OC yang lain konvo dengan Dijah.
Tapi entah macam mana Alyn boleh lupa nak bergambar dengan diorang.
So ni jela yang ada dalam phone, haha.
 Tahniah Ekyn.
I'm really really proud of you.
Tahniah juga Zakiah.
Tahniah juga kepada kawan-kawan yang lain.
Ah frust tak dapat jumpa semua kawan yang lain.
Sekejap je Alyn lepak situ sebab ada orang suruh Alyn culik dia, haha.

So Alyn pun pergilah ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) ambil dia.
Eleh tau kan 'dia' tu siapa, hehe.
Kereta dia bagi Ziera dan gegurl-gegurl classmate dia pinjam sebab diorang tak ada transport.
Kami pula bergerak ke AEON Station 18 cari tempat makan tapi akhirnya makan dekat foodcourt je haha.
Sebab taktau nak buat apa, kitorang pergi UTP balik nak bergambar lagi kali ni dengan dia punya Cinderella la.
*Sila muntah.

 Hai awak :*
 Aduh, senyuman ni la yang Alyn selalu ingat.
Melting~

 Heh, dah la buruk lepas tu lagi nak buat muka buruk.
 Nak buat macam mana, redha jela dah gerlpren awak memang buruk ye dok.

 Suka tengok dia pakai baju ni. Hehe





 Hei perangai~
 Sebenarnya dia ni bukan suka sangat bergambar.
Ni pun dia ikut je orang suruh pose macam mana.



 Sebab nak tergelak, haha.


 Ceee style kot gambar ni, hehe.



Dah la awek tak lawa, pakwe pun tak handsome.
HAHAHAHAHA kbye.

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM (PERAK) SERI ISKANDAR KE-81
Alyn punyalah bangun awal sebab excited nak tengok dia naik pentas.
Tengok-tengok kena tunggu mak siap bakar kek.
Adui semangat betul, masa Alyn konvo hari tu tak ada pun nak buat kek.
Alyn ada buat kek batik tapi tak jadi so lain kali jela bagi hahaha.
Alyn dengan mak pakai baju kurung je senang haha.
Sampai-sampai kami beli bunga, hehehe.
 Bunga dan lion yang diberi nama Leo, hehe.
Sebenarnya Leo tu hidup tau awak, macam Annabelle.
Saja bagi dia menghantui hidup awak, hiiiihihihihi~

Masa diorang dah nak keluar tu, mak dok tanya tudung okay ke tak.
"Aik, siapa yang patut kena cantik ni mak?"
Mak *bisik* : "Aih, nak jumpa mak mertua adik kan"
Okay speechless kita. 
Amin banyak-banyak kali, aminnnn.

Entah bila si gemuk tu keluar tak sedar, tetiba je terpacak dekat sana bergambar dengan classmate dia.
Hehe tersenyum-senyum kita dengan mak tengok dia dari jauh.
Mak cakap, tunggu sampai dia nampak sendiri, elok dia pandang tepat arah kami.
Alyn pun bagilah hadiah konvo dia tu.
Honestly, bahagia gila tengok ekspresi muka dia time tu.
Pure happy face, jujur :)
Tetiba dia nak bawa kami jumpa parents dia!
Oh my~~~~

Mak plak tetiba nak lari masuk kereta, haha padahal tadinya kemain lagi nak salam lah nak bergambarlah adui.
Jumpa-jumpa tu terus salam ibu dia and adik dia.
Happy tapi entahlah, segan kemain lagi.
Mak pun bagilah kek "Maaflah ni je yang mampu buat"
Aaaa serius nak menangis masa mak cakap macam tu, huhu.
Lepas tu ibu dia ajak bergambar sama-sama.

Tak pernah tak senyum kalau tengok gambar ni. Hehe
Lepas tu ayah dia tanya taknak gambar berdua ke.
Eh nak memang nak tapi segan sangat.
Hehe terima kasih dekat awak punya ayah sebab tanya kalau tak, tak adalah gambar ni.


To awak, tahniah saya ucapkan sebab dah tamat belajar diploma.
Harap-harap awak ingat semua memori kita dekat kampus ni.
Bermula dari bilik MPP masa kita jadi SMF dulu, sampai kita habis belajar.
Awak, jauh lagi perjalanan awak, perjalanan kita.
Masing-masing sambung belajar dekat tempat lain, so jagalah diri eh awak.
Jaga hati awak untuk saya, hee.
Belajar rajin-rajin ye awak, saya selalu doakan awak, doakan kita.
Semoga berjaya dunia akhirat.
Amin.



Malunya bila terkenang masa jumpa parents dia tu, even masa update post ni pun rasa malu.
Haha mungkin sebab first time jumpa, macam dia lah first time jumpa mak dulu.
Tak apa, awal lagi kan sayang? Jauh lagi perjalanan kita.
:)


 Thank you :*