31 Januari 2012

Asma / Lelah

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Patogenesis :
Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara .

Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Gejala :
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.




P/s : 90% correct T_T

30 Januari 2012

Sweetness

Assalamualaikum !
Just nak share a few photos , taken on 28th January .

*Bowling tournament , 4 students each group .
**And we're in group 12 .

Alyn , Husna , Alya , ET
Haha yang lain biar jadi kenangan .



18 Januari 2012

Kenyataan eh ?

Assalamualaikum !

Ermm okay , makin hari cara saya berfikir makin lain daripada mereka .
Okay , agak sedih dan kecewa di situ .
Beberapa hari yang lepas dan sebentar tadi saya lepak dengan mereka .
Cara mereka sembang pun dah berubah , tak tahu nak masuk celah mana .
Erm ada juga try nak selit selit tapi tak boleh jugak , haha .
-,-
Ada jugak try nak cakap dengan diorang tapi ... serupa cakap dengan meja je .
Tak ada siapa nak sembang dengan saya dah .
Okay , fahamlah keadaan dan masa .

*Alhamdulillah semua quiz and test dapat jawab , takut careless mistakes sahaja . 
InsyaAllah baik-baik je kot markah kan kan ? Err taktaulah .
Esok Quiz 1 CSC159 pulok , mati .
+_+

14 Januari 2012

Kenapa hari terakhir ?

Assalamualaikum .

Nak tahu kenapa hari terakhir ?
Okay , cuba fikir ...
Kalau kamu semua tahu hari ni hari terakhir kamu hidup , apa kamu buat ?
Mesti ada yang dan dan nak bertaubat , buat baik , minta maaf dekat semua orang and blablabla .
Kan ? Kan ? Kan ?
Baguslahh tu ..
So , apa kata kalau kamu semua anggap setiap hari tu hari terakhir untuk kamu hidup .
Mesti semua akan buat baik je kan ?
And semua akan buat benda yang dah lama korang rancang .

*So , saya nak minta maaf dekat abah , mak , abang , kakngah , kakyang , kakcik , Abg Krol , Nia , Faeqah , Mayra , Farie , Miera , Marlia , Dyyah , Aen , Mueiz , Hariz , Amir , Daus , Fizi , Azeera , Husna , Alya , ET , Umi , Ika , Bella , Que , Pu3 , Syazwan , Naqiu , Wira , Ery , Shafik , Naim , Syue , Hayat , Ya , Waneyy , Tyra , dan kepada semua yang pernah jumpa or kenal saya . Minta maaf atas segala kesalahan dan dosa yang saya telah lakukan . Saya manusia biasa , terkadang ada membuat khilaf .


12 Januari 2012

Lecturer

Assalamualaikum .
Wehee ~ Bahagia hari ni kelas CSC159 cancel .
So , sajalahh hari ni nak cerita pasal semua lecturer saya .

Okay mula dari last sem lahh ye ?

1. Pn. Normah Ahmad
From Left : Que , Pu3 , Azeera , My Mommy , me , Bella



Okay Pn. Normah sudah diangkat menjadi mommy saya . Okay i admit , mula-mula tu rasa macam tak suka dekat beliau . Tapi , baru je masuk berapa kelas yang beliau ajar , saya sudah sayang sama beliau . Seriously , saya sangat suka cara beliau mengajar . Nampak sangat yang beliau seorang yang penyayang , ambil berat dan sebagainya lah . Even kalau kami tak faham something , beliau akan cubasehabis mungkin untuk buat kami faham . Tambah-tambah , sayalah yang kurang pandai dalam programming ni . Saya paling bahagia masa beliau panggil nama saya , woahh beliau ingat nama saya ! Hee suka suka ! Yelahh selalu beliau sebut nama Mueiz je , sebab anak beliau bernama Mu'az . Wehheeee ~ Sebelum masuk Dewan Seri Iskandar untuk Final Examination for CSC128 plak , beliau datang untuk memberi semangat . Dengan selambanya saya berkata , "Puan , saya takut" . Nak tau apa beliau buat ? 

Jeng ! Jeng ! Jeng ! Terus je beliau memeluk saya , wahh masa tu saya sangat terharu ! =') Then beliau kata "Saya doakan yang terbaik untuk awak semua" . Masa tu seriously rasa nak menangis sebab dah terharu sangat . Alhamdulillah , result final CSC128 bagus . Saya ingat juga , beliau telah menghadiahi saya dan beberapa rakan yang lain sebuah buku berkaitan programming . Masa tu saya dapat markah 35/40 . *Buat muka riak dan takbur kejap . Saya ingat pesanan beliau masa beliau bagi buku tu . "Tahniah Nor Fazlin . Dah dapat buku ni , lepas ni belajar lagi bersungguh-sungguh ye ?" . Saya terdiam sebab pesanan beliau tu menyentuh hati . Terima kasih puan .
=')

2. Puan Ana Salwa
CSC118 . Okay mula-mula kelas ni memang mengantuk gila sebab kelas lecture je . Sekali prac , wuhu best belajar Pseudocode and Flow Chart . Pn Ana Salwa pun baik juga , kami buat salah banyak kali pun beliau tak marah . Okay saya tak tahu camana beliau pun boleh ingat nama saya , macam kena aim je , hehe . Saya banyak juga tanya dalam kelas beliau , kadang-kadang tu soalan yang sama saya minta beliau explain tapi beliau tak marah pun . Hee beliau juga merupakan penasihat saya tapi saya tak pernah jumpa beliau sebab tak tahu nak tanya apa . Err -,-


3. Puan Khairunisha
Beliau mengajar kami BEL120 . Kelas BEL120 kami semua malam . First class , saya ingatkan beliau seorang yang garang . Beliau sebenarnya seorang yang sporting . Beliau tak garang pun , cuma kadang-kadang tegas . Beliau selalu bagi kami coklat , wehee saya suka ! Tapi sem ni saya tak nampak beliau dah , tak tahulah beliau masih mengajar di sini atau tidak sebabnya beliau juga merupakan seorang guru Tingkatan 6 dan pensyarah di UTP . Hebat kan ? =)

*Mereka merupakan 3 lecturer yang paaaaaaling saya suka ! Tapi lecturer yang lain pun saya suka juga . Alhamdulillah Part I ni kelas kami ACS1101E dapat semua lecturer yang baik hati dan penyabar . Cuma saya agak sedih sebab Puan Normah tak ajar kami CSC138 . Apa-apa pun , terima kasih yeahh ! ^^

Part II :
1. Pn Ashikin
*Maaf tak tahu ejaan sebenar .
Beliau mengajar kami BEL260 . Mula-mula ingatkan garang , rupa-rupanya beliau suka senyum ! Saya suka sangat-sangat cara beliau mengajar . Beliau juga sangat caring , wehee saya sangat suka ! 

2. Sir Mazdan
Wehee beliau mengajar kami ECO120 . Haha katanya , ini merupakan kali pertama untuk beliau mengajar pelajar universiti kerana sebelum ini beliau mengajar pelajar Darjah 1 . 
*Terfikir beliau mengajar pelajar Darjah 1 subjek apa .
Oleh sebab sudah terbiasa dengan kanak-kanak , ..... cuba teka ? Haha banyak gelak je dalam kelas beliau ni . Satu , sebabnya bila beliau bagi apa-apa penerangan je mesti nak kami sambung perkatan terakhir dalam ayat tu . Haha comel je , rindu sekolah tetiba . Dua , sir ni macam gelabah sikit suka je nak tersasul . Memang kami tak henti-henti ketawa dalam kelas sir ni . Eh eh , belajar ? Alhamdulillah , apa yang beliau ajar semuanya saya faham . In fact , saya kawan-kawan sampai nak berebut meja depan sekali dengan Mueiz gemuk dan Hariz . *Lalala . Okay of course lahh tak dapat nak menandingi kelajuan mereka kan . -,- Lagipun tenaga lelaki kan 2 kali ganda daripada perempuan ? Kalau tak , .... lalala ~ Saya tak pernah mengantuk dalam kelas sir , semangat lagi adalahh . Hee ~

3. Sir Rahimie
Okay beliau mengajar kami MAT183 Calculus I . Ramai je yang minat beliau ni sampai berebut . -,- Beliau ni suka senyum sorang-sorang dalam kelas masa take 5 , mesti bangga sebab dapat solve soalan tadi .  Lalala ~ Saya memang minat subjek ni tapi bukan pandai mana pun . Tak percaya ? Tunggu esok dapat paper Test I . Beliau ni selamba je orangnya . Saya sangat suka Calculus , muah muah .
*Rindu Add Maths , arrghhh T_T

*Alhamdulillah , sem ni pun kami ACS1102E dapat semua lecturer yang bagus dan kebanyakannya muda-muda lagi . =) 

 

10 Januari 2012

Kawan ke ?

Assalamualaikum !

Ahha kau rasa kau kawan aku ?
Huh ? Okay yeahh kau kawan aku .
Sahabat ? Sorry kau bukan sahabat aku .
Aku rasa macam aku tak ada sahabat je sekarang .
Kau ada masa aku susah ? Masa aku perlukan someone ?
Tanyalah diri sendiri . Orang lain je yang selalu ada dengan aku .
And one more thing , jangan nak drop aku sangat la kan ?
Bila aku banyak cakap , korang semua gelakkan aku .
Ada je benda yang aku salah , tambah-tambah kalau korang tak tau apa yang aku cakap .
Wehh , tu korang la . Korang yang taktau apa yang aku tau , yeahh aku pun taktau apa yang korang tau .
Pendapat selalu je berbeza , boleh tak cuba dengar pendapat orang lain ?
BOLEH TAK ?
Okay bila aku diam , korang still je kutuk aku .
So , korang nak apa sebenarnya ?

*Apa-apa pun , better aku diam daripada bercakap kan .
**Masih boleh bergembira dengan orang yang selalu buat aku terasa

=)

7 Januari 2012

Adehh !

Assalamualaikum !
Arghhh , tak dapat menahan kesakitan ! *Tetiba , haha .

Okay hari ni kami (DiSK) pergi ke Gua Kandu .
Okay aku pun taktau lokasi sebenar tempat tu , ahah .
Pagi , pukul 7am kami semu akumpul dekat Foyer FSKM .
Dalam pukul 8am tu 2 bas bergerak ke gua tersebut .
Then kena naik lori ramai-ramai sampai gua tu , haha .
Dah sampai tu kami dengar taklimat kejap .
Then , bermulalah pengembaraan kami .

Sebelum masuk gua tu , kami kena redah hutan kira-kira dalam setengah jam baru jumpa entrance gua tu .
Masa redah hutan tu , entah camana aku nak cta pun taktau , lutut kiri aku tersagat dekat batu .
Masa tu kena panjat batu besar , so aku langkah kaki kanan atas batu tu dulu .
Kaki kiri aku tak naik lagi .
So masa aku nak naik tu , lutut kiri aku bergesel dengan batu tu .
ARGHH ! *Tak jerit pun waktu tu , tahan je .
Start dari situ , kaki aku dah menggeletar dah tahan sakit .
Tapi .. ala nama pun adventure kan ?
Huhu ~

*Sambung
Okay dalam gua tu memang gelap , torchlight yang baru beli tu tak kuat cahayanya .
Ada sekali tu , fasi suruh semua duduk and tutup semua lampu .
Masa tu SUMPAH aku memang takut sebab satu apa pun tak nampak .
Terus je aku ucap Alhamdulillah sebab mata aku boleh melihat , terbayang rasanya menjadi buta .
Aku rasa nak nangis dah sebab gelap gila then aku pegang tangan ET , haihh nasib sekejap je .
Then kami ada macam-macam lah pengalaman .
Nak turun naik gua tu yang payah sikit tu , sebab berat badan aku kot ?
T_T

Pukul 12.45pm baru keluar dari gua tu .
Aku terus makan and minum then solat Zuhur .
Lepas tu kami naik lori lagi sekali pergi mandi sungai , wee ~
Mula-mula jejak kaki tu .. MAK , sejuk gila .
Then masa air sungai tu kena lutut , arghhh terus terdiam aku !
Pedih kemain lagi !
Ishh , biarlah bukan selalu mandi sungai .
Oleh sebab aku bawa tudung spare , so aku pun mandi laa sebab nak teman Umi .

Okay nak dijadikan cerita , ada aktiviti water confident .
Kena pakai life jacket then buat floating dekat air deras .
Yeayy aku semangat dah ni , wehee tengok-tengok life jacket dah tak ada .
Hampa hatiku ~
Tetiba plak ada akak ni bagi life jacket dia sebab dia sakit kaki .
Yeayy , aku amik la .
Haha mula-mula tu aku buat floating dengan Umi .
Perghh sakit badan kena batu dekat kawan cetek tapi deras .

Second round plak .. AWESOME .
Aku buat sorang , okay ada improvement sekejap je dah boleh floating .
Tetiba air deras masuk hidung , aku tak boleh bernafas !
Sumpah aku ingat riwayat aku dah nak tamat .
>_<
Masa tu aku try la berdiri tapi dalam , so aku dah nak terjerit dah minta tolong tapi suara tak terkeluar .
Life jacket tak membantu langsung , ishh tension je aku .
Yang budak dekat tepi-tepi tu boleh plak pergi gelak , ishh.
Tapi alhamdulillah , err aku floating balik then fasi tarik .
Capai je kaki aku ke pasir , walawehh tak sangka masih hidup !
Then aku terus give up , haha mandi sungai je .
Water confident masa kayak last sem tu lagi best , wehee ~

**Sambung
Dah habis mandi tu , pergi kawasan gua tu balik tukar baju semua .

Then kami semua naik bas balik ke UiTM , wehee ~
Terasa jauh je perjalanan , .. yeke ?
Aku sembang je dengan ET memandangkan Husna and Alya lena dibuai mimpi .
Sampai je terus mandi , makan .

Haha bosan eh korang baca ?
Alaa aku tak reti nak tarik perhatian korang .
Arghh biarlah , kalau bosan tak payah baca .

Taraaa ~


P/S : Alhamdulillah , Allah masih bagi aku peluang hidup untuk bertaubat dan berbuat baik . Terima kasih ya Allah . 
=').  

6 Januari 2012

S T O P !

Assalamualaikum !
Ada sesiapa tak yang sudi jadi kawan saya ?
Nak kawan yang boleh main sama-sama and belajar sama-sama ?
Ada tak ? Ada tak ?
Okay , semua tak sudi .
Tak mengapalahh .
Tak sudi tak apa , tapi jangan laa drop aku sayang oii .
Aku nak buat apa pun , biarlahh .
Just kalau aku buat benda yang salah , tegur aku bukan drop aku .
Kalau korang tak tegur , sampai bila aku nak tau salah aku ?

Thank you , assalamualaikum .


1 Januari 2012

Assalamualaikum

2011
Family , kawan-kawan , kekasih ?
Ahh tak kira laa sesiapa pun , just nak ucapkan terima kasih .
Especially kepada orang-orang yang banyak bagi nasihat dan semangat kepada
Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff .
Minta maaf kerana selalu buat silap .
Thank you Allah , alhamdulillah .


2012
Tak taulah apa akan jadi , pasrah dan redha .
Hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ni .
Ya Allah , lindungi hati aku , jiwa aku , dan diriku ini .

*Jika Allah swt menyayangi ciptaan-Nya , Dia akan memberikan lebih banyak dugaan kepada ciptaan-Nya dan Allah swt tidak akan memberi dugaan yang tidak tertanggung oleh ciptaan-Nya .

Amin

2 0 1 2

Assalamualaikum .
Ya Allah , aku mohon supaya Kau jadikan tahun 2012 ni tahun yang lebih baik berbanding 2011 .
Ya Allah , semoga Kau melindungi aku di dunia dan di akhirat .
Sesungguhnya , aku milikMu ya Allah .