12 Januari 2012

Lecturer

Assalamualaikum .
Wehee ~ Bahagia hari ni kelas CSC159 cancel .
So , sajalahh hari ni nak cerita pasal semua lecturer saya .

Okay mula dari last sem lahh ye ?

1. Pn. Normah Ahmad
From Left : Que , Pu3 , Azeera , My Mommy , me , Bella



Okay Pn. Normah sudah diangkat menjadi mommy saya . Okay i admit , mula-mula tu rasa macam tak suka dekat beliau . Tapi , baru je masuk berapa kelas yang beliau ajar , saya sudah sayang sama beliau . Seriously , saya sangat suka cara beliau mengajar . Nampak sangat yang beliau seorang yang penyayang , ambil berat dan sebagainya lah . Even kalau kami tak faham something , beliau akan cubasehabis mungkin untuk buat kami faham . Tambah-tambah , sayalah yang kurang pandai dalam programming ni . Saya paling bahagia masa beliau panggil nama saya , woahh beliau ingat nama saya ! Hee suka suka ! Yelahh selalu beliau sebut nama Mueiz je , sebab anak beliau bernama Mu'az . Wehheeee ~ Sebelum masuk Dewan Seri Iskandar untuk Final Examination for CSC128 plak , beliau datang untuk memberi semangat . Dengan selambanya saya berkata , "Puan , saya takut" . Nak tau apa beliau buat ? 

Jeng ! Jeng ! Jeng ! Terus je beliau memeluk saya , wahh masa tu saya sangat terharu ! =') Then beliau kata "Saya doakan yang terbaik untuk awak semua" . Masa tu seriously rasa nak menangis sebab dah terharu sangat . Alhamdulillah , result final CSC128 bagus . Saya ingat juga , beliau telah menghadiahi saya dan beberapa rakan yang lain sebuah buku berkaitan programming . Masa tu saya dapat markah 35/40 . *Buat muka riak dan takbur kejap . Saya ingat pesanan beliau masa beliau bagi buku tu . "Tahniah Nor Fazlin . Dah dapat buku ni , lepas ni belajar lagi bersungguh-sungguh ye ?" . Saya terdiam sebab pesanan beliau tu menyentuh hati . Terima kasih puan .
=')

2. Puan Ana Salwa
CSC118 . Okay mula-mula kelas ni memang mengantuk gila sebab kelas lecture je . Sekali prac , wuhu best belajar Pseudocode and Flow Chart . Pn Ana Salwa pun baik juga , kami buat salah banyak kali pun beliau tak marah . Okay saya tak tahu camana beliau pun boleh ingat nama saya , macam kena aim je , hehe . Saya banyak juga tanya dalam kelas beliau , kadang-kadang tu soalan yang sama saya minta beliau explain tapi beliau tak marah pun . Hee beliau juga merupakan penasihat saya tapi saya tak pernah jumpa beliau sebab tak tahu nak tanya apa . Err -,-


3. Puan Khairunisha
Beliau mengajar kami BEL120 . Kelas BEL120 kami semua malam . First class , saya ingatkan beliau seorang yang garang . Beliau sebenarnya seorang yang sporting . Beliau tak garang pun , cuma kadang-kadang tegas . Beliau selalu bagi kami coklat , wehee saya suka ! Tapi sem ni saya tak nampak beliau dah , tak tahulah beliau masih mengajar di sini atau tidak sebabnya beliau juga merupakan seorang guru Tingkatan 6 dan pensyarah di UTP . Hebat kan ? =)

*Mereka merupakan 3 lecturer yang paaaaaaling saya suka ! Tapi lecturer yang lain pun saya suka juga . Alhamdulillah Part I ni kelas kami ACS1101E dapat semua lecturer yang baik hati dan penyabar . Cuma saya agak sedih sebab Puan Normah tak ajar kami CSC138 . Apa-apa pun , terima kasih yeahh ! ^^

Part II :
1. Pn Ashikin
*Maaf tak tahu ejaan sebenar .
Beliau mengajar kami BEL260 . Mula-mula ingatkan garang , rupa-rupanya beliau suka senyum ! Saya suka sangat-sangat cara beliau mengajar . Beliau juga sangat caring , wehee saya sangat suka ! 

2. Sir Mazdan
Wehee beliau mengajar kami ECO120 . Haha katanya , ini merupakan kali pertama untuk beliau mengajar pelajar universiti kerana sebelum ini beliau mengajar pelajar Darjah 1 . 
*Terfikir beliau mengajar pelajar Darjah 1 subjek apa .
Oleh sebab sudah terbiasa dengan kanak-kanak , ..... cuba teka ? Haha banyak gelak je dalam kelas beliau ni . Satu , sebabnya bila beliau bagi apa-apa penerangan je mesti nak kami sambung perkatan terakhir dalam ayat tu . Haha comel je , rindu sekolah tetiba . Dua , sir ni macam gelabah sikit suka je nak tersasul . Memang kami tak henti-henti ketawa dalam kelas sir ni . Eh eh , belajar ? Alhamdulillah , apa yang beliau ajar semuanya saya faham . In fact , saya kawan-kawan sampai nak berebut meja depan sekali dengan Mueiz gemuk dan Hariz . *Lalala . Okay of course lahh tak dapat nak menandingi kelajuan mereka kan . -,- Lagipun tenaga lelaki kan 2 kali ganda daripada perempuan ? Kalau tak , .... lalala ~ Saya tak pernah mengantuk dalam kelas sir , semangat lagi adalahh . Hee ~

3. Sir Rahimie
Okay beliau mengajar kami MAT183 Calculus I . Ramai je yang minat beliau ni sampai berebut . -,- Beliau ni suka senyum sorang-sorang dalam kelas masa take 5 , mesti bangga sebab dapat solve soalan tadi .  Lalala ~ Saya memang minat subjek ni tapi bukan pandai mana pun . Tak percaya ? Tunggu esok dapat paper Test I . Beliau ni selamba je orangnya . Saya sangat suka Calculus , muah muah .
*Rindu Add Maths , arrghhh T_T

*Alhamdulillah , sem ni pun kami ACS1102E dapat semua lecturer yang bagus dan kebanyakannya muda-muda lagi . =) 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.