7 Januari 2012

Adehh !

Assalamualaikum !
Arghhh , tak dapat menahan kesakitan ! *Tetiba , haha .

Okay hari ni kami (DiSK) pergi ke Gua Kandu .
Okay aku pun taktau lokasi sebenar tempat tu , ahah .
Pagi , pukul 7am kami semu akumpul dekat Foyer FSKM .
Dalam pukul 8am tu 2 bas bergerak ke gua tersebut .
Then kena naik lori ramai-ramai sampai gua tu , haha .
Dah sampai tu kami dengar taklimat kejap .
Then , bermulalah pengembaraan kami .

Sebelum masuk gua tu , kami kena redah hutan kira-kira dalam setengah jam baru jumpa entrance gua tu .
Masa redah hutan tu , entah camana aku nak cta pun taktau , lutut kiri aku tersagat dekat batu .
Masa tu kena panjat batu besar , so aku langkah kaki kanan atas batu tu dulu .
Kaki kiri aku tak naik lagi .
So masa aku nak naik tu , lutut kiri aku bergesel dengan batu tu .
ARGHH ! *Tak jerit pun waktu tu , tahan je .
Start dari situ , kaki aku dah menggeletar dah tahan sakit .
Tapi .. ala nama pun adventure kan ?
Huhu ~

*Sambung
Okay dalam gua tu memang gelap , torchlight yang baru beli tu tak kuat cahayanya .
Ada sekali tu , fasi suruh semua duduk and tutup semua lampu .
Masa tu SUMPAH aku memang takut sebab satu apa pun tak nampak .
Terus je aku ucap Alhamdulillah sebab mata aku boleh melihat , terbayang rasanya menjadi buta .
Aku rasa nak nangis dah sebab gelap gila then aku pegang tangan ET , haihh nasib sekejap je .
Then kami ada macam-macam lah pengalaman .
Nak turun naik gua tu yang payah sikit tu , sebab berat badan aku kot ?
T_T

Pukul 12.45pm baru keluar dari gua tu .
Aku terus makan and minum then solat Zuhur .
Lepas tu kami naik lori lagi sekali pergi mandi sungai , wee ~
Mula-mula jejak kaki tu .. MAK , sejuk gila .
Then masa air sungai tu kena lutut , arghhh terus terdiam aku !
Pedih kemain lagi !
Ishh , biarlah bukan selalu mandi sungai .
Oleh sebab aku bawa tudung spare , so aku pun mandi laa sebab nak teman Umi .

Okay nak dijadikan cerita , ada aktiviti water confident .
Kena pakai life jacket then buat floating dekat air deras .
Yeayy aku semangat dah ni , wehee tengok-tengok life jacket dah tak ada .
Hampa hatiku ~
Tetiba plak ada akak ni bagi life jacket dia sebab dia sakit kaki .
Yeayy , aku amik la .
Haha mula-mula tu aku buat floating dengan Umi .
Perghh sakit badan kena batu dekat kawan cetek tapi deras .

Second round plak .. AWESOME .
Aku buat sorang , okay ada improvement sekejap je dah boleh floating .
Tetiba air deras masuk hidung , aku tak boleh bernafas !
Sumpah aku ingat riwayat aku dah nak tamat .
>_<
Masa tu aku try la berdiri tapi dalam , so aku dah nak terjerit dah minta tolong tapi suara tak terkeluar .
Life jacket tak membantu langsung , ishh tension je aku .
Yang budak dekat tepi-tepi tu boleh plak pergi gelak , ishh.
Tapi alhamdulillah , err aku floating balik then fasi tarik .
Capai je kaki aku ke pasir , walawehh tak sangka masih hidup !
Then aku terus give up , haha mandi sungai je .
Water confident masa kayak last sem tu lagi best , wehee ~

**Sambung
Dah habis mandi tu , pergi kawasan gua tu balik tukar baju semua .

Then kami semua naik bas balik ke UiTM , wehee ~
Terasa jauh je perjalanan , .. yeke ?
Aku sembang je dengan ET memandangkan Husna and Alya lena dibuai mimpi .
Sampai je terus mandi , makan .

Haha bosan eh korang baca ?
Alaa aku tak reti nak tarik perhatian korang .
Arghh biarlah , kalau bosan tak payah baca .

Taraaa ~


P/S : Alhamdulillah , Allah masih bagi aku peluang hidup untuk bertaubat dan berbuat baik . Terima kasih ya Allah . 
=').  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.