23 Mac 2014

Melaka

Assalamualaikum semua !
Wahh lama gila tak update haha .
Dekat sebulan duduk sini baru nak update haihh .
Sini ? Sini tu mana ? Muahahaha okay .
So ceritanya bermula begini ..

Masa result penerapan nak keluar tu , perghh berdebar je rasa .
Diorang cakap result keluar pukul 5.30pm , tak ingat berapa hari bulan .
Tapi dari pukul 12am Alyn dah gatal tangan cek email , haha .
Lepas tu baru Alyn tau yang result ni UiTM tak email , cek online je .
So , kerap juga lah Alyn buka website UiTM ni semangat nak cek haha .
 Last-last lebih pukul 5.30pm baru keputusan keluar bhahahaha .
So , alhamdulillah berbaloi juga penantian .
Dapat pilihan pertama plak tu heee .
Tapi ... Jasin ? Errrrrr -,-
*Ouh ingatkan penerapan masuk sem 3 hee
Mula-mula tu siap Google Maps lagi kedudukan sebenar kampus ni .
Tapi , kampus ni tak ada dalam map lagi hahahaha .
Survey punya survey , baru tau sebenarnya ni kampus baru .
So kitorang ni first batch la dekat kampus ni , happy lah juga tapi fikir-fikir balik mesti tak ada kemudahan sangat .
Kitorang juga dapat tau yang kitorang tak boleh duduk kolej .
Ergh ! Bukan selalunya degree part 1 dapat duduk kolej ke 1 sem ?
Rupanya kolej disediakan untuk student diploma je , haihhh .

So Alyn pun alang-alang dah ada dekat Nilai , ajak kakngah pergi Jasin cari rumah sewa haha .
Cari punya cari jumpalah 1 rumah ni , rumah teres 2 tingkat .
Cantik sangat , sewa pun berbaloi gila .
So dah tengok rumah tu , terus confirm haha .
Kelam kabut bayar deposit sebab taknak orang lain book dulu .

Okay kita lajukan cerita ye .
So , 28 Februari yang lepas Alyn dihantar ke rumah sewa .
Oh ye , rumah sewa ni dekat Taman Batu Gajah Bakti , Jalan Batu Gajah .
Kami pergi 2 kereta , kancil yang akan Alyn bawa pergi kelas nanti dan kereta kakngah .
Family kakngah and mak je yang hantar , yang lain busy .
So sampai je rumah , abg Krol terus pasang rak baju untuk Alyn .
Kakngah pula tolong pasang tempat gantung sejadah dan tuala tu .
Alyn sibuk kemas barang , susun semanya lah .
Bebudak tu ? Hmm diorang kacau daddy diorang pasang rak tu .
No comment .

Esoknya , 1 Mac kitorang kena pergi kampus sebab ada Minggu Pemantapan Siswa (MPS) .
Program ni lebih kurang Minggu Destini Siswa je , cuma yang ni lebih ringkas dan padat .
Program ni akan dijalankan selama 4 hari , sehingga 4 Mac jadi kitorang kena stay dekat kolej 4 hari .
Nak tau kolej dia macam mana ? Pergh ! Awesome !
Kolej dibina ala-ala style apartment .
Dalam 1 apartment ada 3 bilik dan dalam 1 bilik ada 2 katil single .
Locker diorang memang besar wehh !
Dalam setiap apartment ada toilet , tak payah lah nak berkemban pepagi buta berjalan pergi berebut bilik air dah .
Memang serius selesa la Alyn cakap .
Untung budak-budak diploma ni , tapi kami pun untung dapat merasmikan dan merasa duduk apartment tu .



So inilah kami masa MPS tu .
Haa mesti semua orang tau kan , tu tudung UiTM ?
Masa diploma hari tu ada dapat tapi tak pernah pakai sampailah sekarang .
Hee masa tu ada perasmian ke apa benda entah .

Lepas MPS habis , kitorang mula settle pasal kelas , NR semua tu lah .
Masa ni dekat depan Pejabat HEP , bangunan pentadbiran .
Thank you to phtographer walaupun macam terpaksa je hahaha .

Jangan risau , budak gila ni ada dekat Jasin je .


Masa ni keluar dengan Bella pergi Pekan Merlimau cari glossy paper sebab Alyn tak cukup gambar passport heeeeee :D

Masa ni dekat depan bilik koordinator kami , Pn Hasimah .
Nak settle pasal pengecualian kredit . Tu pun kena ambil nombor hahaha .
Ouh ye , lepas buat pengecualian kredit ni baru kami naik pangkat ke sem 3 hehe .

Masa ni plak dekat Pusat Persatuan Pelajar , nak buat pengecualian kredit untuk kokurikulum .
So kami tak akan ada koko dah , weeeeee ~
Selekehnya kau Alyn -,-

 
Ni la kitorang bila ada peluang je , on camera .
Ni plak budak bajet , haha kbye .
Ouh lupa cakap , masa ni dekat Auditorium , Blok Kuliah .
Masa ni daddy Sahol kami datang sebab ramai orang complain dekat fb daddy pasal kampus Jasin ni .
Mak aihh , daddy ni memang sporting gila baq hang .
Cakap je nak apa , daddy boleh bagi macam ayah sendiri .
Pembakar semangat betul , heeee .
Thank you daddy sudi melawat kami , teruja sebab dari diploma hari tu teringin nak jumpa hehe .
Walaupun Alyn tersepit dekat belakang tu but still i'm the happiest girl on earth !
Thank you lagi sekali Ayahanda Sahol , ada masa jumpa lagi :)

Okay gambar lepas ni random je , malas nak caption haha .
 
 
Makmal komputer yang kosong ~ Kosong ~ Oooo ~
On je camera , mesti ada datang belakang nak join haha :D
Hehe masa ni dekat bilik PA kelas kami , Pn Isma .
Kami selamber je panggil ibu hehe , memang sporting dan supportive .
Ibu selalu pesan dekat kitorang macam-macam , betul macam seorang ibu pesan dekat anak-anaknya .
Ibu siap join group WhatsApp kelas kami lagi tau , dah la kitorang banyak merepek dalam group tu haha yang best nya kadang-kadang tu ibu melayan je .

Hihi masa ni dekat AEON Bandaraya Melaka .
Nak ambil motor Syiro yang di pos dari utara tapi masa tu Pejabat Pos tutup so kami pergi makan dulu heee .

 
 
Ecececececeeeeeee ~ Kbye .
Sweet tak Syiro dengan bro Pos ?
Hikhik jodoh tu Syiro :p

Rasmi baju lama yang baru pakai ~
Builders ? Emm no comment , hehe .
Masa ni plak nak pergi pasar malam dekat Kawasan Perindustrian Merlimau .

Okay gambar dah habis .
Yeke ? Eh belum laaaa ~
 Okay taknak comment apa-apa pasal gambar ni .
Hanya orang tertentu je yang tau pasal ni , hahahaha .
 Ratu selfie -,-
 
 Masa ni kitorang datang kelas awal setengah jam sebab tersalah faham dengan jadual baru .
Koordinator suruh cek iCress , katanya ada perubahan jadual .
Kami pun berdoa agar tak ada kelas Jumaat sebab memang tak ada pun sebelum ni so jangan tetiba nak tukar kelas pergi hari Jumaat pula hehehe .
Ada sorang classmate tolong cek , dia cakap tak ada apa yang berubah except for masa kelas tu diawalkan setengah jam .
Contoh sebelum ni kelas pukul 8.30am , lepas ni pukul 8.00am la .
Kami datang awal , sunyi je . Hampeh .
Rupa-rupanya memang dekat iCress jadual 8.00am tapi kampus kami still 8.30am .
 
 Okay sambung . Haha .

 Alhamdulillah setakat ni semua urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt .
Housemate , classmate , persekitaran semuanya baik je .
Tak ada apa benda pun yang kami nak complain .
Semuanya cukup , alhamdulillah .
Masalah yang datang pun kami masih boleh selesaikan .
Lecturer , jiran rumah sewa pun semua baik-baik belaka .
Syukur sangat dengan rezeki dan nikmat Allah ni .
Alyn , belajar sungguh-sungguh okay ?
Okay ! :)
 
Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff .
Bachelor in Computer Science (Hons.) Multimedia Computing .
M3CS2533B .

Assalamualaikum .