14 Julai 2013

IkhmAlyn's 1st Anniversary

Assalamualaikum !

Apa khabar semua ?
Harap semua sihat-sihat je ye , kalau sakit pergi klinik :D

Rasanya korang dah faham kot post ni pasal apa since tajuk dah terang lagi bersuluh yang Alyn akan story mory pasal anniversary kami - IkhmAlyn .
IkhmAlyn ? Apetu ? Ikhmal + Alyn = IkhmAlyn hehe .
Baru-baru ni , June 25th 2013 pukul 6;40pm genaplah setahun kami bergelar pasangan bakal suami isteri . Eh ? :)
So beberapa hari sebelum anniversary tu Alyn pergi Putrajaya untuk celebrate dengan mok tu .
Kenapa Putrajaya ? Sebab dia praktikal dekat sana :(
Sabtu pukul 10am dah Alyn tunggu Plusliner , around 3pm sampai Putrajaya Sentral .
Then mok ambil , hantar Alyn dekat Masjid Besi *lupa nama sebenar
Sementara mok nak habis kerja pukul 5pm , hehe Alyn pun ber'iktikaf' dekat masjid tu .
First time masuk masjid tu , subhanallah cantik sangat !
Masjid tu agak besar juga lah , Alyn pun sorang masa tu so macam takut nak jalan-jalan sorang .
Takut sesat --' Yelah , tempat orang kan ? :3

Pukul 5.15pm macam tu mok datang nak ambil pun Alyn tercari-cari jugalah pintu masuk tadi --'
Lepas tu mok bawa pergi rumah sewa dia dekat Dengkil .
Oh my God , dekat sangat dengan rumah sewa abang kandung dulu .
Eh jangan nak fikir bukan-bukan , Alyn tunggu dalam kereta je .
Mok tu pun mandi sekejap je , mandi macam P Ramlee kot :p

Then kami terus bergerak ke i-City yeayyyyyy ! ^-^
Dah sampai Shah Alam tu , TERnampak Pizza Hut plak .
Ahahaha lepas tu TERmakan pizza dekat situ , hehehe .
Lepas makan terus pergi i-City , yeayyy lagi ! :)

Sampai je terus beli kad topup ke apa entah nama dia RM120 tapi bayar RM100 .


Mula-mula naik giant wheel tu , then masuk tempat salji tu , lepas tu masuk Art Museum , then pergi mana entah lagi tak ingat dah hehe .
Best sangat-sangat , weeee masa jalan-jalan , main semua tu dok sengiiih je :D
Maklumlah dah lama teringin sangat nak pergi , kali ni pertama kali pergi dengan orang yang kita sayang .
Ingat balik pun boleh buat senyum sorang-sorang .
That was the sweetest memory ever :3
Beli eskem , ingatkan nak share tapi sikit je untuk mok sebab dia batuk .
Tapi Alyn makan tak habis , so dia yang habiskan bhahaha .

Dah puas berjimba dekat i-City tu kami ke KL cari TGV , masa tu nak tengok Monster University hehe .
Since taktau mall mana yang ada TGV cinema , mok cakap pergi Suria KLCC je .
Hehe lagilah Alyn suka , jalan-jalan weeee ~
Tapi otw nak pergi tu , ternampak sign GSC dekat Times Square so kami decide tengok dekat situ je since nak dekat pukul 12am pun .
Takut tak sempat pergi KLCC , jalan pun taktau main tengok signboard je .
Tengok-tengok dah penuh :( So kami tengok World War Z .
Cerita tu memang awesome la , walaupun in the end still taktau dari mana virus tu datang .
Banyak juga scene terkejut-terkejut --'
Habis movie , terus tidur .

Esoknya mok bawa Alyn balik rumah plak , ermmm takut jumpa ayah dia hee --'
Then ayah dia drive hantar pergi Reko Sentral , cuba teka kami nak pergi mana ?
Hehehehe balik kampus yeayyy dengan mok yeayyy lagi !
Hehe naik bas Sri Maju , tukar bas dekat Pudu Sentral macam biasa ceee :3
Happy sangat-sangat jalan-jalan dengan mok ni ^-^
*Padahal duduk dalam bas , tidur je -.-

Sampai je kampus terus cari makan dekat Amanjaya , hehe .
Then mok pergi bilik Nasa stay sana , Alyn terus balik bilik .
Tapi mok tidur dekat rumah abang Nazri .
Malam tu tak ingat apa dah , teruih tidur sebab dah penat .

Esoknya , Isnin mok jumpa lecturer dia bincang pasal tajuk report .
Alyn pun ada kelas tapi habis awal sebab semua part 3 , 4 and 5 wajib pergi DSI ada ceramah apa entah --'
So Alyn jumpa mok dekat uptown , konon nak makan je .
Last-last terus ambil kereta sewa pergi Jusco Station 18 , hehe .
Yeayy dapat juga tengok Monster University ! Hehehe :D

Kami beli baju 'couple' sepasang .
Cehh tak sama pun , kotak-kotak je --'


Ni baju Alyn , dia pilih :D
Baju dia tak tangkap gambar , tak sempat .
Alyn ada ternampak baju dekat AEON ni , smart sangat !
Tunjuk dekat Ikhmal tapi dia macam tak minat sebab dia tak pernah pakai kemeja ada corak macam tu .
Lagi pun harganya mahal , RM100++
Alyn tak puas hati sebab nak sangat tengok dia pakai baju style macam tu tapi tak apalah dia tak suka kan -_-

Dah habis shopping tu , mok hantar Alyn dekat gate belakang .
Then mok hantar kereta , terus pergi Hentian Seri Iskandar balik Kajang balik .
Hehe thank you dear untuk 3 hari awak spend masa untuk saya tu :D


HAPPY 1st ANNIVERSARY IKHMALYN
JUNE 25th 2013
I LOVE YOU SAYANG :*


Ni gambar pertama kami :)
Masa part 3 , first time keluar sama-sama.
Ni dekat Ipoh Parade ^-^


Ni dari public blog , tu dekat bawah tu :D


Ni plak dari private blog , Alyn dengan Ikhmal je boleh baca :p


Ni dari facebook Ikhmal , semangat online facebook dia :D


 Ni dari facebook Alyn :3

Alyn mengaku , berat sungguh dugaan yang Allah bagi bila Alyn dengan Ikhmal . Baru beberapa bulan bersama , Alyn dah diuji dengan kesetiaan dia . Tapi Alyn yakin dengan diri Alyn sendiri and Alyn sayangkan dia , so Alyn bagi dia peluang . Alyn anggap tu permulaan semula untuk kami . Ternyata peluang kedua tu disia-siakan , bagai tiada erti untuk dia . Peluang demi peluang , lama-lama Alyn sendiri dah tak kuat untuk bagi peluang seterusnya . Bodohkah Alyn ? Tak , Alyn sedar semua keputusan yang Alyn ambil tu bakal menyakiti Alyn sendiri . Tapi , Alyn sayang dia . Tak taulah kenapa berat hati ni nak tinggalkan dia . Padahal kesalahan pertama tu sepatutnya dia ditinggalkan saja . Malah kesilapan kedua , ketiga tu pun ... Mungkin Alyn seorang yang penyabar ? Kalau betul , alhamdulillah . Kalau tak , mungkin hati dah terlalu sayang untuk lepaskan dia walaupun hati ni sering dimainkan . Doa ? Tak putus-putus Alyn utuskan doa kepada Allah untuk kekalkan kami dan buka hati dia untuk berubah . Sedangkan semua orang di sekeliling Alyn nasihatkan Alyn untuk tinggalkan dia , Alyn berdegil untuk bersama dia . Biarlah hati ni sakit sekalipun , asalkan Alyn tetap dengan dia . Walaupun ada mulut yang mengata , mata yang menjeling .. pedulikan semua tu . Ada yang sampai label Alyn ni .. err macam-macam lah , tak sanggup nak bagitau :( Sedih memang sedih , tapi ni pilihan yang Alyn buat . Alyn yakin , akhirnya nanti Alyn akan happy . Cuma Alyn kena banyak bersabar . Dalam banyak-banyak orang yang suruh Alyn tinggalkan dia , ada juga yang bagi sokongan dekat Alyn untuk terus stay dengan dia . Alyn kena kuat :) Yeah Alyn kuat . Ada juga yang cakap "Aku rasa kau lah orang paling lama bertahan dengan Ikhmal . Sebelum ni awek dia bertukar-tukar je" Mungkin Alyn naif , terima dia pada kali pertama walaupun tak berapa nak kenal sebab Alyn fikir kenal-mengenal tu bila-bila je boleh . Padahal , orang lain memang dah kenal dia . Ada yang kesiankan Alyn , termasuk diri sendiri . Komen orang yang cakap Alyn paling lama bertahan dengan dia ? Satu je Alyn boleh cakap . Korang taktau apa yang Alyn rasa selama Alyn dengan dia . Alyn nak Alyn dengan dia kekal , nak sangat biarpun orang cakap buruk pasal dia . Alyn tanya ramai orang , termasuk kawan-kawan dia pasal dia , sejarah dia . Baru Alyn tau , dia macam tu atas perbuatan seseorang beberapa tahun dulu . Hati ni makin lega . Bukan apa , maknanya dia macam tu bukan atas kehendak dia . Hati Alyn makin kuat untuk terus stay dengan dia . Doa ? Makin kerap Alyn minta kepada Allah . Allah tak terus bagi apa yang kita nak kan ? Berkali-kali Alyn diuji , air mata kalau kumpul pun mungkin cukup satu swimming pool atau mungkin Lost World of Tambun tak perlu bayar bil air dah kot since Alyn boleh sponsor air . Tetiba orang yang buat dia dulu nak dia balik , ada lagilah cerita . Banyak . Banyak sangat . Alyn tau dia pun bersalah juga tapi hati ni tetap sakit dan benci dengan mereka . Salah mereka juga . Hati ni kalau dah benci sangat , jangan sekalipun berani sebut nama mereka . Jangan . Sebut nama je pun dah boleh buat hati ni panas . Mendidih . Pelik . Orang sebelum Alyn boleh je move on walaupun Alyn tau susah , kenapa dia tak boleh padahal dia yang pergi ? Maybe dia ada reason , i don't know and i don't care . As long as Alyn yang dengan Ikhmal sekarang ni , jangan ada sesiapa berani kacau . Ye Alyn tau , Ikhmal belum tentu jodoh Alyn . Tapi selagi dia dengan Alyn , Alyn akan jaga hubungan ni biarpun Alyn sorang je yang kena jaga semua ni . Alyn janji tu dalam diri ni . Tapi , bulan berganti bulan hati ni lama-lama letih . Letih untuk berharap dia akan berubah . Sampai satu masa ni Alyn minta dilepaskan . Sedih . Janji Alyn tu .. maaf Alyn tak boleh nak simpan . Mungkin ujian yang Allah bagi ni terlalu berat untuk Alyn . Mungkin ada yang lebih penyabar tertulis untuk mendampingi dia ? Nauzubillah , Alyn taktau . Tapi memang , Alyn dah penat sangat . Tapi dia minta peluang lagi . Tak sampai hati nak tinggalkan dia walaupun Alyn tau tak mustahil semua yang jadi tu akan berulang lagi . Alyn bagi dia , sekali lagi peluang demi peluang . Lama-lama sabar Alyn tu semakin menipis . Terhakis oleh semua yang dia buat . Alyn jadi seorang yang cepat marah , hilang sabar . Tak percaya ? Tanya Ikhmal , macam-macam kata-kata makian dia terima dari mulut aku bila kami bergaduh . Oh Alyn , di mana kesopanan mu ? Di mana kesabaran mu ? Hilang . Maafkan Alyn , Ikhmal . Awak pun tau sabar semua orang ada tahapnya . Mungkin apa yang awak buat dah melepasi tahap kesabaran saya . Hilang semua kesabaran yang Alyn pendam selama ni . Hilang . Tapi Alyn still stay dengan dia . Dalam hati ni ada secebis harapan . Dalam 1001 sebab Alyn patut tinggalkan dia , Alyn berpegang pada 1 benda je untuk terus bertahan . Sayang Alyn pada dia . 1 tu je . Alyn masih bertahan , tapi hati ni tawar . Harapan makin berkurang . Just go with the flow . Apa nak jadi pun jadilah , Alyn dah tak ambil kisah dah . Tapi ternyata Allah tak lupakan Alyn dan doa yang Alyn kirim selama ni . Mungkin dah sampai masanya Allah makbulkan doa Alyn tu ? Kalau betul macam tu , alhamdulillah . Alyn dah boleh nampak perubahan dalam diri dia . Hati ni mula ceria kembali . Dia sendiri berjanji untuk jadi yang lebih baik . Harap awak ikhlas ye Ikhmal :) Tapi kalau ni salah satu ujian daripada Allah lagi , maaf Alyn dah tak sanggup untuk bersama dia lagi . Tapi Alyn yakin dia betul boleh berubah . Kalau bukan sekarang , mungkin lepas ni .. dengan pengganti Alyn yang boleh ubah dia . Mungkin . Tatkala Alyn berhenti berdoa , Alyn nampak semua tu . Bibir ni kembali meniti doa-doa kepada Allah untuk kami . Walaupun dalam masa dia berubah tu pun banyak yang jadi , kalau niat dia betul in syaa Allah bahagia tu akan Alyn jumpa juga . Awak , dah setahun lebih kita bersama . Saya harap awak dah tak sama macam dulu , macam mula-mula saya kenal awak walaupun awak yang dulu buat hati ni terpikat . Tapi saya nak awak juga yang berubah , saya nak awak buat hati ni terus kuat untuk bertahan . Saya nak awak yang sekarang buat kita kekal . Awak , saya sayang awak . In syaa Allah kita akan kekal . Kita doa sama-sama okay sayang ? I love you Ikhmal Hariz :*

Sekian , assalamualaikum :)