6 Ogos 2019

Malam Berinai & Majlis Pernikahan Ikhmal dan Alyn (Ikhmalyn)

Assalamualaikum semua!
Since I baru je nak aktif balik blogger ni, I rasa macam banyak benda nak cerita. Like, seriously banyak untuk di-throwback!
Itu pun tak semua yang I akan story, I akan share story yang special untuk diri I or story yang beri kesan dalam diri I, haa gitu!

So I'm gonna start with my solemnization event.
Alhamdulillah I dah sah jadi isteri kepada Ikhmal Hariz tahun lepas (160218), hari Jumaat selepas Asar.
...
...
...
Malam Berinai
I hire kak Delayla as my henna artist.
Boleh check her ig out - Delayla Beauty.
Ni pun bukan main book je tau, penat juga survey henna artist yang bagi harga berbaloi and finally jumpa akak ni.
Akak ni sangat ramah tau!
Aktiviti malam berinai I buat dekat luar rumah je depan pelamin haha bertemakan baju kelawar, gigihlah pergi cari baju kelawar hehe saja suka-suka.

Cantik kan? Hihi

Pagi buta juga rasanya baru siap berinai semua, tak sedar diri esok nak nikah nanti mata lebam adoiii.
My girlfriends
Thank you so much korang sudi datang malam-malam buta, balik rumah pagi-pagi buta.
Ikut tema pulak tu, baju kelawar hiks!

Anak-anak buah turut excited haha

Malam tu seingat I lah, memang tak boleh tidur.
Yelah esoknya MY BIG DAY.
Nervous campur excited, Allah je yang tau perasaan tu macam mana, memang susah nak describe tau!

Tibalah hari yang dinanti.
I start makeup dari lepas Zuhur memandangkan majlis akad nikah akan berlangsung lepas Asar.
Okay pasal makeup, I'm not really happy sebab makeup tu buat mata I jadi pelik so muka sekali jadi pelik. Bila bagitau MUA tu dia touchup tapi still, tak ada beza haih.

Korang tau tak apa syarat wajib nikah?
Nak senang ingat SISWA je:
1 - Suami (pengantin lelaki)
2. Isteri (pengantin perempuan)
3. Saksi
4. Wali
5. Akad

Bila dah cukup je syarat tu, maka bermulalah majlis.
Mujurlah tok kadi ni bukan jenis yang tanya macam-macam sebelum nikah, hehe.
Dan alhamdulillah I selamat bergelar isteri kepada Ikhmal Hariz pada hari tersebut.
No words can describe how I feel.
Beyond happy.

Selesai akad nikah, macam biasalah kena baca doa, etc.
Lepas tu batalkan air sembahyang, dan last sekali sesi bergambar.

Throwback gambar 1st dating (2012) hehe
My family
My new family, yasss
Sisters (Pls abaikan background tu huhuhu)
Hai roommate baru
Alhamdulillah selamat semuanya atas bantuan keluarga dan kawan-kawan.
Setahun lebih dah pun majlis berlalu, sekarang baru ada kesempatan nak abadikan kenangan ni dekat sini, cewahh haha.
Nanti ada kelapangan I sambung majlis bersanding eh, in sya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.