26 Mei 2013

Aku Ada Impian

Assalamualaikum semua , hehe :)
Kali ni nak warning korang dulu sebelum baca .
Post kali sesuai dibaca untuk orang yang open dan poyo sahaja .

So , tengok tajuk post ni korang rasa aku nak post pasal apa ?
Ouh korang fikir eh ? Abaikan ~
Tak ada apa-apa pun , cuma aku banyak impian .
Bila dah banyak impian , mestilah banyak merancang kan ?
Merancang untuk capai impian tu :)

Tengok wishlist , tu ANTARA impian aku .

 Yang ada ni , yang aku rasa penting je .

Besties .
Ahha besties ada , bersepah hehe .
Woi woi jangan marah :p
Dari sekolah rendah aku dah kenal persahabatan .
Masa sekolah rendah , SK Tarcisian Convent aku ada seorang kawan baik .
Masa tu baru masuk darjah 2 rasanya , so aku tak banyak cakap sangat .
So , masa sekolah rendah ni cikgu lah yang handle semua kan ?
First day pergi sekolah mak aku pesan "Masuk je kelas duduk depan sekali" .
Aku pun ikut jela cakap mak aku , datang je terus letak beg dekat meja depan sekali .
Then baru pergi perhimpunan , lepas perhimpunan baru masuk kelas balik .
Dah masuk kelas tu , guru kelas aku Pn Masyitah suruh semua keluar .
Keluar bawa beg sekali , dia nak arrange balik tempat duduk .
So aku pun keluar je , eh aku ikut je kan apa orang suruh ? -.-
Lepas tu macam biasalah nak arrange apa-apa je "Yang pendek ke depan , tinggi ke belakang" , haish tak suka betul .
Aku pun ke depanlah , heckk tak silap aku depan sekali kot -.-
Then aku pun duduk depaaaaan sekali , depan meja cikgu .
Naisb baik sebelah aku orang Melayu , namanya Maisarah .
Okay aku pendekkan cerita , terus jadi bestfriend sampai darjah 4 .
Darjah 4 dia kena pindah sekolah dekat Rapat Setia hmm  :(
Masa tu aku down gila sebab yela , kawan sorang je tapi nak pindah -.-
Then kenal plak dengan Firzana and Darsylin hee :)
Bestfriend dari darjah 4 sampai darjah 6 haa :)
Masuk sekolah menengah , bestfriend dengan Putri dan Syahmah .
Err tapi ada sebab tertentu form 3 aku berkawan dengan PSYCHO sampai sekarang :*
PSYCHO ? Farie , Mayra , Miera , Yana , Aen , Dyyah , Marlia dan aku :3
Eh tapi ada lagi banyak , oh god susah nak list semua EVA ni .
Hehe EVA ni plak geng luar sekolah .. lol .
Mostly SMT Leboh Cator lah :)
Yang aku ingat , Zul , Foo , Shieda , Azim , Rain , Perd , Syaza , Megat , Alep , Rohaiza .. lagi err yang lain tu jarang or tak pernah lepak lettew ~
Masuk kampus , kawan aku Alya , Husna , ET dan Amir sampai part 3 je ..
Then BFF dengan Bella je , sampai sekarang :)

Mr Right aka My Sugar Plum .
Hmm dari zaman sekolah aku cari lelaki yang setia .
Aku jumpa , tapi aku tak boleh nak terima gaya hidup dia .
Ada yang setia , tapi setia dia lain .
Setia yang aku nak , lain sangat .
Dari form 3 , kisah aku sama je kalau break iaitu kesetiaan .
Sampai ada sekali tu aku janji dengan PSYCHO taknak couple setahun haha .
Berjaya tau , lepas tu cari lah yang setia .
Hahahahampeh ~ Ditinggalkan pergi macam tu je ~
Memang dari first time aku couple aku dah fikir nak kekal sampai kahwin , serius .
Walaupun mustahil bercinta zaman sekolah sampai nak kahwin .
Bukan nak menggatal ke apa , err aku kan terpengaruh dengan fairy tales -.-
Itulah aku , tapi .. hmm harapan ~

Best School - SMK Tarcisian Convent .

Abaikan bayang itu ~
Hey hey hey , aku sangat bersyukur belajar dekat TCS .
TCS - Tarcisian Convent School .
Hey dekat Ipoh ni banyak S tau .
TCS , MGS , ACS , lagi apa benda entah -.-
Terima kasih banyak-banyak dekat semua cikgu TCS .
Bila fikir-fikir balik tak percaya PMR 5A3B dan SPM6A3C1D haha ada D .
Ehei , serius bangga sebab aku target PMR dengan SPM ni 1 A je iaitu Maths heh -.-
Alhamdulillah , SPM paling ku banggakan sebab Add Maths dengan Mod Maths dapat A+ hehe ni aku takkan lupa .
Sorry tak berniat nak bangga sangat , cuma err tak rasa pun ada orang baca .
Bye .
D apa ? D for Chemistry haha -.- Okay bangga sangat sekali masuk UiTM , amik kau !
Merosot nak mampus , rasa macam nak berhenti belajar tunggu orang pinang terus kahwin .
Senang , duduk rumah je jaga anak haha .

University - UiTM Seri Iskandar .

Ahha syukur dapat UiTM , kawan semua baik-baik belaka .
Lecturer , environment semua lah bagus :)
Tapiiii belajarnya tak pandai-pandai juga !
Makin lama makin teruk je -.-
Err aku selalu fikir untuk berputus asa ..
Kalau bukan sebab family , aku rasa dah lama aku tinggalkan UiTM ..


Braces - Senyum Ikhlas Masa Kahwin -.- 
Haha yang ni memang aku nak sangat sangat sangat sangat !
Maklumlah gigi aku tak cantik macam korang .
Semuanya gara-gara masa darjah 5 dulu , masa duduk dekat FRU Quarters .
Ada playground sebelah surau , setiap petang main dekat sana .
Aku suka main spider-web , yang duk gayut-gayut tu la .
*Time ni aku tomboy sikit -.-
Dah expert kot , kaki duk gayut atas , kepala dekat bawah .
Ehm malu plak nak cerita zaman ganas-ganas dulu haha .
So ada lah sekali tu tunjuk expert sangat sampai terjatuh macam nangka busuk ~
Berdarah mulut baq hang , bengkak bibir .
Esoknya aku tengok gigi dah bersepah -.-
That's why nak pakai braces , malu lah :(

Driving License - In Progress For D Class .

Ahah lesen ni dah lama tau aku nak , dari tahun 2010 .
Ingatkan nak ambil lesen kereta lepas SPM, ahah lesen motor dah ambil lepas form 4 masa cuti .
Tapi tak sampai hati nak minta dekat mak sebab abah pergi masa SPM ..
So cuti sem 2 bulan ni aku tak buat apa , aku decide nak ambil juga !
Ehm 5 Jun ni test JPJ , pray for me yeah .
Honestly aku bawa macam hareeeemmm lagi ni -.-
Aku fikir dah ada lesen nanti senang nak berjalan , malas nak ajak sesiapa .
Even orang terdekat dengan aku pun tak boleh nak bawa .
Dari dulu teringin gila pergi i-City , tapi tak ada seorang pun sudi bawa hmm .
Maklumlah , tak pernah sampai ke sana lagi .
So aku fikir nanti dah ada lesen nak pergi i-City , ehm kesian kan ?
Banyak tempat aku teringin pergi , tapi alasan yang diberikan ..
Jauh , tak ingat jalan , nanti penat drive , blablabla ..
:'(

Korilakkuma ~ For Him .

Hmm yang ni tinggal impian je kot .
Dia bagi aku Choki (Rilakkuma) masa 19th birthday aku .
Sumpah happy sebab first time terima bear dari lelaki :3
Masa mula-mula dapat tu aku tertanya-tanya bear ni karakter apa -.-
Sekali tau nama dia Rilakkuma , awek dia nama Korilakkuma .
Walaupun sebenarnya Korilakkuma tu bukan awek dia , tapi anggap jela k ~
Since dapat Choki ni , setiap malam aku peluk dia sebab .. kbye .
Bukan malam jela , bila-bila aku bertenggek dekat katil memang Choki aku cari .
Kadang-kadang bila sedih taknak orang tau , aku cerita dekat dia buat drama macam dia faham sangat .
Aku anggap je dia dengar , menangis-nangis peluk Choki. Bye lagi .
Okay tu perkara biasa , hmm .
So aku fikir nak belikan Korilakkuma ni untuk dia , sepasang kan ?
Tapi ..

Meet His Parents - One Day .
Ni sepatutnya impian aku yang paling penting .
Since dia dah kenal family aku especially my mak , aku pun ada keinginan nak kenal family dia especially ibu dia yang aku sangkakan dia akan cuba menjadikannya satu kenyataan .
Baru berapa bulan bersama entah aku cakap dekat dia .
Tapi tak boleh , hmm rumah dia jauh .
Lagipun dia cakap tunggu dah lebih setahun baru dia nak bawa .
So beberapa bulan ni aku diam je , walaupun kadang-kadang ada cucuk dia sikit-sikit .
Ada sekali tu aku pergi Sepang rumah kakngah , ingatkan boleh jumpa ibu dia tapi ..
Salah timing , ibu dia kerja .
Banyak kali juga aku tanya , tapi entah kenapalah nak keluar hari biasa ibu dia kerja .
So aku diam jela , nak cakap apa lagi .
Fikir-fikir balik , aku ada plan sesuatu .
In syaa Allah dah ada lesen nanti , dah masuk kampus , nak sewa kereta pergi rumah dia maybe nak bawa Bella atau sorang je .
Ishh takkan first time jumpa nak bawa Bella , nanti ibu dia salah orang :(
Aku fikir macam nak dinner sama-sama macam tu jela .
Heh , over kan aku yang plan ?
Sedangkan ibu dia tak ajak , even tak kenal pun aku sesiapa .
Aku tak pasti ibu dia tau ke tak pasal aku , termasuk nama aku .
Semua aku dah fikirlah , masa tu mesti dah lebih setahun , blablabla ..
Kalau kita masih bersama pun , belum tentu dia bagi aku buat semua tu .
Bukan apa , aku rasa bila dua-dua pihak dah jumpa family masing-masing macam mengukuhkan lagi hubungan tu .
Ehm tapi .. terdiam lagi . Tersekat di kepala . 5 tahun lagi kot baru boleh jumpa .
ZzzZzzz ~

Tunang - In Syaa Allah 2014/2015 .

Yang ni memang kami dah rancang , in syaa Allah nak mengikat tali pertunangan lepas grad diploma nanti yang .. macam tinggal harapan je ~
Dah siap berangan lagi , nak pakai baju apa , cincin , make-up , suasana nanti macam mana semua .
Nak buat macam mana dah 3 kali jadi tuan rumah perkahwinan , dah masak sangat dengan suasana macam ni .
Cuma aku tukar orang je dalam bayangan tu .
Terbayang ibu dia sarungkan cincin *padahal tak pernah jumpa .
Aku duduk tersipu malu *ecehh . Pfffttt -.-
Tangkap gambar sama-sama , malu-malu sebab semua orang tengok ..
Hmm , rasanya kena tukar orang lagi dalam bayangan tu ..

Dinikahi Si Dia - In Syaa Allah 2018 .
Yang ni pun kami sudah rancang , in syaa Allah kami nak dinikahkan 5 tahun lagi .
Mungkin lepas habis degree , nak kerja kejap kumpul duit sama-sama beli rumah , kereta semua .
Yang ni lagi lah berangan lebih , hmm siap nak buat dekat dewan lagi .
Aku bayangkan kita bersanding , makan beradap , silat semua haha .
Then aku bayangkan bila kewangan dah kukuh aku taknak kerja :3
Setiap hari nak tunggu dia balik kerja dekat pintu , nak masak setiap hari , basuh baju , kemas rumah , siapkan sarapan untuk dia sebelum pergi kerja , solat sama-sama ..
Ahhhhhh angan-angan :( taknak cerita dah !

My Own Family .
Taknak cerita :(

Vacations With Him - Honeymoon ~
Ehm aku just bagitau tempat .
Pulau Pangkor , Cameron Highlands , Genting Highlands , blablabla .
Taknak cerita !

DSLR - Kenang Memori .
Aku fikir tak kisahlah dia atau aku jadikan DSLR ni sebagai hantaran nanti .
Yela , dah kahwin nanti semua kongsi kan :)
So dengan DSLR ni , aku nak capture semua saat manis bila bersama .
*Macam double meaning tak ?
Maksud aku , kan nak pergi banyak tempat untuk vacations tu ..
Aku bayangkan nak penuhkan DSLR dengan kenangan aku dengan dia je ..
Memang kenangan lah cerita dia kaaaaaan ~

Mekah In Syaa Allah .
Ni impian terbesar aku ..
Aku fikir bila dah berkeluarga dan berkemampuan , aku nak pergi Mekah sama-sama dengan keluarga aku sendiri .
Aku selalu bayangkan aku pergi Mekah nanti dengan dia , mak , ibu dan ayah dia .
Macam dah boleh rasakan bahagia tu nanti macam mana ..

Tapi , tak semua impian tu aku boleh capai .
Hmm , sepatutnya hari ni nak MMS dia gambar ni pukul 6.40pm tadi .
Semalam
Hari Ini
Dah tak payah nak comment banyak-banyak , memang aku tak kreatif -.-
Ni pun tiru kak Dena Bahrin , aww yang kahwin muda tu :)
Tulisan aku pun boleh tahan buruk juga kan -.-
So , plan tinggal plan jela .
Aku fikir semuanya akan jadi baik , so semalam merepeklah aku buat benda alah tu .
Tapi , .. fikir jela kan ?
Aku hanya merancang , tak semua impian tu kita akan capai .

P/s : I'm so sorry . Saya tak boleh terima awak macam awak terima saya .


Ahh lemah , okaylah nak Choki hmm :'(
Sekian , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.