28 Mei 2013

Insane Day

Assalamualaikum semua !
Hehe post ni .. err taktaulah nak jadi apa sebab aku tengah excited .
Nak cerita pasal 27 Mei 2013 iaitu semalam hehe .
Weee hang out dengan my hot setaps !

Actually dah lama plan nak keluar sebenarnya .
Masa mula-mula cuti tu aku rasa dah tak sabar nak keluar .
Tapi masing-masing ada hal kan ?
So aku fikir lagi 2 minggu je nak masuk kampus tersayang balik , ahhh keluar juga tak kiraaaaaa !
So malam kelmarin plan kemain lah , eh ?
Padahal aku cakap "Weh jom keluar esok !" je .
Diorang terus "Okay wajib !" , dan Miera terus  "Esok aku amik korang pukul 9.30 pagi" .
Heck , kenapa dulu tak macam ni ? Haha :D
Then tak lama kemudian pakcik aku mesej cakap esok ada driving class hmm -.-
Aku pun "Alaa pakcik , esok Alyn nak keluar . Tak boleh ke ?"
Haha pakcik aku cakap okay , nanti nak belajar bagitau .
Maklumlah test JPJ nak dekat dah *gigit jari sat .

So malam tu .. malam tu ..
Sorry lah wahai stalker yang yang happy dengan post sebelum sebelum ni .
Berita ni akan menghampakan kalian sebab aku dah okay dengan .. tettttttt .
Hehe thank you awak sebab tak give up dengan saya :)
Malam tu aku buat jejak kasih dengan dia sampai menangis-nangis -.-
*Moment of silence ? Heeccckkk !
Rasa lega bila dah okay , seriously .
Post hari tu saja nak tengok siapa yang happy bila ada yang patah hati .
Aku berani bet ramai yang happy especially .. okaybye .
Tapi sorry sebab dengan okaynya kami ni , ada yang patah hati .. okaybye .

So pagi tu aku terlambat bangun atas faktor-faktor gangguan tidur iaitu nightmares , dahlah malam tu tak decide lagi nak pakai baju apa haish masalah problem betul .
So aku pun terus capai je apa yang ada dan bersiap , tu pun lambat sikit .
Kesian Miera kena tunggu , hehe sorry babe !
So dah siap-siap kami pun ambil Farie dan Mayra .
Sampai je terus pergi TGV tengok tiket , heck kami ambil tiket pukul 11.30 am .
Murah weh , RM7 per person . Maybe sebab kami datang awal (Early Birds) atau pun sebab weekday , ahh tak kisahlah itu semua haha .


Then kami ke McD untuk break the fast , haha breakfast .

Muraaaaah :)

 Okay , kami teruja sebab McD breakfast pun murah .
Mungkin sebab weekday lagi ? Atau pun sebab cashier tu tak dengar aku nak set punya , marah kot tak dapat Hash Brown hmm mok nanti jom breakfast McD ? :(
So kami plan lepas ni nak keluar weekday dan awal pagi haha :p


Dah habis makan tu kami terus tengok wayaaaaang , Fast & Furious 6 .
Heckk aku dah cakap dah mesti lupa punya tangkap gambar tiket , haha .
Kan dah tak boleh nak tayang dekat blog ni ? -.-
Dahlah Miera simpan semua tiket , lupa ambil jugaaa :(
Huhu okay siapa yang dah tengok F&F 5 , tengoklah F&F 6 plak .
Awesome wehh , tambah aku tengah ada mood nak ambil lesen memandu ni kan .
Haha tu memberi inspirasi ke apa eh ? Haha .
Paling suka part yang ada lelaki tu cakap "Me likey !"
Haha , eh sebenarnya ada banyak part lah aku suka .
Biasalah ada kelakar-kelakar kan hehe .
My favourite actor / actress dalam filem tu ialah ...... semua !
Haha ending dia ....... tettttt nanti tengok sendiri okay .
Rasa macam F&F 7 dah nak keluar je ~


Lepas dah tengok wayang tu Mayra cakap "Weh jom karaoke !"
Aku pun jom jela , tapi Miera dengan Farie dah jauh benor jalan depan .
Aku tanya lah Farie dengan Miera ehm "So nak pergi mana plak ?"
Mayra yang jawab "Aku tak kisah ."
Puihhh tadi cakap nak karaoke ! Haha saja je :p
Aku "Tadi cakap nak karaoke !"
Mereka pun jom jom je , haha entah apa-apa :D
So kami pun karaoke lah , tak ada siapa nak ambil gambar haha .
Aku rasa banyak lagu dah tak ada , sedih betul .
Tapi ada je lagu yang agak baru dan best .
Aku Yang Tersakiti , Standing In The Dark , Glad You Came , One More Night , Dark Side , Give Your Heart A Break ... blablabla .
Tu antara lagu yang kami nyanyi , hehe .
Yang tak bestnya karaoke ni ada bebudak mana entah dok mengintai , bengong .
Lepas sorang-sorang , kenapa tak pernah tengok perempuan karaoke ? Heh .

Nak dijadikan cerita , dekat tv karaoke tu tak tulis lagi bila end time .
Tapi aku rasa macam dah lama je , tapi buat tak tahu jela haha .
 Tetiba bro yang jaga kaunter tu ketuk pintu and bagi isyarat suruh keluar .
Tapi Mayra je yang nampak , aku buat taktau je sebab ingatkan bebudak tadi tu main-main lagi -.-
Then Mayra plak macam konpius je , so dia teruskan lagi pilih lagu Rossa - Pudar .
Aku dah rasa lain macam sebab rasa lama gila , aku cakap lah entah-entah tv tu rosak tak tunjuk end time .
Entah-entah ada orang dah booking bilik ni , bro tu terus sambung masa .
Eh banyak pula entah-entah -.-
Masa mula-mula masuk karaoke tu ada orang call Mayra , so dia cek call register tengok pukul berapa orang tu call .
Dan ternyata dah lebih sejam kami menyumbangkan suara , haha .
Dah separuh lagu Rossa tu kami terus keluar , haha .
Aku keluar tak tengok kiri kanan dah , tunduk je .
Malu kot ! Haha dah lah banyak lelaki , err nak langgar-langgar orang plak apahal ?
*Marah ni . Dan malu . Okaybye .


Lepas dah keluar tu , tak fikir panjang terus turun pergi lepak dekat foodcourt .
Aku "Weh . Malu ."
Mereka gelak-gelak , haha .
Tetiba nampak geng bebudak sekolah pakai baju sama (baju sekolah) lalu lalang dekat tempat kami lepak tu .
Mayra "Kenapa diorang pakai baju sama eh ?"
Aku "Ala biasalah budak sekolah , hehe"
*Moment of silence .
Aku "Err kita dulu ada pakai baju sama ke pergi JJ ni ?"
*Moment of silence (diorang fikir)
Lama sikit baru ada jawapan .. "Tak"
Fuuuuuh nasib baik , haha terus berderai ketawa ^-^

Dah lama duduk tu aku tanya lah nak pergi mana .
Miera "Bowling jom !"
Tapi dia macam gelak-gelak , dia fikir kitorang taknak kot .
Tapiiii kami ni ... "Jom !"
Haha terus naik balik , err malu lalu dekat tempak karaoke tu .
Tetiba ramai pulak kaum kerabat bebudak laki dekat depan pintu tu .
Fuuuuh tak pandang kiri kanan , terus masuk .
Depan pintu tu aku jalan macam slow sikit sebab ada kelemahan aku .
Pintu macam tu buat aku terfikir "Ni nak tolak ke tarik ?"
Aduh selalu macam tu , tapi aku tolak je .
Perhh nasib baik boleh ! Haha .
Masa nak bayar tu aku tipu sunat , cakap dah ada stokin .
Eh biarlah , nak save duit tak apa :p
Game kali ni aku kalah sebab bagi chance dekat diorang , pfffttt .
Err lane tak rata , bola tak licin dan aku pakai kain .
*Alasan aku , biarlah .

Turn siapa entah , dan lagi nak posing heh :p




 

Dah habis main tu aku pergi toilet kejap nak betulkan shawl ni -.-
Ada orang smoking dalam toilet , bau asap diaaa perhhhhh .. !
Sabar jela , sumbatkan hidung ni alahai ..
Then kami ke rooftop untuk sesi fotografi , cehhh -.-


 With Mayra , aku nampak macam orang tua kan ? :(

Kiriii sekali ialah Farie , taktau apa motif dia pegang tab Miera .
Haha , lalalala ~

Hehe diorang ni memang expert buat muka comel kaaan ^-^



 Ada orang kacau , jerit dari jauh "Hah Instagram ! Instagram !"
Eh sibuk je , biarlah -.-

Miera , budak comel mana entah , Mayra , Farie
Saja nak masuk gambar kepala dia sekerat haha okaybye .
Tau comel , terima kasih :)
Okaybye .


Haha lepas dah puas memanfaatkan semua kamera , kami ke foodcourt balik .
Woiii ingat kami tak ada perut apa ?
Miera dengan Mayra makan sushi beli dekat AEON .
Aku beli sushi juga tapi nak makan balik nanti hehe .

Aku beli ais kacang tapi taknak kacang merah dengan jagung .
Mak dengan mok je faham , hehe kan mok kan ?
Tapi kacang tanah dia tak letak plak , hmm .
Habis RM6 melayang dekat ais kacang tu -.-

Nasib baik ada eskem cekelat , dapnyeee makan dengan ais tak ada kacang ~
Haha lepas tu Miera beli yong tau fu , taktau lah dia belanja ke apa sebab kitorang tak bayar pun dekat dia .
Kesian kau Miera hehe , anggap jela dia belanja okay :3
Aku plak taktau nak makan ais kacang ke yong tau fu .
Ah dua-dua aku belasah je , tapi aku ada instinct .
Aku "Balik nanti mesti sakit perut sebab campur yong tau fu dengan ais kacang"
*Moment of silence .
Hamboi kome dah jumpa makanan tak hirau apa dah -.-


Dah habis makan tu terus keluar nak hantar Mayra balik .
Huwaaa tetiba sayu , bila nak jumpa lagi ni ?
Memula ingatkan nak tangkap gambar lagi sebab sikit je gambar ada :(
So masa dekat parking tu test lah tangkap gambar .
Err taknak lah masuk gambar tu , dah macam keliwon haha .
So kami decide tangkap gambar dekat rumah Mayra nanti je :3
Tadaaaa ~
Inilah masa yang ditunggu-tunggu ! Haha ^-^


Dah taktau nak posing macam mana lagi , ikut dan jela ~
Next , wajib tengok .
For mok , nah Gwiyomi awak !

1 + 1 = Gwiyomi
2 + 2 = Gwiyomi
3 + 3 = Gwiyomi ! Gwiyomi ! Gwiyomi !
4 + 4 = Gwiyomi
5 + 5 = Gwiyomi
6 + 6 = Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Muah ! Gwiyomi !
Haha tudiaaa Gwiyomi untuk awak , walaupun keras je jari macam besi , tak lembut macam Nora Danish .
Semua dok tahan gelak , dah rupa apa dah Gwiyomi dalam kereta .
Nasib baik depan rumah Mayra haha :p


Weh korang thanks tau keluar dengan aku , wee happy ~
Promise tau nanti keluar lagi , raya maybe ?
Jelajah Klebang tau serbu rumah Dyyah and Marlia , eh Puncak Jelapang jangan lupa serbu rumah Ain juga !
Eh Meru 2B pun , rumah Yana .
Heh -.- Haha promise tau tau tau *paksa ni !


Motif ?

Sekian , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.