10 Disember 2011

Which one is yours ? (=

1) CINTA DARIPADA SYAITAN
Apabila sesuatu pasangan sedang hangat bercinta , kemudian keluar ber‘dating’ , saling berpegangan tangan dan akhirnya melakukan maksiat . Disebabkan itu , si perempuan tersebut mengandung . Oleh itu si lelaki TERPAKSA mengahwini si perempuan

2) CINTA DARIPADA JIN

Apabila seseorang lelaki itu mencintai si perempuan dan ingin ber’couple’ dengannya tetapi si perempuan itu menolak dengan sekeras-kerasnya kerana tidak menyukai lelaki itu . Oleh hal yang demikian , si lelaki membomohkan dan menyihirkan si perempuan itu sehingga perempuan TERPAKSA itu mengahwininya


3) CINTA DARIPADA ALLAH S.W.T.
Apabila si lelaki dan si perempuan itu berpandangan mata , tiba-tiba perasaan aneh timbul didalam hati dan menusuk kalbu antara mereka serta bermulalah bicara dari hati ke hati yang mengembangkan bunga-bunga kemesraan antara mereka . Selepas beberapa lama memendam rasa dan rindu , si lelaki terus meminang si perempuan sebagai permaisurinya dan si perempuan itu pun telah
bersetuju untuk berkahwin dengan rela hati , dan kerana Allah telah mempertemukan jodoh mereka . Maka berkekalanlah hingga nyawa bercerai jasadnya . Insya-Allah .

INILAH SYURGA CINTA ABADI




Allah swt hilangkan sekejap matahari
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis mencari matahari
Rupa-rupanya tanpa kita sedari
Allah swt hadiahkan kita pelangi yang indah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.