22 Ogos 2012

Kenapa wanita suka menangis ?

Assalamualaikum ! Hehe just nak share satu artikel ni .
Alyn terbaca dekat blog Aku Anak Pahang .
Tengok tajuk je terus baca artikel tu hehe .
So nak share la ni .
Antara sebab kenapa perempuan lebih senang menangis berbanding lelaki :


Luahan emosi yang ikhlas – Ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.


Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.

Sumber : Aku Anak Pahang

From me : Ada je lagi sebab lain tapi 3 yang atas ni yang paling betul especially kemarahan tu , Macam aku , aku tak reti nak mengekspresi kemarahan , last last menangis sebab tak reti nak marah -.- Memori tu biasalahh kalau terkenang something especially arwah abah :') and luahan ikhlas tu pun betul juga . And yeahh wanita memang perlukan lelaki bila menangis , gedik kan ? Haha lumrah , so pujuk pujuk la isteri , mak , kakak yang tengah menangis tu .

Sekian , thank you membaca .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.