2 Jun 2012

Kesempurnaan Fizikal

Assalamualaikum !
Apa khabar bloggers ?
Harap semua sihat-sihat saja ye , amin .

So , post ni agak serius lahh ye .
Bukan apa , just nak menegur sikap sesetengah manusia ni .
Sesetengah manusia yang err tak reti fikir agaknya .

Special post for sesiapa yang selalu ejek fizikal seseorang .
Teringat masa sekolah dulu , masa sekolah rendah .
Cikgu ada pesan , lebih kurang macam ni lahh bunyinya ;
"Kalau kamu marah sekalipun dekat seseorang tu , janganlah libatkan fizikal dia"
So agaknya korang dah tau lahh fizikal tu macam mana kan ?
Fizikal tu , apa yang kamu boleh nampak dekat seseorang .
Gemuk , kurus , warna kulit , cantik , kacak , hodoh dll .
*Tak merujuk kepada sesiapa .

Tak baik tau kalau ejek diorang punya fizikal .
Memanglah masa kamu cakap pasal fizikal dia tu , dia gelak or senyum or diam je .
Dalam hati dia , siapa yang tahu ?
Mesti dia menahan malu dan terasa .

Jangan jadikan fizikal tu penghalang dalam persahabatan .
Kalau korang berlagak sangat dengan muka korang , fizikal korang yang tak ada cacat cela tu , ingatlah sekelip mata je Allah swt boleh tarik balik apa yang dipinjamkanNya tu .
Sepatutnya korang bersyukur je dah lah , tak perlu nak bangga sangat .

Okay , senang cerita sebelum kata apa-apa tu fikir dulu lahh .
Atau pun bayangkan kalau kamu berada di tempat dia , fikir apa akan dia rasa .
Diorang tak minta pun nak jadi macam tu .
Kalau boleh minta , rasanya memang semua orang dalam dunia ni sempurna lah fizikal nya .

Ingat , semua yang kamu ada di dunia ni cuma pinjaman Allah swt semata-mata .
Elakkan daripada buat orang berkecil hati .
Elakkan cakap benda yang sensitif bagi seseorang .

P/s : Okay kalau aku ada tercakap pasal korang yang korang terasa tu , aku minta maaf . Tehee , aku selalu kata Alya , Husna , ET dengan Bella gemuk . Yang tu , sumpah main-main je . Korang tau sendiri korang tak gemuk kan ? Minta maaflah kalau korang terasa jgak . Ahha lagipun tak adalah aku berani kata orang macam tu depan-depan . 

Ehhe , terima kasih baca assalamualaikum .

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.....tuan hamba datang sini dari empayar yang jauh semata-mata mahu menjemput saudara/saudari
    dalam "Segmen: Trademark Blog Saya"
    harap tuan blog dapat hadirkan diri dan dalam masa yang sama dapat menjadi rakan dan readers patik (^_^)

    Salam selamat dari FR , assalamualaikum dan senyum ceria dalam ranjau meniti kehidupan.

    Direct Link -- Segmen: Trademark Blog Saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam . amboihh jauhnya -,- sure , i'll join :)

      Padam

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.