31 Mei 2012

Khasiat Buah-Buahan

Assalamualaikum !
Heh apa khabar semua ?
Hope sihat-sihat selalu , amin .
Saja nak share ni haa khasiat buah-buahan .
Buah je ? Sayur ? Err hee , aku tak makan sayur sangat .
Lalala ~
Heh daripada korang selalu makan fast food , why not banyakkan makan buah-buahan ?
So ni dia khasiat buah-buahan tertentu , tadaaa :

Buah Oren 
Buah oren mampu menjaga kesihatan jantung , penglihatan , pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser . Antioksidan yang terkandung dalam buah oren membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah .

Buah Epal
Buah epal boleh mencegah demensia , mencegah kenaikan berat badan , menurunkan kandungan kolestrol dalam badan , menentang kanser .

Buah Naga
Beta karotena dan vitamin C yang terkandung dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas . Buah naga kaya dengan serat larut dan serat tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan . Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu .

Buah Anggur

Mengurangkan risiko penyakit kanser , strok , penyakit jantung dan hilang ingatan , antipenuaan , antioksidan , antiradang , menjaga kesihatan kulit , mata , kardiovaskular , kesihatan gastrik , kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi .

Buah Pisang Kaki
 Buah pisang kaki ini boleh menjaga kesihatan penglihatan , melegakan sembelit , cirit-birit , hemoroid (buasir) dan antioksidan .

Buah Delima
 Istimewanya buah delima ni merupakan salah satu dari buah-buahan yang terdapat di syurga . Kulitnya jika dikeringkan kemudian dijadikan serbuk yang halus , dimakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut , menghentikan cirit-birit , menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi , boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya . Manakala bijinya menghalang kesukaran penghadaman .

Buah Mangga
 Buah mangga merupakan antikanser , mampu menjaga kesihatan penglihatan , membantu penghadaman , menjaga kesihatan kulit , membantu membaiki kesihatan seksual , berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas .

Buah Kiwi
 Buah kiwi berupaya membantu mengatasi insomnia , mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida) , membantu membaiki penafasan kanak-kanak (pendek nafas , berdehit dan batuk malam) , mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit , menjaga kesihatan penglihatan , kesihatan kolon dan kesihatan prostat .

Buah Pisang
 Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur) , antioksidan , mengawal tekanan darah , meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan , meningkatkan tenaga , menjaga kesihatan jantung , mengurangkan risiko kanser , melegakan cirit-birit dan juga sembelit .

Buah Pear
 Antioksidan , menjaga kesihatan kardiovaskular , antiradang , menjaga kesihatan jantung , menyembuhkan luka dan lebam , membaiki tisu , menjaga kesihatan penglihatan , menentang jangkitan , menyokong transmisi saraf , melawaskan perut .


So macam yang korang bacalah , kebanyakan buah-buahan baik untuk penglihatan .
Bukan buah-buahan yang dekat atas tu je yang berkhasiat , banyak lagi tak kiralah buah-buahan tempatan atau import dari negara luar .

Apa lagi tunggu , makanlah buah-buahan !
Sekian terima kasih , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.