13 Mei 2012

Ibu


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China Selepas gempa bumi reda , apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda , mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah . Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan , dan dua tangannya menyokong sesuatu objek . Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar , ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut . Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup . Walau bagaimanapun , badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia .

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya . Tanpa sebarang alasan , ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu . Sekali lagi , dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu .

Tiba-tiba , dia menjerit kegirangan , “Seorang kanak-kanak ! Ada kanak-kanak !

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati . Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya .

Jelas sekali , wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya . Apabila rumahnya runtuh , dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya . Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya .

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut . Selepas beliau membuka selimut , terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu . Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu , “Jika kamu boleh hidup , kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu .” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain . Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis . 
“Jika kamu boleh hidup , kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu .” 
Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya .

*So , rasanya semua ibu sanggup lakukan macam tu kalau benda yang sama terjadi . Harigailah jasa dan pegorbanan seorang ibu . Melahirkan kamu saja sudah merupakan satu pengorbanan yang besar buat ibu kamu kerana melahirkan anak digambarkan sebagai kesakitan yang kedua teruk selepas kematian .
**Selamat Hari Ibu buat mak saya , Pn Salbiah binti Ja'far dan kakngah saya , Pn Nor Faezah binti Mohamed Yusoff .
***Assalamualaikum !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.