5 Januari 2014

Thailand : Day 1

Assalamualaikum semua !
Hehe okay macam yang Alyn kata dalam previous post , Alyn nak cakap pasal Thailand kan ?
So kenapa dengan Thailand ?
Jom Alyn nak cerita .

Ingat tak 22 Disember 2013 yang lepas , ada kejadian bom or letupan yang berlaku di Danok , Thailand ?
Alyn taknak mention ada berapa letupan sebab tak sure , tapi letupan tu berlaku di depan Hotel Oliver , Danok .
So apa kena mengena dengan Alyn kan ?
Memang ada kena mengena sebab 23 Disember 2013 iaitu keesokan harinya , Alyn sepatutnya ikut mak pergi rombongan ke Thailand .
Actually taktau pun Danok tu dekat mana , tapi malam letupan tu kecoh la kata dua-dua pintu sempadan ke Thailand ditutup .
So malam tu memang Alyn berat hati nak ikut , padahal mak excited gila suruh Alyn kemas baju cepat haihh .
Serius cakap , malam tu memang tak tenang .
Tunggu je kot-kot ada orang telefon bagitau rombongan tu dibatalkan or tukar destinasi ke Pulau Langkawi ke , tapi hampeh ~

Untuk pengetahuan semua , rombongan ni anjuran Komuniti Tanjung Rambutan dan Persatuan Ibu Tunggal CEKAL .
 So ni aturcara rombongan tu , 4 hari 3 malam .
Malam tu masa belek-belek jadual ni baru perasan first day tu memang sepatutnya bermalam di Danok , emm bertambah cuak la Alyn .
 Kiri : Gambar yang gemuk di pipi , haha dengan border pass . Okay sebenarnya kalau nak masuk Thailand ni pakai border pass pun boleh tapi kena ikut syarat yang Imigresen Malaysia tetapkan . Contohnya , pemilik pas dibenarkan pergi **km ke Thailand dari sempadan .
Kanan : Duit yang mak tukar , Thailand main ribu-ribu weh sedap je dengar .
Roughly , RM100 = 1000 baht .

Okay skip cerita , 23 Disember 2013 tu kami terus tunggu bas di tepi highway berhampiran Tol Jelapang since bas rombongan bergerak dari Tanjung Rambutan so nanti bas berhenti jela dengan kereknya di tepi highway tu .
Ikut jadual pukul 7am bas gerak dari TR tapi , ... hmm pukul 9am baru sampai ambil kami .
Masuk je bas , Penghulu TR tu minta maaf semua .
Oh ye lupa bagitau , mak ada cabut undi untuk seat dalam bas dan kitorang duduk belakaaaaaang sekali haha tak kisah pun .
Masa dalam bas tu semua orang kena pergi depan kenalkan diri , pakai mic :3
*Lama tak karaoke haha .

Me : Assalamualaikum semua , nama saya Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff , asal dari Taman Meru 2C . Saya baru menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer di UiTM Seri Iskandar Perak . Saya merupakan anak bongsu kepada Puan Salbiah , tu yang cantik tu hehe . Terima kasih . 

Hikhik masa tu semua orang senyum , weee ~
 Semangat , ye ye je baca buku Ustaz Kazim tu .

Around 12.30pm kami sampai di Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk melawat dan paling penting , makan tengahari ! Haha lapooo .
Tapi sebelum tu kitorang dengar taklimat or ambil tau lah pasal daerah Kubang Pasu ni .
Selfie je mampu haha
Keadaan dalam bilik mesyurat tu , dah macam parlimen Alyn rasa haha .
 Meet mom and her friends :D
 Hee :)

Lepas lunch , solat dekat situ kitorang pergi HOMEOLAB .
Kawasan tu macam kilang produk bumiputra la .
 Menarik sangat , bangga dengan usaha diorang :)
Masa tu punyalah mengantuk , haha dapat coklat .
Abaikan segala 'salam' dekat wrapper tu .
Coklat ni pun salah satu produk HOMEOLAB , bagi Alyn sedap jugalah coklat tu .
Semua produk yang dihasilkan oleh kilang ni in sya Allah halal .

Lepas taklimat tu Alyn dengan mak beli produk dekat kilang ni , support babe !
Teh Tarik Tudya dan Examo .
Teh tarik ni memang sedap weh , hehe rasa macam dah addicted .
Masa ni beli 1 kotak dapatlah free 1 papan gantung tu dan 1 papan gantung tu dah habis .
Rasa sayang plak nak buka kotak tu , haha okay sambung .
Examo tu plak pil untuk merangsang otak , mak beli untuk Alyn suruh jadi lagi pandai haha tapi tak start makan lagi .
Tunggu start sambung belajar nanti in sya Allah Alyn makan .

Dari situ kami ke Jitra Mall ada perlawanan persahabatan bowling antara mukim TR dan KP .
 Lastly Alyn tak sure siapa menang haha , nak join juga tapi segan dan malas nak tukar kasut haha .
Lepas tu kami ke Changlun untuk tukar duit .
Masa ni Alyn tukar duit lagi , dapatlah 3000 baht untuk Alyn sorang weeee ~

Dalam pukul 8pm baru sampai sempadan .
Kami ikut pintu sempadan Bukit Kayu Hitam .
Masa ni nak cek border pass .
 Orang lain lancar je , masa kena cek pass tu .
Time Alyn je ..

Abang KDM : Lain je muka ni ? *padahal tak tengok pun muka Alyn*
Me : Emm gambar tu masa gemuk .

Ada-ada je lah , dah la tengah cuak nak masuk Thailand ni -_-

Dah masuk Thailand tu semua macam diam sikit , agaknya baru teringat bahaya yang mengundang .
Turun je bas untuk cek pass Thailand Immigration , terasa angin kuat .
Diorang semua cakap , .. "Wahh sejuknyaa , .. segarnya angin ni .."
Alyn plak cakap dalam hati , .. "Emm lain macam je angin sini .."
Suka ye pergi Thailand ? :)
Ni dekat Danok , Songkhla .

Dalam 1jam lebih juga baru sampai Hatyai dari sempadan , dan kalau nak tau memang akan lalu Danok kalau nak pergi Hatyai .
Sebelum turun bas , penghulu pesan lepas ni kita ikut jam Malaysia je which is 1 jam lebih awal berbanding jam Thailand so tak payah tukar masa jam tu .
Lepas tu kitorang pun check-in di Kosit Hotel , 2 orang 1 bilik so Alyn dengan mak di tingkat 6 .
 Bed and .. , emm seram tak langsir tu ?
 TV , peti sejuk .. not bad lah agak lengkap .
 Paling seram , bilik air .
Tetiba teringat semua cerita hantu Thailand yang ada scene dalam toilet .

Lepas letak barang tu , Alyn dengan mak cari restoran nak makan .
Alhamdulillah , senang je cari restoran Islam :)
Owner restoran ni pun boleh cakap Melayu , in fact ramai juga orang dekat Hatyai ni boleh cakap Melayu .
Rohana Restaurant :)

Kami beli bungkus je , malas nak ada dekat luar lama-lama .
Penatt ! Haha nasib baik restoran ni dekat je dengan hotel .
Lepas makan kitorang tidur , esok kena bangun awal weeee ~

... akan bersambung ..
Thank you baca !
Assalamualaikum !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.