18 Januari 2014

Thailand : Day 2

Assalamualaikum semua !
Hehe seperti dijanjikan , ni sambungan daripada previous post .
2nd day di Thailand , weeee ~

So pagi tu seperti diarahkan , kami kena turun berkumpul di lobi hotel pukul 9am waktu Malaysia .
So kami turun pukul 8am waktu Malaysia , breakfast dulu dekat kedai Muslim belakang hotel tu .
Oh ye , since tak ada orang dekat depan hotel tu Alyn ajak mak bergambar kejap muahaha .

So bermulalah perjalanan kami pada hari itu .
Mula-mula tu kami dibawa ke Nora Plaza .
Okay Nora Plaza ni macam gudang jualan yang besar , .. err nak kata mall bukan mall so gudang kot better .
Tour guide kami cakap barang kulit dekat sini semua original .
Well , korang memang akan jumpa banyak beg kulit or apa-apa je kulit sekitar Hatyai ni tapi belum tentu semua tu ori .
So alang-alang dah sampai tu , apa lagi kami pun shopping sakan lah !
P/s : Walaupun masih ragu-ragu dengan keaslian barang-barang tu , muahahaha .
So dekat sini Alyn beli beg untuk diri sendiri dan untuk bambam Alyn .

Tadaaa , hey of course lah yang depan tu beg Alyn heee .
Beg All Star tu memang macam lame , old-fashioned tapi bila bayangkan kalau dia pakai beg tu macam macho la plak hihi so beli juga .
Macam old-school la dia , hehe .
Tapi bila dah beli tu , tetiba terfikir macam mana kalau dia tak suka ?
Macam mana kalau beg tu bukan taste dia ?
Macam mana kalau dia taknak pakai beg tu ?
Emm okay abaikan .

Next , kami pergi ke gudang kacang (lupa nama) .
Dekat sini boleh beli pelbagai jenis kacang , manisan dan lain-lain lagi .

So Alyn dengan mak beli sorang satu bungkus kacang gajus untuk anak-anak mak .
Tak boleh beli banyak sebab ramai orang kirim .
Lepas tu ternampak seaweed tu terus teringat dekat Nia dan Adam yang suka sangat makan tu .
Haaa apa lagi , beli la satu bungkus tu untuk diorang .
Alih-alih Alyn terlupa beli kacang untuk bambam , pfffttt ~

So lepas tu kami teruskan perjalanan ke Thai House Honey Hadyai , tempat ni macam untuk proses produk berasaskan madu lebah .
Dekat sini kitorang dengar taklimat sikit , macam mana nak tau madu lebah tu asli atau tak .
Nak tau macam mana ?
Yeah keep reading , keep reading :)

*Cara-cara untuk tau atau cek sama ada madu lebah tu asli atau tak*
1. Mula-mula ambil 1 sudu madu , then tuang ke atas pinggan kosong . Masa tuang tu , angkat sudu tu tinggi-tinggi . Okay kalau string madu tu tak putus , maknanya madu tu asli . Tapi kalau string madu tu putus-putus , maknanya madu tu tak asli . Tak asli tu maknanya dicampur air atau gula merah atau bahan lain .
 Macam ni , contoh madu asli sebab 'string' madu tu tak putus-putus .

2. Aipp jangan buang madu atas pinggan tadi , kena buat lagi 1 ujian . Tambah sikit air dalam pinggan tu , biar bercampur dengan madu tadi . Goyang sikit pinggan tu bagi air tu kena semua madu . Okay kalau madu tu asli , madu tu akan kembali ke pattern asal dia macam dalam sarang or honey comb .
Macam ni , madu ni terbentuk macam dalam sarang lebah .


Sambil dengar taklimat tu kitorang dapat sorang satu gelas kecil air madu yang tawar sebab madu tu dah bercampur air .
Nama pun air madu , what do you expect kan ?
So lepas tu kitorang makan dekat Shah Alam Seafood (Muslim) Restaurant untuk lunch .
Haaa jangan ingat Selangor je ada Shah Alam , even Thailand pun ada tau hihi .
Lepas lunch tu , Alyn tukar duit lagi sikit sebab rasa macam tak cukup je heee .


Then kami meneruskan perjalanan ke Ice Dome Hatyai .
Untuk adult , tiket nak masuk tu berharga 300 baht .
Untuk bebudak plak , tiket berharga 200 baht .
Nak tau mana Alyn dapat tiket bebudak tu ?
Emm ada 3 orang budak ni minta tolong Alyn jaga since Alyn bawa masuk beg dalam Ice Dome tu -.-
Emm sebelum masuk tu kami diberi taklimat , alaa macam biasalah kalau ada apa-apa je mesti kena dengar taklimat kan ?
Diorang pesan sebelum keluar dari Ice Dome tu , switch off dulu any gadgets and phones yang sedang on .
Ke macam mana entah , apa-apa jela ~

For me , Ice Dome ni way better than Snow World dekat i-City tu .
Ice Dome ni laaaaagi besar dalam dia , dan replika ais tu berubah setiap tahun sebab diorang upah pengukir ais dari China untuk ukir ais ikut tema lain-lain setiap tahun .



Impianku untuk menjadi Cinderella jadi kenyataan ! :D
Ops ! I mean CinderAlyn , hehe ~

Haha kitorang cepat-cepat je tangkap gambar sebab sejuk gila weh !
Tambah-tambah Alyn pakai flat slippers je , haaa rasakan kesejukan yang mencucuk-cucuk tu !
Dah keluar tu , biasalah ada orang jual-jual barang kenangan semua .
So mak beli magnet ni untuk mak and kakngah .
Oh yes , peti ais dekat rumah memang penuh dengan magnet .
 
Dan oleh sebab Alyn degil , tak switch off baby tabby ni before keluar tu .. emm ni lah hasilnya ! -.-
Jangan salah faham , masa ni tak ada kabus or tak sejuk pun .
Effect dari kedegilan Alyn yang sememangnya degil hehe .
Mula-mula cuak juga , tapi sekejap je problem tu .
Lepas tu okay balik , heeee lega :D

Lepas dah sejuk-sejuk di Ice Dome tu , kami ke Chang Puak Camp pula .
Ada apa sini ye ?
Hee sini ada banyak gajah , boleh bagi makan or naik atas gajah .
Alyn tak naik sebab dah pernah naik gajah dekat Zoo Melaka masa sekolah hari tu , hehe so datang tengok je pun jadilah kan ?
Masa keluar tu nampak gambar ni , malas beli punya pasal tangkap gambar lain haha .
Masa nak naik bas plak , ternampak ada gajah dekat dengan tempat bas parking .
Weeee ~ Excited la juga sebab dekat gila heee .
Alyn rasa , orang jaga tempat ni patut jaga gajah-gajah ni betul-betul sebab nampak kebanyakan gajah dekat situ macam tak cukup makan , macam sakit pun ada .

Lepas tengok gajah , kami dibawa kembali ke tempat Ice Dome tu .
Actually , dalam kawasan tu ada banyak tempat lain yang boleh lawat juga .
So yang ni diorang nak bawa pergi naik cable car .
Tapi disebabkan ada yang pernah naik cable car tu cakap tak best , so Alyn dengan mak tak naik sebab dah pernah naik dekat Pulau Langkawi .
Alaaa Genting Highlands pun naik cable car juga , hee .
So Alyn jalan-jalan je dengan mak , kebetulan kawasan ni sedang sibuk dihias untuk sambut tahun baru 2014 .
Hehe untung sangat :)
Emm kesian mak terpaksa melayan Alyn , emm heee ..
Tadaaaa ~ Tengok , siap ada replika Eiffel Tower lagi haaa .
Kalau korang perasan lah , ada basikal besar dekat situ heee .
Okay sebenarnya nak bagi Nia jealous je heee .
Wishing you a very Happy New Year .

Pusing-pusing , tangkap gambar dekat sini balik haha .
 
Cantik kan diorang hias ?
Lagi cantik kalau ada Alyn kan ? Hee

Ececeee ~


Dulu kami susah , kerja bawa beca je ~
Tsk ~ Tsk ~

Dah puas bajet jadi photographer dan model dekat sini , kitorang pun bergerak ke Central Festival .
Central Festival ni mall terbesar di ... err taktau la terbesar di Hatyai or terbesar di Thailand or terbesar di Asia , heee .
Masa otw nak pergi tu ternampak universiti dekat situ , excited plak .
One of the best universities di Thailand .

Tadaaa , ni la Central Festival .
Emm besar gila wehh , serius cakap .
Sehari pun tak cukup nak jelajah satu mall ni -.-
Mau patah kaki wooo .
Dekat sini memang kitorang tak beli apa lah barang semua branded je , haihh .
So berejam la kami tunggu orang lain habis shopping , baru naik bas balik hotel .
Rasa macam tak patut je pergi mall tu masuk dalam agenda -.-

Balik tu kitorang makan malam dulu then tidur :)
Haaa baru ada lampu heee .


So guys , ni je hari kedua kami di Hatyai Thailand .
Tunggu next post tau , third day memang shopping sakan !
Hehe thanks guys for reading .
Assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.