4 Januari 2014

Doraemon di Malaysia !

 Assalamualaikum semua !
Haatchum ! *Blog berhabuk .
Haha okay tak lawak .

Baru-baru ni Alyn ada pergi Putrajaya and Nilai , hee rindu anak-anak buah katakan :3
Well , tak adalah baru sangat pun macam dah lama je ~
So hari Jumaat (lupa tarikh) balik kerja tu terus makan then kemas baju .
Dalam pukul 7pm gerak dari Ipoh to Putrajaya , rumah abang Alyn .
Sampai dalam pukul 10pm , wahh menjerit Copia tengok kitorang ! Hikhik rindu maksu eh ?

Esoknya abang suruh Alyn bersiap pergi KL , weeee ~
Budak ni buat apa entah dengan earphone tu , wiring agaknya .
Dia teman maksu bersiap kan ? :D

Haa okay dah siap , bhahaha .

Rupa-rupanya abang bawa pergi Viva Home Shopping Mall sebab ada event!
Event apa ? Jeng jeng jeng !
Doraemon 100 Secret Gadgets Expo ! Weee ~
Cehh padahal tak surprise pun kan ? -,-

Tiket beli dua je for me and abang , RM25 per person (adult) .
Copia free je , untunglahh .



 Haha gayat la tu :p
 Dia sibuk nak pegang Doraemon tu lahai ~ Haha .
 Alyn rasa abah Copia yang terlebih excited -_-
 Emm , tehee :D
Malu sebab ramai orang , hee ~
 Muka deme ni sepesen tau tak ? Haha
 Dia takut , sebab ramai orang kot haha .


Hehe Alyn share gambar , suasana dekat sana okay ? :3








 Penakut sungguh si Anis Sofea ni -.-

Okay sebenarnya ada lagi tempat dalam expo hall tu tapi ..
Bateri phone Alyn habis , aaaaa langsung tak ada gambar dekat dalam tu padahal dekat dalam tu laaaaaaagi best !
Terus cakap dalam hati ..
*Next time nak ajak Ikhmal si gemuk datang sini !
Serius sembang , agak berbaloi lah masuk .
Teringat segala memori pasal Doraemon ni .
Ada replika Giant tengah buat konsert , ada take-copter and yes anda boleh posing macam anda sedang terbang pakai bendalah tu , ada replika Nobita dekat rumah nenek dia , banyak lagi lah .

So dah keluar tu , ada lah game macam dekat fun fair yang pakai token tu .
Tapi biasalah , event macam ni mesti mahal kan ?
Satu token RM3 kot kalau tak salah .
Lepas tu adalah jual baju , ... segala macam souvenir la tapi macam biasa jugalah mahalnya haha .
Alyn dah belek dah t-shirt ni , cantik . 
Ala t-shirt simple ala ala I LOVE _____ tu .
Sekali harga dia RM60+ , terus letak balik haha .

So i bought a keychain for si gemuk .
Pergi mana-mana je tak lupa dia kononya hikhik .
Anyonyo couple keychain la konon ? Weeee ~
 Hikhik omey Nobita dengan Sizuka ^-^
 Magnet untuk mak dan kakngah , haha saja pilih yang kanan tu untuk kakngah .

So dah keluar dari expo hall tu , jalan-jalan la kejap .
Dekat bawah , ground floor tu SPEEDY ada buat promotion nak habiskan stok lama kot .
I saw a drinking bottle and  terus teringat dekat Adam !
Hari tu pergi Mydin kakngah beli botol air untuk Nia je sebab ingatkan Adam tak suka minum air dalam botol .
Sampai rumah terus berebut haha .
So Alyn beli 2 for RM10 kot , 1 biru 1 pink .
Yang biru tu untuk Adam , pink untuk Copia laa hehe coraknya sama je Tom & Jerry .


Balik tu rehat kejap then malam tu pergi rumah kakngah tidur sana plak hee .
Begitulah salah satu aktiviti yang Alyn buat masa weekends .


Sedikit info berkenaan event Doraemon 100 Secret Gadgets : I'm not a die hard fan or even a fan of Doraemon , tapi bila dah pergi tu rasa berbaloi lah . Bukannya tak pernah tengok cerita Doraemon , tipulah kalau tak pernah . Dulu setiap Sabtu pukul 7pm tengok NTV7 cerita Shin Chan lepas tu Doraemon kan ? Apa-apa info or gambar boleh tengok sendiri di Official Doraemon Malaysia Page atau Event Official Website . Sesiapa yang fanatik dengan Doraemon ni , err rasanya korang dah pergi kot kan ? Haha sesiapa yang belum pergi tu bolehlah ajak family or dating or sesiapa je pergi ke event ni .

Tempat : Viva Expo Hall , Viva Home Shopping Mall
Tarikh : 18 Disember 2013 - 23 Mac 2014


Sekian saja post daripada Alyn .
Ni hadiah untuk korang :*


 Hikhik terima kasih , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.