18 Oktober 2012

End on Part III

Assalamualaikum semua !
Apa khabar ? Sihat ?
Okay tak ada siapa jawab ..
Hehe setelah lama tak update panjang berjela , ni nak update sikit heheh .

Mula-mula nak cakap thank you dekat mokk Ikhmal Hariz sebab pinjamkan Celcom Broadband dia .
Eh pinjam ke ? Pakai laa , pinjam kena ganti --'
Maklumlahh YES4G aku dah kena potong hahaha , balik nanti baru bayar .
So tak perlu susah payah cari wifi dekat UiTM ni heheh .

So tak ada apa pun , just nak bagitau ..
Hari ni , 17 Oktober 2012 dengan rasminya aku menamatkan zaman semester 3 !
Weee ~ Tadi last payperr ~
Okay sem ni aku ambil 8 course termasuk koko .
Maknanya 7 paper la final exam ni -,-

Start dengan BEL311 - First day exam , hari Isnin 1 Oktober 2012 . Aku bangun pukul 630 pagi , dan bergerak ke DM6CS pukul 730 pagi . Awal gila kan ? Aku plak tu orang pertama yang muncul dekat fakulti haha . Tetiba je ada abg Bob (staf Unit AV) dekat situ , terkejut aku . Cehh siap nak belanja makan , ye ye je --' Paper BEL311 ni okay la , cuma aku tak ingat sangat format reference tapi aku buat je . Tapi aku rasa boleh je kot , taktau lahh . InsyaAllah lulus :D Carry mark plak taktau berapa , sir tak tampal pun dekat pintu bilik dia . Speaking test pun awesome dengan kawan-kawan yang selalu practice :)

Next ialah CTU211 - Eheh paper ni hari Rabu 3 Oktober 2012 . Ehm tau la kan aku ni jenis susah menghafal , hehe last minute plak tu kan . So aku baca macam tu jela , selak selak buku . Apa yang aku baca tu aku ingat la . And ada lahh ingat apa yang aku hafal untuk mid-term test hari tu , alhamdulillah . Tapi .. hahaha kebanyakan soalan yang jawab masa final test tu , aku buat teori sendiri je and jawapan tu banyak yang aku reka sendiri daripada mengikut fakta -.- Carry mark pun alhamdulillah agak tinggi . Berapa eh ? 36/40 kot :D Ouh yeah exam ni dekat DIAK .

Lepas CTU ialah CSC253 - Okay paper Multimedia ni hari Jumaat 5 Oktober 2012 . Multimedia ni pun sama je , banyak yang kena ingat . Err tapi okay je kot , eh entahlah . Aku jawab je , tapi taktau lah betul ke tak . Err sebenarnya ada je yang aku tak ingat and macam biasa , reka jawapan ikut kreativiti sendiri . Okay exam ni jawab dekat DSI dan sejuk tauu , masa ni aku duduk agak belakang . Hehehe :3

Seterusnya ialah paper CSC159 - Ehm CSC159 ni merupakan favourite course aku sejak sem ni , hehe sebab macam senang je sebenarnya . Eh takk , course ni aku repeat la . Last sem terasa susah nak mati habaq hang . Dah belajar kali kedua baru lahh tau --' Mana taknya , last sem course ni gabungkan 4 kelas . Aku plak selalu datang lambat , duduk belakang sekali plak tu memang main jela kerjanya . Selalu dapat wifi , main game , err kadang-kadang TERtidur hehehe . Tapi sem ni alhamdulillah terasa mudah hehehe . Sem ni aku selalu duduk depan , lecturer pun macam dah kenal aku , kadang-kadang suruh aku jawab soalan dia dekat depan semua . Hehehe okay laa :D Carry mark ? Hee alhamdulillah tinggi la jgak berbanding last sem . Kalau tak 40.**/50 . Then aku kira-kira balik ada satu test ni miss tersalah kira . Sepatutnya dapat 50/59 tapi miss tulis 44/59 . Perrghhh bukan 1 atau 2 markah .. 6 kot ! So dengan segera aku contact miss and jumpa miss . So kira-kira balik alhamdulillah carry mark pun naik 42.12/50 . Alhamdulillah :D Exam ambil dekat DSI hehe .

Lepas CSC159 ialah MGT162 - Haaa paper ni laaaaagi la 100% teori tauu , memang lemah lahh --' Dah la first class tak datang , so dari awal macam blurr je --' Tapi lecturer sangat gempak , hehehe suka cara dia ajar :D Tapi otak aku bab bab nak ingat fakta ni laa yang lemahnya . Hmm tapi alhamdulillah carry mark okay kot 29.1/40 . Pada aku dah cukup tinggi kot sebab kebanyakan test dan quiz macam biasa la teori aku sendiri , jawab ikut logik je :D Hehe exam dekat DM2CS petang . Sebelum exam tu call mak , cakap nak exam paper yang tak suka sebab banyak hafal . Then mak kata "Tak apa , adik buat jela yang terbaik . Mak selalu doakan adik" Aww terharu lahh mak :') Terima kasih makk , i love you muah muah ! :* 

Java here we comee CSC238 - Ahha programming aku ni biasa biasa je kot . Tak hebat dan tak lemah , haha . Lecturer okay je , cuma cara dia ajar bukan gaya aku --' Maaf puan , saya banyak main hee :D Carry mark okay je kot pada aku yang tak berapa hebat ni 29.*8/50 . Ahh pada aku kalau dah more than half tu okay laa . Cuma agak sedih sebab tak dapat nak betulkan puan tersalah kira markah kuiz saya :( Masa ni exam dekat DSI ehehe

Last payyperr ~ MAT233 - Haa ni paper paling famous di FSKM ! Calculus II ! Aku taktau lahh apa masalah dia dari last sem lagi suruh kami kami ni solve masalah dia . Woii apa masalah kau ? --' Carry mark sangat tak okay , 19.**/40 :( Tak sampai setengah pun . Sebelum paper Calculus dah study hard jgak la tapi apakan daya ada jgak formula yang aku tak ingat . Tapi nak buat macam mana kan , aku dah buat yang terbaik . Sekarang ni cuma berserah jela dan berharap tak repeat next sem . Perit wehh nak repeat ni , serik aku walaupun repeat CSC159 je sem ni . Doa-doa jela kita semua lulus paper ni okay , aminn ~

So dengan berakhirnya jawab paper Calculus II ni tadi , berakhirlah sudah semester 3 aku :) Nak cuak tunggu seminggu sebelum result keluar okay . Kali ni memang tak lahh nak aim Dean kan . Semua sebab Calculus II -.- So , semoga semua paper sem ni lulus . Aminnnn ~
Ehmm jangan la pandang rendah dekat kami ni . Course memang susah . Nak lulus pun macam nak mati , nak aim Dean ? Tapi ada je yang hebat-hebat dapat Dean . 

*Eheh nak buat penghargaan sikit . Di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua lecturer yang mengajar saya sem ni kerana bersabar dengan saya yang banyak main ni :D Terima kasih dekat kawan-kawan and terima kasih dekat Ikhmal Hariz si boyfriend yang sanggup tak tidur malam semata-mata nak kejut saya kalau ada kelas pagi , kuiz , test , final exam pun dia kejut --' Thank you yee awak , siap bagi semangat lagi wee ~ And sorry susahkan semua orang . Eheheh paling penting thank you dekat mak selalu sokong adik dan doakan adik hehehe :3

Aaaa saya sayang semua ! :')
Sekian terima kasih :D

2 ulasan:

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.