9 Jun 2013

Wishlist : Driving Licence

Assalamualaikum semua !
Hehe lama tak jumpa :3
*Pernah ke jumpa ?
Wahaha tengok tajuk , korang boleh teka kan ?
Tak boleh eh ? Okay tengok wishlist Alyn dekat sidebar tu .
Checked dekat DRIVING LICENCE kaaan ? Weeeeeee ~
Hehe jom Alyn story dekat korang :D

Lepas dah lulus test JPJ hari tu , pakcik bawa Alyn pergi JPJ hari Jumaat lepas .
Pukul 7.30 pagi lagi Alyn dah tunggu pakcik dah .
Lepas ambil Alyn pakcik hantar makcik pergi kerja dulu .
Then baru pergi JPJ , weeee ~
Pukul 8.15 pagi kot sampai JPJ .

Dah sampai tu pakcik suruh keluarkan test card , gambar , lesen motor yang baru kompeten tu dengan duit siap-siap nanti tak payah nak kelam kabut dekat kaunter tu .
Around 8.20 pagi tu Alyn ambil nombor giliran .

 
Tengok baru ada 3 orang je kot masa tu , ye lah awal lagi kan ?
Tengok 1 kaunter je buka , kaunter lain semua tertera "MAAF GANGGUAN TALIAN KOMPUTER" tapi Alyn abaikan je sebab tak faham maksudnya apa haha .
Ke sebab excited sangat sampai dah tak hairan pasal benda lain . Eh ?

Sampai je giliran Alyn terus pergi kaunter tu .
Lepas tu dia bagi borang permohonan lesen memandu *lupa tangkap gambar haha .
Lepas dah isi tu Alyn ambil nombor giliran baru .
Lepas tu diorang semua kecoh cakap permohonan or apa-apa yang berkaitan dengan lesen P tak boleh buat sebab gangguan talian komputer tu la -.-
Rasanya JPJ seluruh Malaysia mengalami masalah yang sama .

Pukul 9.20 pagi tu Alyn mesej pakcik suruh balik dulu .
Kesian plak pakcik kena tunggu sorang dekat kereta .
Alyn balik dengan bas je , lagipun nak dating dengan Mayra plak :3
Masa tu JPJ dah penuh dah , ramai yang pegang test card tu .
Means diorang pun nak mohon lesen baru lettew ~
Nasib baik Alyn antara yang terawal , heee .
10.00 pagi kakak kaunter 6 panggil minta test card Alyn .
Dia cakap nak pakai sistem lama ke apa benda entah la .
15 minit lepas tu dia panggil nama .
Eh dah siap ? Yeayyy ! Kena RM35 sebab combine dengan lesen motor .
Selama ni Alyn terfikir , lepas ni kena tampal P balik ke dekat motor sebab nak combine lesen motor dengan kereta ni ?
Ouh tak apalah kalau kena tahan tunjuk lesen kompeten motor je .
*Monolog ~

Tetiba .. jeng jeng jeng !

Seeeeee tak ada P ?
Oh my God , happynya sayaaa weee ~
Masa keluar dari JPJ tu sengih sorang-sroang pergi bus stop haha .
Terus kompeten wehh , alhamdulillah .
Baru lulus test JPJ 2 hari , tak payah tampal P dekat kereta weee ~
*Bajet ada kereta -.-
Mula-mula tu ingatkan kakak kaunter tu tersalah buat lesen tu .
So Alyn call pakcik nak confirmation .

Alyn : Pakcik , Alyn nak tanya ni . Kan lesen tu , Alyn dah buat dah . Dia terus kompeten eh ? Bukan lesen P ?
Pakcik : Hah Alyn dekat mana ni ? Dah dapat ke lesen tu ?
Alyn : Ha ah dah dapat dah , tengah tunggu bas . Nak tanya je ni pakcik , Alyn terus dapat lesen kompeten eh ? Tak ada P ?
Pakcik : Hah memang lah .
Alyn : Ouh ingatkan lesen P , hehe okay pakcik tu je nak tanya .

Weeee ~ Tak sia-sia Alyn ambil lesen motor lama dulu .
Maybe sebab P motor dah habis , so terus kompeten hehe .
Weee motor dengan kereta tak payah P dah ~
Lepas tu Alyn tunggu lah bas , dah janji jumpa Mayra dekat Medan Kidd .

Dah sampai Medan Kidd , mak aihh lambat plak bas nak pergi Jusco Ipoh ni .
Padahal bas pergi Station 18 dah 2 dah berlepas -.-
Nak aje naik bas tu , eh ?
Haha 15 jam kemudian baru bas tu datang , uuu Perak Transit lagi :3


Dah sampai JJ tu terus cari makan :3
Lapar weh ! -.-

Om nom nom nom
Spicy Chicken McDeluxe tak habis , then menyesal tak bawa balik :(

Lepas makan , tadaaaa shopping time ~
Mula-mula pergi keluar duit dulu , hehe .
Memandangkan Alyn rabun , so terfikir nak beli contact lens yang ada power .
So masuklah kedai , orang tu kata lens yang tak ada power or ada power harganya sama je .
So Alyn pun cek la mata sebab nak tau power berapa , tau Alyn rabun sebab dah 2 kali cek sebelum ni cakap Alyn rabun dengan power yang agak kuat .
Tapi orang kedai tu kata Alyn rabun biasa je , power 20 macam tu je .
Pfffttt nampak sangat yang dulu tu nak pancing Alyn buat spec -.-
So Alyn beli yang tak ada power , warna Hazel dah habis so ambil yang Brown jeee -.-


1 - RM35
2 - RM70
3 - RM100

Okay 1 je cukup :3 Haha .
Then masuk The Body Shop plak , oh yeahh tengah sale !
Beli perfume and cologne sayaaaaaaaaa ^-^


Weee Vanilla sayaaaa ~
Sukanya dapat beli Vanilla ni , bau dia soft sangat-sangat !
Awww dah lama tak bau , last pakai .. err beberapa tahun lepas .
Lepas tu pakai perfume Vanilla Soft Musk beli dekat Avon tapi tak best sebab tak tahan lama -.-
Satu botol besar tu tahan berapa bulan je -.-
Produk The Body Shop ni in syaa Allah tahan lama .
Errr boleh percaya ke ? Haha entah taktau :3

Lepas tu baru meneruskan misi utama iaitu cari earphone .
Ahah susah sikit nak cari earphone ni , Alyn tak nak earphone design baru .
Nak design lama tapi susah nak cari sebab design macam tu memang dah tak keluar dah .
Kalau ada pun , tak padan dengan phone Alyn .
Tak pun , tak ada mic hmm :(
So Mayra cakap cari dekat Ipoh Parade plak , okay .
Tunggu bas pergi Medan Kidd balik .

Dari Medan Kidd naik bas pergi Ipoh Parade plak .


Patutnya dapat 2 je , uncle tu bagi 3 .
Okay tak apa , bukan kena bayar lebih pun .

Sampai je Ipoh Parade terus cari earphone .
Yeayyy jumpa ! Warna putih plak tu dan ada mic ~


Curang sekejap , kantoi 'For iPhone' di situ -.-
Dia bagi 2 pilihan je , both original .
Yang atas tu dengan lagi satu ada button dekat mic untuk answer call .
Tapi yang lagi satu tu RM69 kot .
So Alyn test yang atas tu , wuhuu dah okay dah .
Alyn minta murah , dia bagi RM45 .
Okaylah tu , bukan senang Cina nak bagi murah .
Racist ! Racist ! Haha . Tata duit ~

Malangnya balik tu , nak gayut dengan mok tak boleh sebab tak detect mic hmm :(
Masa beli tu , Alyn test dengar je tak test cakap .
Okay tu memang gopoh namanya -.-
Ingat nak jual balik dekat orang lain tapi sayaaaaaang sebab cantik :(
Haish tengoklah kalau jumpa yang lain , baru jual yang ni -.-

Okay tu je nak cerita .
Sebenarnya nak cerita pasal lesen tu je , hewhew .

Sekian , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.