23 November 2013

Pos Malaysia

Assalamualaikum semua .
Huwaaaaa lamanya tak update blog ni ! :(
Kesian dah berhabuk dan berdebu dah , haha .

Okay seperti yang dijanjikan dalam previous post , come come Alyn nak cerita pasal pengalaman kerja ni .
Alhamdulillah kerja semua okay je , yela duduk office je kan ?
Memang kerja sebegitu yang Alyn cari , kerja office senanglah hihi :D
Tapi , walaupun duduk office relax je perhhh penat dia kemain .
Dah macam kerja KFC dulu je haha .
Kalau balik kerja tu , mandi makan terus tidur .
Tidur paling lewat pun pukul 10.45pm haha .
Pukul 11pm tu kira lambat dah tu .
Emm , macam orang tua kan --'

Kira dah 2 minggu lebih la Alyn kerja dekat sana ,  sikit lagi nak cukup sebulan hihi .
Lepas seminggu kerja tu , ada satu hari Jumaat ni semua staff diminta berkumpul dekat satu tempat tu .
Dekat situ , semua wakil dari department diminta bagi info la pasal department masing-masing .
So , masa wakil dari Bahagian Sumber Manusia bagi info , Alyn diminta perkenalkan diri .
Emm , cuak lah juga . Gulp !
Terdetik dalam hati 'Apa aku nak cakap ni' dah gelabah dah masa tu haha .

"Assalamualaikum semua . Nama saya Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff , baru habis belajar di UiTM Seri Iskandar jurusan Diploma Sains Komputer . Kerja sini kejap je , 3 bulan sampai bulan 2 nanti . Emm tu jelah , terima kasih"

Dah habis cakap tu , Alyn sumpah-seranah diri sendiri hahaha .
Mulalah terfikir , kenapa tak cakap macam ni ..
"Minta semua beri tunjuk ajarlah dekat saya .." ke apa ke , adoiiiii -_-
Tak apalah benda dah lepas , dah malu dah pun haha .

Seminggu lepas tu , Jumaat datang lagi .
Macam biasa , semua staff diminta berkumpul di tempat biasa .
Kali ni semua staff diminta cakap je apa-apa , info ke apa .
Sudah , mampus aku nak cakap apa plak ni .

Sampai dekat Alyn , Alyn cakaplah memang taktau nak cakap apa .
Then diorang suruh bagitau macam mana kerja sini .
"Emm kerja sini okaylah , tapi walaupun kerja office , rasa penatlah"

Tu je aku cakap , emm rasa nak tampar diri sendiri haha.
Lepas tu baru terfikir nak cakap macam ni ..
"Sebenarnya semalam birthday saya dengan makcik saya , Pn Saodah . Ingatkan nak sambut sama-sama tapi macam yang semua orang tau , dia tak sihat ambil MC 2 hari kan so cancel la . Hihi"

Okay benda dah lepas jangan dikenang .
Haha kerja Alyn biasa-biasa je , kena key in info dalam sistem tu je .
Tapi serius la , penat kemain .
Sejuk pun bukan kepalang haha .
Okay tu jelah nak cerita pasal kerja , tak ada apa sangat pun hee :D

 First day kerja , hehe :)

 Hihi ni meja and PC Alyn :D

 Second day , hoho .

 Okay Alyn masuk office memang bukit ni dah ada , semua ni Alyn kena key in -.-

 Third day , emm dah tembam :3

Menu lunch setiap hari , nasi lemak daun pisang haha .
Setakat ni tak jemu lagi la .
 Tau tak game , gambar kanan tu ?
Tu Alyn main bila nak rest mata , haha .

Emm ni yang akan terjadi bila intranet office tak ada line haha .
Mula lah rasa nak meluahkan bakat terendam -.-

Okay tu jelah nak kongsi pasal kerja , yeah i know 'BORINGGG'
Haha tapi baca juga :p
Haha thank you sudi baca .
Assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.