24 Jun 2019

Si Gigi Besi

Assalamualaikum and hello peeps!
So today kita nak share pasal braces yakni si besi pada gigi kita ni.

Family & kawan-kawan mesti perasan gigi aku macam mana.
Gigi atas belah depan tak rata and gigi bawah berterabur so aku nekad nak betulkan gigi ni sebelum kahwin.
Sebab apa?
Nak senyum nampak gigi masa kahwin nanti hehe.
So aku pun mulalah survey dentist and klinik gigi yang ada braces dengan harga murah.
Biasalah Google "Braces murah Ipoh" hahaha kau rasa Google nak bagi jawapan yang tepat ke?
Memang taklah kan, so kena survey.
Kebetulan ada sorang kenalan baru pasang braces so aku tanya dia buat di mana, dia buat di Klinik Pergigian Dr Fadzli @ Meru Raya which one of my klinik yang aku survey and sedang consider.


Kad appointment klinik

So aku pun pergilah terus ke klinik tu, tanya terus.
So untuk gigi aku (atas & bawah) total RM4.5k.
Maka aku pun terus setuju (malas nak survey lain) plus, lokasi sangat dekat dengan rumah so senang nak pergi monthly appointment nanti.

So mula-mula doktor minta untuk aku cabut 4 batang gigi, 2 atas dan 2 bawah supaya nanti cantiklah kejadiannya so aku pun cabutlah.
Mula-mula cabut 2 batang dulu, selang sehari kemudian baru cabut yang lagi 2 batang.

Beginilah rupa lepas cabut gigi haha
Okay so ramai jugak yang tanya sakit ke tak cabut gigi tu.
For me masa cabut tu tak sakit langsung sebab doktor cucuk bius dekat gusi sebelum cabut.
Cuma rasalah macam ada benda yang ditarik keluar dari gusi, nampak pulak doktor tu dok tolak spanar tu ke atas bawah.
But, menjelang malam, barulah terasa sakit, makin lama makin sakit.
So aku makan Ponstan (ubat tahan sakit) yang doktor bagi then terus tidur.
Esoknya bangun memang rasa lega, dan tak rasa sakit sangat dah.
So tibalah hari yang mendebarkan, pasang braces.
Honestly aku takut sebab baca pengalaman orang lain macam menyakitkan, so bila kena dekat diri sendiri terkejut jugak. Sebab apa?
Lah tak sakit langsung. Sorry aku bukan nak brag tak tentu pasal.
Pemasangan braces tu memang tak menyakitkan lah.
Doktor cuma tampal besi pada gigi, and then letak dawai, lepas tu letak getah.
Proses ni makan masa sikit, so better datang awal sikit.

RIght after pasang braces!
Jadi bermulalah episod tunjuk gigi masa tangkap gambar hahaha.
Sebab kalau senyum tutup mulut rasa tak selesa bila braces tu terkena bibir belah dalam.
...
...
...
So sekarang dah almost 2 tahun aku pakai braces ni, dan nampak gayanya macam lama lagi je nak pakai.

Dah habis bayar :p

Dari zaman sebelum tunang, sebelum kahwin, sebelum mengandung dan sebelum ada anak sampailah sekarang masih belum tanggal braces tu hahaha.


Jadi bagi sesiapa orang Ipoh yang tengah survey klinik nak pasang braces boleh consider Klinik Pergigian Fadzli, terletak dekat Meru Raya berhampiran Petronas.
Doktor pun jenis peramah, staf semua friendly.
Last time aku tanya, doktor ada buat promotion pemasangan braces dengan deposit cuma RM500.
Korang cubalah tanya, mana tau promotion tu masih ada hehe.

3 Januari 2018

Aku Tunggu Dia

Perghh tajuk tak boleh blah!
Hahaha assalamualaikum dan hai semua.
Ye tahuuu berhabuk dah sini hahahaha last update bengang dengan member?
Kahkahkah abaikan.

Sekarang ni banyak benda aku nak update.
Of course it's gonna be my 2017 life!
Bad things or good things, whatever happened in 2017 stays in 2017 okay?
It's just that i want to share some of my happy moments with you guys.

Start from jobless, braces, engaged??
What??

Yeah that's what i mean.
Sometimes i feel that my life was fast-forwarded.
After all, i feel blessed.

So yeah, stay tuned for my 2018 comeback!
Haha!

Oh yeah the tajuk?
I am actually waiting for my Mr Fiance tengah tunggu konkrit tu huhu take care gemok!

29 Mac 2015

Dinner MMCS UiTM Jasin 2014 Part III

Assalamualaikum!
Daaaaaan dah sampai pun ke post terakhir ni.
Eh bukan untuk blog ni.
Post terakhir untuk cerita ni je hehe.
Siapa yang tak baca lagi post yang lepas, klik sini!

Okay post sebelum ni kita tengok gambar dekat red carpet kan?
Ni kita sambung bergambar dekat photobooth.
Jom!



Ni jela classmate yang sporting join event sana sini.
Yang lain ada yang dah pupus, busy, dan ada hal.







Aweks kelas M3CS2534B


Haha so macam mana?
Bosan?
Buat classmate, sila bagitau kalau ada gambar tak senonoh ke atau gambar korang yang korang tak suka ada dekat blog ni.
Thank you sudi singgah dekat blog ni walaupun membosankan.
Tapi hey, siapa suruh tengok sampai habis kan? Hehe

Anyway, tunggu post akan datang okay!
Taktau lagi nak cerita pasal apa tapi tunggu jelah.
Haha assalamualaikum.