10 Ogos 2013

Anugerah Syawal

Assalamualaikum .
Hello Keekers
Eh tersilap plak , bhahaha okay tak lawak .
*Krik krik kriiiik
Apa khabar semua ?
How's Eid ? Hehe ada yang beraya dengan tangan berbalut ?
Alololo shianyewwww , padan muka hang p main meghecun buatpa ?
Terok beno bunyi Alyn kalo cakap utagha ni --'
Dah Perak sejati , Perak pior --'

Anyway , semoga semua dapat menyambut Aidilfitri tahun ni dengan gembira di samping keluarga tercinta , sanak-saudara , kawan-kawan mahupun bersendirian .
Tapi jangan plak kita lupa kepada semua yang bertugas demi negara ni .
Askar , polis , TNB , TM , dll .
Kalau nak senaraikan memang panjanglah post ni .
So apa-apa pun jangan dilupakan insan-insan yang tak dapat beraya tahun ni .
Juga jangan dilupakan kepada hamba Allah yang telah kembali ke alam yang lagi satu tu .
Al-Fatihah buat arwah abah , arwah kak Teha dan semua yang telahpun pergi meninggalkan kita .
Kak Teha tu , Mantan Interim Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak 2012 meninggalkan kita semua sebelum Ramadhan tahun ni semasa sedang menjalankan latihan praktikal .
Jadi jagalah diri masing-masing okay , maut tak kenal usia :')

Okay kali ni mestilah nak cerita pasal raya ! Hehe :D

SYAWAL 1ST
Bangun pagi terus seterika baju raya , mak aih lama beno iron nya .
Biasalah kain cotton , tebal plak tu memang susah nak hilang kedutnya .
Last-last , lambat sangat mak tinggal Alyn dekat rumah --'
Mak pergi dengan kakcik and abang AP je solat sunat Aidilfitri .
Mak dah nak balik rumah dari solat baru siap iron baju , sengal betul .
So kami breakfast lemang , wohoooo ~
Lepas makan kakyang suruh siap . Cer teka pergi mana ?
Pergi tangkap gambar ! Haha --'

Start dengan sesi bermaaf-maafan bersama bonda , kakyang dan kakcik .
Abang balik Pahang , kakngah balik Dungun :3


Bila tengok balik gambar ni , rasa macam akad nikah plak hehe .
In syaa Allah satu hari nanti dengan mok , amiin ~


 Kan ? Macam nikah kan ? :p
*Mood gatal :D


 

 Maleh nak edit , buang red eye tu --'


 Rehat kejap , selfie sikit :p
Lulz


Hehehe bukan selalu meregek time raya ni -.-


 Taknak kalah :D
Hee gambar semua edit , biasalah nak cantik .
Taknak cantik original , nak cantik edit !
Eh kejap tak habis lagi .




 Bhahaha okay enough is enough .
Oleh sebab raya tahun ni baju sama warna dengan mok tu , Alyn suruh lah dia tangkap gambar hehe .
Tapi susah sebab tak ada siapa sudi tangkap gambar dia haha .
So ni jela yang ada :D



 Kena besar sebab ada 1 je --'
Agak sakit mata lah juga , ni pun dah edit .
Anyway , i'm so so so so happy sebab baju sama kuning weee ~
Sama dengan ayahanda Dato' Sahol Hamid :)

Lepas sesi bergambar , tidur je tak pergi mana pun --'

SYAWAL 2ND
Hari ni pepagi dah bangun , terus siap pergi rumah mertua kakyang di Kg Ara Payung , Batu Gajah .
Perhh makan mi kari weh , hehe sedap !
Lepas tu ingatkan nak singgah rumah paklong belah abah tapi tak ada di rumah so terus ke Taman Hijau , Batu Gajah juga rumah kakak arwah abah , anyah .
Anyah or panggilan asalnya makngah tak ada dekat rumah masa tu .
Ada pakngah je tunggu siapa entah .
Anyah dekat rumah Da (adik abah) dekat Batu Gajah juga hehe .
Alhamdulillah dapat minum air zamzam , pakngah bagi .
Deme baru balik dari umrah :)
Lepas tu kami terus ke rumah Da .
Sebak tengok Da , hmm .
Bukan sebak apa , muka Da sebiji sama macam arwah abah :/
Dekat rumah Da kami makan laksa plak hehe untunglah kan ? :p
Lepas tu kami balik . Eh sebelum balik kami beli makan bungkus .
Lapar plak masa nak balik tu --'


Domino's Pizza ! Hehe

SYAWAL 3RD
Hari ni lagi pagi bangun .
Pergi mana plak ? Haa



Kami ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya , kubur arwah abah .
Tu yang ada miaw tu , entah mana datangnya hehe .
Mula-mula dia datang tu Alyn macam nak marah sebab dia lalu atas kubur tapi mak buat taktau je Alyn pun diam jela .
Miaw tu teman abah kot hehe :')

Lepas tu kami terus gerak ke kampung belah mak plak , Sitiawan .
Ni gambar dekat kampung :D





 Jubah ? Yes , first time pakai tau ! Hehe :p
WhatsApp dekat mok , dia kata nampak baik dan manis .
Alyn tercari-cari dimanakah manisnya tu ? Lol --'

So hari ni mok tu plak pakai kemeja kesayangan dia tu , sama biru plak lah kononnya .





 Oleh sebab tak ada siapa sudi tangkap gambar , dia tangkap sendiri depan cermin .
Haha comel je --,


Tadaaa ! Itew cukew pix niey !
Hehe gambar ni nampaklah ikhlas senyum dia tu and tak gelap macam gambar lain hehe :p
Terasa sweet bila berjauhan tapi pakai baju sama warna :) hehehe

So overall tahun ni , errr not bad lah .
Duit raya makin sikit dapat tapi alhamdulillah still ada hehe :p
Oleh sebab bosan je duduk rumah , ni lah kerja Alyn .
Edit gambar je kerja .


Suka gambar ni , nampak bajet sikit :p


Eh ni bukan penutup , penutup yang bawah ni :)


Kami penyimpan mohor besar Raja-Raja Melayu .. krik krik .
Haha kami nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin especially kepada beberapa orang ex Ikhmal yang Alyn pernah gaduh tu , kepada kawan-kawan yang mengenali Alyn , Ikhmal ataupun dua-dua sekali . Halalkan semua yang pernah kami terima , kalau kami ada hutang bagitau . Kalau kome plak yang hutang dekat kami , bayo cepat tengah kering poket ni --' Eh serius lah .. hehe okay minta maaf ye . Kalau boleh malas nak gaduh dah , so behave okay .

Ikhlas daripada : Ikhmal Hariz bin Ahmad Jamil & Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff dan keluarga . Eh ?

Pesanan ikhlas untuk mok daripada penaja : Selamat Raya Aidilfitri ye sayang , maaf zahir dan batin . Awak tau , orang banyak buat salah kan ? So harap dimaafkan . Hey , ni kali kedua tau kita raya bersama . Hee rasa sekejap je kan ? So awak ready tau , lepas ni berapa kali raya je then kita start raya sama-sama ^-^ hehe if you know what i mean lah kan :p Awak , jangan lupa doakan jodoh kita berkekalan tau awak , aminn :)

PS I LOVE YOU
Eh tak , sebenarnya nak PS JANGAN LUPA DUIT RAYA bhaha :p
Okay guys , salam Aidilfitri .
Thank you , assalamualaikum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.