8 Ogos 2013

He Meet 'Em !

Assalamualaikum .
Hey guys ! Apa khabar semua ?
Ni mesti semua dok sibuk beraya kan ?
So ...

First of all , Alyn nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , maaf zahir dan batin :)

Okay ni post tertangguh ketiga , haha .
Nak cerita pasal mok mok ni jumpa .. jeng jeng jeng !
Jumpa siapa ? Meh Alyn cerita meh :)

Mula-mula Alyn plan nak berbuka dengan kawan-kawan sekolah iaitu Psycho .
So dah plan-plan semua , yang macam confirm nak join cuma Farie dan Mayra .
A bit frust , tapi tak apalah jadilah bertiga pun .
One day , mok tu cakap nak turun Ipoh .
Alyn pun apa lagi , happy kemain ~
Tapi berbelah bahagi .. err nak berbuka dengan siapa .
Ingatkan nak berbuka berdua je dengan mok tu , ehm sweet lah kononnya .
Tapi nak berbuka dengan Psycho juga ... and nak berbuka dengan mok & Psycho juga --'
So Alyn terus contact semua Psycho di facebook , and suruh Mayra buat group chat dekat WhatsApp so that senang nak contact .
Tapi tak semua ada WhatsApp kan , so kitorang bincang dekat WhatsApp dan facebook group .

Tetiba semua cakap free , boleh join .. blabla and i was like ... woahhhh that iftar event is gonna be AWESOMEEEE !
Plan baik punya , siap buat research lagi nak berbuka dekat mana .
Tak silap Alyn masa tu hari Isnin , minggu ke-3 Ramadhan .
Semua .. i repeat SEMUA cakap CONFIRM join .
So masa tu memang dah confirm 10 orang iaitu Alyn , mok , Farie , Mayra , Miera , Yana , Aen , Marlia , Dyyah dan Cumy (boipren Dyyah) .
Happy sangat masa tu , sebab sejak dari 2008 kitorang berkawan tak pernah hangout sekali .
Mesti ada yang tak boleh keluar la , jaga adik la , .. blablabla .
Tapi kali ni ... hmmmmm best ! Hehe :D

So Alyn plan lah baik punya lah , makan vogue mahal sikit tak apa !
Bukan selalu .. eh tak pernah pun berbuka dengan deme ni --'
Booking tempat makan , checked !
Transportation err , checked !
Time arrangement haa , checked !
Senang cerita semua dah settle la --'
So , .. tibalah masanya ^-^
Hujung minggu tu ..

Pagi tu .. err pagi ke .. ?
Pukul 1 petang , Alyn pergi ambil kereta sewa .
Eh lupa cakap , Alyn masa tu dekat kampus UiTM Seri Iskandar .
Ouh yeah , Alyn selalu sewa kereta dekat GM Aliya Car Rental .
Situ murah , kereta semua okay .
Memang setiap kali keluar , situ jelah Alyn sewa :3
Dah ambil kereta sewa , Alyn tunggu mok tu dekat 7Eleven Sidec .
Mok tu gerak awal pagi dari Putrajaya Sentral , masa tu dia nak sampai dah dekat Gopeng dah haaa punyalah Alyn excited !
Hehe macam 50 tahun tak jumpa dia ^-^

Dia dah sampai tu terus gerak pergi Ipoh , wee Alyn drive !
Heyy of course lah manual , Perodua Viva putih yang smart !
Dah sampai Ipoh pergi ambil Mayra dulu , then pergi Jusco sekejap lepas tu ambil Aen plak then balik rumah kejap ambil buku Java .
Heh sem ni ada belajar sikit OOP dalam Programming Paradigms , Alyn dah tak berapa ingat dah --'
Mak bagi agar-agar santan pandan oyeah !

Then terus ambil Yana , Yana naik kereta Miera .
Lepas tu ambil Farie plak , naik kereta Miera juga .
Lepas tu pergi Ipoh Parade sat deme nak beli barang .



Terus jumpa Dyyah and Cumy dekat sana .
Marlia ? Err .. dia dekat Seremban masa tu hmm .
Dah nak dekat pukul 7pm tu kami terus konvoi 3 kereta ke ..
Pergi mana weh ? Jeng jeng jeng !
SHABU SHABU IPOH wohooooo !
Masa sampai tu cuak juga kot-kot nama Alyn tak ada ke apa kan ?
Dah terfikir backup plan nak berbuka dekat mana plak hehe .
Tapi nasib baik ada , alhamdulillah .
So kitorang pun masuklah , tapi meja outdoor sebab dalam tempat aircond dah penuh .
Ahh jadilah , tak kisah pun haha .
Masa ni Shabu Shabu buat promotion Ramadhan , seorang RM31 .
Makan je banyak mana kome nak , asalkan habis !
Bila dah berjumpa ramai-ramai ni , .. apa lagi photoshoot la weh !


Ni baru first round , hehe ~



Miera & Dyyah :)


Fae dan Dyyah & Dyyah dan CumyDyyah & Cumy - Lama dah korang kan ? Aku doakan korang kekal sampai ke akhir hayat , amiiin ~



Sahabatku , ceeee ~ Hee semua cantik-cantik ^-^



Ni kerja Fae ni --'


Gambar ni goyang sikit .
Tengok yang ni ..


Berdiri dari kiri : Alyn , Miera
Duduk dari kiri : Dyyah , Aen , Farie , Mayra , Fae

My sayangs dari SMK Tarcisian Convent ! Wehhh aku sayang korang tau tau ! Sama-sama doakan persahabatan kita kekal sampai Jannah okay babes ! Aminn :)
*Since 2008 :) So long ..

Eh tadi ada gambar Dyyah dengan Cumy kan ?
Alyn dengan mok ? Eh tadi kan dah ada yang Fae capture tu .
Tapi ada Aen plak interframe , hmm tak adalah .
Tak ada siapa nak tangkap gambar kami :'(
Hee tak adalah main-main je :p



Meet my mok , Ikhmal !
Hehe masing-masing pakai baju baru hehe , ingat tak ?
Kalau tak ingat , stop baca post ni .
Scroll down and click on the "older post" to view my previous post which i shared a story about those shirts .
*Reti plak mok ni senyum , selalu tangkap gambar mana reti senyum . Kena orang kacau baru nak senyum hehe ^-^

Masa ni , masyaAllah Alyn happy sangat-sangat .
Alhamdulillah , semua dapat berkumpul macam ni seronok sangat .
Tambah-tambah mok ni first time jumpa kawan-kawan Alyn dari sekolah .
Sebelum ni Alyn cerita je , kali ni jumpa terus .
Mok ingat plak nama diorang , tapi selalu lupa nama Fae je kesian dia hee .
Masa tu Alyn ambil kesempatan minta restu daripada diorang , ceee .
Maklumlah , dah kenal lama dengan Psycho so dah anggap macam family sendiri .
I'd be happy kalau diorang semua merestui kami , cee .
Alhamdulillah , diorang masing-masing dapat terima mok yang mok tu .
Heh dah berjimba , bahan aku , berani taknak restu ?
Rasanya , Alyn yang berkawan dengan Psycho ni .
Tapi bila diorang jumpa , seronok plak mok tu bersekongkol dengan Psycho bahan Alyn --'
Apa-apa pun thank you korang , weee bertambah-tambah happy !
Mok pun cakap Psycho best , meriah katanya :)
Alhamdulillah :)


 Without me , gambar ni tak berapa nak cantik , lalalala ~



 Tengok mok tu --'


Tiada dalam gambar : Cumy
*Pemalu katanya , puih :p

 Sebelum balik kami photoshoot , tu dekat entrance Shabu Shabu tu hehe .
Eh eh jangan close window lagi , tak habis cerita lagi .
Lepas tu kami semua decide pergi ke 1 tempat untuk tangkap gambar puas-puas .
Padahal masa tu dah hujan renyai kot !
Tapi kami sanggup sebab yela , bukan senang nak jumpa kan :')
Kami pergi ke ..



Kinta Riverfront ! Wee tu je tempat terdekat yang kami tau so Ipoh i-City pun boleh .
 Hehe nak tunjuk gambar yang buruk dulu , Alyn masuk je semua gambar lantak pi lah .


.. wait for it ..


 Acah-acah sweet plak kan :p
Okay masa ni lawak sebab Dyyah tengah on call dengan parents dia hehe :D


Tengok , dekat jambatan ni saja dah berapa gambar haha .
Kami jalan-jalan satu round je .
Masuk dekat Muzium Bijih Timah tu kejap :3
Selama ni pergi tak pernah pun masuk situ --'


Hehe ni Miera ^-^



Pewiiit ! Hehe ni Farie :)




 



 Haaa tu baru sikit --'



Mak , mak kenal adik lagi tak ? -.-




Okay rehat kejap , penat haha :p
Bukan apa , penat senyum .
Serius . Semua cakap lenguh pipi haha xD


 Okay tu exercise muka , bagi hilang lenguh pipi .
*Krik krik


 Gambar yang sangat tetiba .
Haha :p


Okay kasi can la diorang :p
*Padahal Alyn dengan Dyyah tengah panggil hero dua orang tu :p


Peaaaceeeee ^-^


 Alololo semua buat muka comel ~



Jenuh benoo nak bergambar semua sekali -.-
Geram betul tengok mok ni tak reti senyum .
Rasa macam nak tarik dua-dua pipi dia --'


Guys , thank you bagi kerjasama . Ceee ayat dia :p Hehe aku happy sangat-sangat kita dapat kumpul ramai-ramai macam ni . Alyn rasa untung sebab ada dengan semua orang yang Alyn sayang di satu tempat pada masa yang sama , and happy sangat akhirnya Ikhmal dapat jumpa sahabat-sahabat Alyn :) Semoga ukhuwah yang terbina sejak 2008 ni kekal hingga ke akhir hayat , amiin .

P/s : Raya jangan lupa woi ! Plan tau nak beraya mana semua :p
P/s lagi : Thank you mok datang Perak , teman saya ^-^ Awak buat orang happy hehehe :D 

I love you dear :*
Whops ! I love you guys ! :* :*

Sekian saja dari penaja , terima kasih .
Assalamualaikum :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum!
Soalan atau komen yang murni je ye.